Bernardo O'Higgins

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bernardo O'Higgins
Ohiggins.jpg
Pengarah Agung ke-3 Chile
Dalam jawatan
17 Februari 1817 – 28 Januari 1823
Didahului olehJosé Miguel Carrera
Digantikan olehRamón Freire
Butiran peribadi
Lahir(1778-08-20)20 Ogos 1778
Chillán, Chile
Meninggal dunia24 Oktober 1842(1842-10-24) (umur 64)
Lima, Peru
PekerjaanKetua negara, panglima tertinggi
Tandatangan

Bernardo O'Higgins Riquelme (Sebutan Sepanyol: [beɾˈnaɾðo oˈxiɣins]; 1778-1842) merupakan soerang pemilik tanah dan jeneral tentera yang membebaskan Chile dari genggaman kuasa Sepanyol dalam Perang Kemerdekaan Chile, serta juga memimpin negara tersebut sebagai Pengarah Tertinggi setelah ia merdeka sepenuhnya. Beliau berketurunan kacukan Sepanyol dan Ireland.[1] 

Awal kehidupan[sunting | sunting sumber]

O'Higgins dilahirkan di Chillán, Chile. Menurut surat pembaptisannya, beliau merupakan anak hasil hubungan luar nikah bersama Ambrosio O'Higgins, Marquis pertama Osorno[2] - seorang komander kelahiran Sligo, Ireland yang menjadi gabenor Chile dan belakangan wizurai Peru - dan Isabel Riquelme, seorang perempuan bangsawan Chillán terkemuka. Pada ketika itu, para pegawai pemerintah Sepanyol di Amerika diharamkan berkahwin dengan penduduk setempat.[3] Bernardo sendiri tidak pernah bersemuka dengan ayahnya sepanjang hidupnya, namun Ambrosio ada juga rasa bertenggungjawabnya terhadap memberikan pendidikan secukupnya kepada anak kandungnya itu.

Ketika Ambrosio O'Higgins menjadi wizurai Peru, Bernardo pula dihantarkan ke London untuk melanjutkan pengajiannya.[4] Di sanalah Bernardo mula berkenalan dengan kelompok yang mendokong fahaman-fahaman kemerdekaan dari benua Amerika.

Ambrosio meninggal pada tahun 1801, di mana Bernardo ditinggalkan dengan sebidang tanah yang terletak di kota Los Ángeles. Bernardo kembali ke Chile pada tahun 1802, di mana beliau memakai nama keluarga ayah kandungnya serta memulakan hidup sebagai petani.[5] Beliau dilantik ke majlis cabildo sebagai ahli majis mewakili Laja pada 1806.[2]

Penglibatan dalam gerakan kemerdekaan Chile[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1808, Napoleon mengambil alih kekuasaan ke atas Sepanyol lalu mencetuskan beberapa peristiwa yang berturut-turut di Amerika Selatan. Di Chile, kelompok-kelompok elit komersial dan politik memutuskan untuk membentuk autonomous pemerintah untuk memerintah di bawah raja Ferdinand VII; ini adalah untuk menjadi salah satu yang pertama dalam beberapa langkah-langkah ke arah negara merdeka, di mana O'Higgins akan memainkan peranan utama.

Pada 18 September 1810, O'Higgins menyertai gerakan pemberontakan menentang pihak Perancis. Para pemimpin di Chile tidak menyokong pemerintahan Joseph Bonaparte di Sepanyol, maka suatu  Kerajaan Junta Chile telah dicipta, dengan tujuan untuk mengembalikan sah takhta Sepanyol yang sebenar. Tarikh ini sekarang diakui sebagai Hari Kemerdekaan Chile.[5] O'Higgins menyarankan agar suatu kongres diwujudkan untuk pemerintahan Chile. Sebuah Kongres Negara ditubuhkan tidak lama kemudian pada tahun 1811, di mana Bernardo turut dilantik sebagai wakil daerah Laja.

Pada 1814, para pemberontak Chile dikalahkan oleh tentera Sepanyol sehingga terpaksa mengundurkan diri ke Pergunungan Andes. Pada 1817, O'Higgins kembali melakukan serangan dengan bantuan Jeneral José de San Martín dari Argentina. Pada 12 Februari 1817, beliau mengarahkan sebuah serangan tentera berkuda yang memenangi Pertempuran Chacabuco. Beliau menjadi pemimpin Chile merdeka yang pertama, dan diberikan kekuasaan seakan diktator sebagai Director Supremo ("Pengarah Agung") pada 16 Februari 1817. Pada 12 Februari 1818, Chile diisytiharkan sebagai sebuah negara republik yang merdeka daripada Empayar Sepanyol.

