Bernie Chan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bernie Chan ialah seorang pengacara televisyen, pelakon dan pelatih kecantikan profesional dari Malaysia. Beliau julung kalinya muncul di persada televisyen melalui terbitan Singapura Alter Asians: Catherine Listening to the Rain, diikuti dengan sitkom tempatan Kopitiam dan Talk About Love. Pada tahun yang sama, beliau menceburi lakonan pentas melalui drama Ubu Roi dan Split Gravy on Rice.

Sebagai pengacara, Chan mengacarakan Miss Malaysia/World selama dua tahun (2002-2003), diikuti dengan Anugerah Boh Cameronian pada tahun 2004. Kemudian Chan menyandang tugas sbeagai pengacara Pillow Talk di ntv7 sebelum beralih ke musim kedua program realiti Audition pada tahun 2004. Pada tahun itulah beliau juga melakonkan Otak Tak Centre di pentas dan Table For Two di layar kecil.

Pada tahun 2005, beliau menyertai lakonan pentas lagi untuk drama The Odd Couple.

Selain itu, beliau menjadi mengusahakan program latihan kecantikan di Federal Academy of Creative Technology. Pada tahun 2006, beliau ditampilkan sebagai juri jemputan What Women Want.

Pada tahun 2007, Chan kembali sebagai pengacara untuk Project Runway Malaysia. Pada 2008 pula, Chan bersama abangnya, Henry, mewakili Malaysia menyertai The Amazing Race Asia 3.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]