Bernama News Channel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Bernama TV" dan "BNC" dilencongkan di sini.
Bernama News Channel
Bernama News Channel Logo.png
Dilancarkan28 Februari 2008; 11 tahun yang lalu (2008-02-28)
Dimiliki olehBernama
Format gambarSDTV (480i 4:3)
PAL (576i 4:3)
HDTV (1080i 16:9)
Cogan kataSegalanya Tentang Anda (It’s All About You)
Negara Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Kantonis
Bahasa Teochew
Bahasa Tamil
Kawasan siaran Malaysia
Ibu pejabatWisma Bernama
No. 28 Jalan 1/65 A off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
 Malaysia
Telefon: (60-3) 2693 9933
Faksimili: (60-3) 2698 3325
Dahulu dikenali sebagaiBernama TV (2008-2016)
Laman sesawangwww.bernama.com.my
Ketersediaan
Terestrial
Malaysia MYTVSaluran 121 (Siaran Digital Myfreeview)
Satelit
Malaysia AstroSaluran 502
Malaysia NJOISaluran 502
IPTV
Malaysia Fine TVSaluran 12
Media penstriman
Malaysia Unifi TVSaluran 410
Logo Bernama TV (2008-2016).

Bernama News Channel (BNC; dahulu dikenali sebagai Bernama TV)[1] merupakan satu saluran berita Malaysia milik Bernama yang beroperasi selama 24 jam bagi perkhidmatan satelit rangkaian Astro. Saluran ini disiarkan pada saluran 502 (Family Package) Astro. Bernama TV menawarkan berita yang berunsurkan berita terkini, bisnes, gaya hidup, sukan, dan hiburan (termasuk muzik, filem, fesyen, makanan, rumahtangga, dan kesihatan). Bernama News Channel menggunapakai slogan "Segalanya Tentang Anda". Bernama TV dilancarkan pada 1 September 1998 dan dirasmikan pada 28 Februari 2008.

Buletin berita BERNAMA yang terdapat pada saluran Astro Ria, Astro Prima, Astro AEC, Astro Wah Lai Toi dan Astro Vaanavil telah dialihkan ke dalam saluran BERNAMA TV.

Kandungan berita Bernama News Channel sebahagian besarnya berteraskan Bahasa Malaysia. Sungguhpun demikian, terdapat juga berita yang berbahasa Inggeris, Cina, Kantonis, Teochew dan Tamil selaras dengan penjenamaan Berita@Bernama (Malay News/Berita) di Astro Ria & Astro Prima, News@Bernama (English News), Xin Wen@Bernama (Chinese News/華語新聞) di Astro AEC, Sen Men@Bernama (Cantonese News/粵語新聞) di Astro Wah Lai Toi dan Seithigal@Bernama (Tamil News/தமிழ் செய்திகள்) di Astro Vaanavil. Lain-lain rancangan yang terdapat di Bernama TV adalah STAR TV Biz@Bernama, Sukan@Bernama dan Helo Malaysia sebuah rancangan bual bicara oleh pengacara Sherkawi Jirim.

Pada 25 Mei 2016, Bernama TV dijenamakan semula sebagai Bernama News Channel.[1]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Jurukamera Noramfaizul Mohd Nor meninggal dunia di Somalia, pada usia 41, pada 2 September 2011.

Komen pujian[sunting | sunting sumber]

Menteri Penerangan Malaysia, Ahmad Shabery Cheek memuji Bernama TV kerana corak pemberitaan yang dikatakan mampu diterima oleh semua pihak termasuk pembangkang. Beliau berkata ini merupakan satu cabaran yang harus disaingi oleh RTM.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]