Berserker (Fate/stay night)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Berserker

Berserker merupakan watak batak daripada sebuah novel visual dan siri anime Jepun Fate/stay night oleh TYPE-MOON.

Servant kepada Ilya, Berserker bertubuh tegap, berbadan gergasi dan berkulit sekebal besi. Senjatanya ialah sebilah kapak batu, mampu melakukan kemusnahan yang besar dengan satu hayunannya sahaja. Sebagai Servant kelas "Berserker", dia kehilangan kewarasan akal dan fikirannya, berkelakuan kebinatangan dan melulu dalam pertarungan. Mereka yang diseru dalam kelas Berserker ini dianggap yang paling "Kuat", lantas mereka sering digeruni pihak lawan. Namun begitu, mereka sukar dikawal, meskipun Illya, Master kepada Berserker, tidak mempunyai masalah dengan ini.

Seiyu untuk watak Berserker ialah Tadahisa Saizen dan alihan suara bahasa Inggeris dilakukan oleh Michael McConnohie.[1]

Status Servant[sunting | sunting sumber]


Master: Illyasviel von Einzbern Jantina: Lelaki Warna: Plumbum
Penjajaran: Kegilaan Melulu Ketinggian: 253 cm Kebolehan: Tiada; Kegilaan Ditingkatkan
Noble Phantasm: B Berat: 311 kg Kegemaran: Tiada; Kegilaan Ditingkatkan
Kekuatan: A+ Peningkatan Kegilaan: B Tidak suka: Tiada; Kegilaan Ditingkatkan
Ketahanan: A Penerusan Pertempuran: A Musuh: Gilgamesh
Ketangkasan: A Keberanian: B
Mana: A Ketuhanan: A
Tuah: B Mata Penglihatan Minda (Palsu): B


Kebolehan[sunting | sunting sumber]

  • Peningkatan Kegilaan
Tahap: B
Menaikkan tahap bagi setiap parameter, namun kehilangan kewarasan.
  • Penerusan Pertempuran
Tahap: A
Kebolehan untuk kekal hidup. Ia membenarkan individu untuk bertarung meskipun di ambang kematian, dan membenarkannya untuk terus hidup sehingga mereka benar-benar menerima serangan maut.
  • Keberanian
Tahap: A+
Kebolehan untuk mengabaikan sebarang gangguan mental seperti tekanan, paksaan, kekeliruan atau ilusi. Kesan lain termasuklah meningkatkan kekuatan apabila bertarung tanpa senjata, namun disebabkan penggunanya kehilangan kewarasan akalnya, dia tidak mampu menggunakan kebolehan ini.
  • Ketuhanan
Tahap: A
Kekuatan seorang dewa. Lebih pekat darah kedewaannya, tahap statistik ini juga menjadi lebih tinggi. Sebagai anak lelaki Zeus, iaitu ketua segala dewa, dan diterima sebagai salah seorang dewa selepas kematiannya, tahap ketuhanan Heracles boleh dikatakan di antara yang tertinggi dalam kelasnya.
  • Mata Penglihatan Minda (Palsu)
Tahap: B
Kebolehan untuk mengelak bencana/tanda-tanda merbahaya melalui naluri/deria.

Noble Phantasm[sunting | sunting sumber]

  • God Hand (Jepun: ゴッド・ハンド, Hepburn: Goddo Hando, diterjemah secara literal sebagai "Tangan Tuhan"): Dua Belas Kepayahan (Jepun: 十二の試練, Hepburn: Jūni no shiren)
Tahap: B
Jenis: Sokongan
Sebuah rahmat yang dianugerahkan di atas pahalanya semasa bernyawa, ketahanan daging Berserker telah menjadi luar biasa dan "tahan lama", memberinya kekebalan terhadap apa jua serangan di bawah tahap "A". Tambahan pula, dia mempunyai pemecutan penyembuhan dengan pantas, yang bukan sahaja mampu bertahan daripada kecederaan-kecederaan parah, tetapi mampu "membangkitkan semula" dirinya daripada ambang kematian sebelas kali, justeru memberinya sejumlah 12 nyawa. Kulit Berserker yang keras, gelap dan kasar wujud akibat sihir ini. Nama Noble Phantasm ini adalah sempena Dua Belas Kerja-kerja yang dikenakan ke atas Heracles oleh Hera.