Sebagai Pengarah Agung Chile[sunting | sunting sumber]

Beliau menubuhkan Akademi Tentera Chile. Selain itu, bendera Chile yang baru (dan berlaku sekarang) disetujui. Namun usaha-usaha pembaharuannya yang lebih radikal dan liberal, seperti misalnya pembentukan demokrasi dan penghapusan gelaran kebangsawanan ditentang oleh para pemilik tanah yang luas yang konservatif dan kuat. Pada masa pemerintahannya beliau mendirikan kota La Unión dan Vicuña. Dari tempat pengasingannya di kemudian hari di Peru, ia mempromosikan ekspansi Chili ke selatan, termasuk pendirian Punta Arenas pada 1845. Selain itu, pemerintahannya terlibat - kemungkinan kerana tekanan dari Loji Lautaro - dalam pembunuhan para pemimpin kemerdekaan lawannya, José Miguel Carrera, saudara-saudaranya Juan José dan Luis di Argentina, dan sahabat Carrera bersaudara dan pemimpin gerila Manuel Rodríguez. Ia digulingkan oleh sebuah kudeta kelompok konservatif pada 28 Januari 1823.

Selama pemerintahannya, beliau juga membantu José de San Martín menguruskan ekspedisi serta Angkatan Darat dan Angkatan Laut Chile menyokong perjuangan kemerdekaan Peru. Ia juga mengasaskan Tentera Darat Chile serta Tentera Laut Chile pertama, di bawah komando Lord Cochrane dan Manuel Blanco Encala.

Pada 1822, O'Higgins memperkenalkan sebuah perlembagaan baru yang "penuh kontroversi"[6], di mana ramai menganggap ia suatu usaha mengekalkan kuasa beliau yang terdesak.

Beliau digulingkan satunkelompok berfahaman konservatif pimpinan Ramón Freire. Freire pada asalnya merupakan "sekutu rapat" O'Higgins[6] namun mula berpaling tadah pada beberapa tahun kebelakangan itu.

Setelah penggulingannya, O'Higgins menghabisi sisa hidupnya dalam pembuangan. Beliau asalnya hendak dibuang negeri ke tanah ayahnya di Ireland, namun beliau tergerak untuk terlibat dalam pergerakan kemerdekaan Peru daripada Simon Bolívar.[7]

Beliau meninggal dunia di Lima, Peru pada 1842 akibat komplikasi pada jantungnya.[2]

Setelah kematiannya, mayatnya dihantar kembali ke Chile pada 1869; dipindahkan pada 1979 dari Akademi Tentera ke tempat kehormatan di makam Altar de la Patria di depan istana pemerintah Palacio de La Moneda; kemudian untuk sementara waktu kembali lagi ke Akademi Tentera pada 2004, selama setahun, ketika Altar de la Patria diubahsuai menjadi Plaza de la Ciudadanía (Dataran Warganegara) yang baru.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Julia Ortiz Griffin & William D. Griffin, Spain and Portugal: A Reference Guide from the Renaissance to the Present, m/s. 288
  2. ^ a b c "O'Higgins, Bernardo". Encyclopædia Britannica. 2008. Dicapai 13 Oktober 2008. 
  3. ^ Crow, John A.; The Epic of Latin America (edisi ke-4); University of California Press, 1992; hlm. 166. Di sini ia membahaskan bahawa wizurai serta pegawai bawahannya dilarang berkahwin.
  4. ^ Herbermann, Charles, ed. (1913). "Ambrose Bernard O'Higgins". Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton Company.
  5. ^ a b Hamre, Bonnie. "Bernardo O'Higgins" (2008) at About.com; accessed 20 October 2008. Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "GO" defined multiple times with different content
  6. ^ a b Sepúlveda, Alfredo. Bernardo O'Higgins: The Rebel Son of a Victory, 1 Oktober 2006. Society for Irish Latin American Studies (2006); dicapai pada 24 Oktober 2008.
  7. ^ Rujuk surat diutus Bolívar, Valencia, m/s. 420.
  • Valencia, Avaria Luis, O'Higgins, el buen genio de América (Santiago de Chile: Universitaria, 1980)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]