Bernard Voorhoof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bernard Voorhoof
Maklumat peribadi
Nama penuh Bernard Voorhoof
Tarikh lahir (1910-05-10)10 Mei 1910
Tempat lahir Lier, Belgium
Tarikh kematian 18 Februari 1974(1974-02-18) (umur 63)
Tempat kematian Lier, Belgium
Ketinggian 1.76 m (5 ka ​9 516 in)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1927–1948 Lierse SK 529 (350)
1948–1949 RRFC Montegnée 21 (12)
Jumlah 550 (362)
Pasukan kebangsaan
1928–1940 Belgium 61 (30)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Bernard Voorhoof (10 Mei 1910 – 18 Februari 1974) merupakan pemain bola sepak Belgium yang menjadi penjaring terbanyak pasukan kebangsaan Belgium sebanyaik 30 gol daripada 61 perlawanan. Beliau berkongsi rekod itu dengan pemain Paul Van Himst pada 1974 yang juga menjaringkan 30 gol untuk skuad kebangsaan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjayanya di Lierse SK dan bersama kelab itu selama 21 tahun. Bersama Lierse, beliau telah menjaringkan 350 gol daripada 529 perlawanan sambil memenangi dua gelaran Divisyen Pertama Belgium dan tiga secara tidak rasmi. Beliau bermain selama semusim bersama R.R.F.C. Montegnée sebelum bersara pada 1949 pada usia 39 tahun.

Voorhoof bermain dalam Piala Dunia 1930, 1934 dan 1938. Pada perlawanan Piala Dunia di Itali, beliau menjaringkan dua gol ketika Belgium tewas 2-5 kepada Jerman pada 27 Mei 1934.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1974 pada usia 63 tahun.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Lierse S.K.