  • Nine Lives (Jepun: ナインライブズ, Hepburn: Nain Raibuzu, diterjemah secara literal sebagai "Sembilan Nyawa"): Seratus Kepala Menembak (Jepun: 射殺す百頭, Hepburn: Ikorosu hyakutō)
Tahap:
Jenis: Anti-Unit
Dianggap di antara Noble Phantasm Berserker yang paling berharga, Nine Lives merupakan satu set busur dan anak panah lagenda milik Heracles yang digunaknnya untuk membunuh Hydra pada zamannya. Teknik Heracles dengan pemanah ini, yang terdiri daripada sembilan panahan berturut-turut, juga diadaptasikan penggunaannya dalam senjata-senjata lain. Disebabkan kelasnya, Berserker kekurangan kemahiran motor ynag penting untuk memanipulasikan Nine Lives, dan tidak pernah digunakannya dalam peperangan Holy Grail yang kelima.

Identiti Sebenar[sunting | sunting sumber]

Ilya memperkenalkan Berserker sebagai Heracles, seorang dewa daripada mitologi Greek yang juga dikenali dengan nama Hercules pada penduduk Rom. Dia berbapakan seorang Tuhan, Zeus dan beribukan seorang wanita manusia, Alcmene. Walaupun dinamakan sempena Hera, dewi tersebut berasa cemburu oleh hubungan sulit suaminya dan marah terhadap kelahiran Heracles. Sebagai seorang budak kecil, Heracles bersifat panas baran, tetapi dia menenangkan kemarahannya dengan menjalani kehidupannya sebagai seorang pengembala. Dalam kehidupan dewasanya, dalam sebuah perlawanan tinju oleh Hera, Heracles membunuh isterinya, Megara, dan anak-anaknya. Untuk menebus dosa-dosa yang dilakukannya, Heracles telah melakukan Dua Belas Kerja-Kerja Raja Eurystheus, yang telah menganugerahnya Noble Phantasmnya dan memperkuat status lagendanya. Heracles terkenal dengan kemahirannya yang luar, kelicikannya, dan kekuatan fizikalnya yang luar biasa.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Berserker diseru oleh keluarga Einzbern di Jerman beberapa bulan sebelum bermulanya perang Holy Grail kelima, menggunakan sebuah kepingan batu daripada kuil Heracles sebagai pemangkin. Dalam sejarahnya, keluarga Einzbern telah dikalahkan dalam setiap perang Holy Grail, dan bertanggungjawab mencemarkan isi kandungannya semasa perang yang ketiga berlangsung. Bersama-sama perwira terhandal dalam sejarah Greek, keluarga Einzbern berharap Illya mampu memenangi perang kali ini dan mengembalikan keajaiban mereka yang telah lama hilang.

Meskipun Illya mempunyai bekalan tenaga magik yang banyak, dia menderit akibat menahan semangat Berserker yang berkuasa. Sebagai balasan, Illya telah menyimpannya dalam kegilaan, mematikan akal fikirannya daripada berfungsi pada setiap masa. Walau bagaimanapun, Berserker telah menunjukkan kesetiaan terhadap Illya, bertekad untuk melindunginya bila-bila masa.

Walaupun mempunyai kelebihan, Berserker dibunuh dalam ketiga-tiga senario Fate/stay night. Dalam senario Fate, dia dibunuh enam kali oleh Archer sebelum dihancurkan oleh bilah Excalibur oleh Saber and Shirō Emiya. Pada permulaan senario Unlimited Blade Works, Berserker dijerut oleh rantai-rantai Gilgamesh, Enkidu, dan disula hingga mati apabila cuba untuk melindungi Illya daripada serangan pedang-pedang yang menghujaninya. Dalam senario Heaven's Feel pula, selepas Berserker ditenggelami kegelapan bayang-bayang Zōken, Berserker dilahirkan sebagai Black Berserker, sebuah versi Berserker yang buta dan uzur berbanding dirinya yang asal. Black Berserker, yang dialihkan pandangannya oleh illya, dikalahkan oleh Shirō.

Rujukan[sunting | sunting sumber]