Bertha von Suttner

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bertha von Suttner
Bertha von Suttner nobel.jpg
Bertha von Suttner s. 1906
Kelahiran 9 Jun 1843
Prague, Bohemia,
Empayar Austria
Meninggal dunia 21 Jun 1914(1914-06-21) (umur 71)
Vienna, Austria-Hungary
Pekerjaan Pasifis, penulis novel
Anugerah Hadiah Keamanan Nobel, 1905

Bertha Felicitas Sophie Freifrau von Suttner (Baroness Bertha von Suttner, née Countess Kinsky, Gräfin Kinsky von Wchinitz und Tettau; 9 Jun 1843 – 21 Jun 1914) merupakan Czech-Austria pasifis dan penulis novel. Pada 1905, beliau menjadi wanita pertama menerima Hadiah Keamanan Nobel dan wanita kedua yang menerima Hadiah Nobel selepas Marie Curie (1903)[1] serta penerima pertama dari Austria.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Suttner dilahirkan pada 9 Jun 1843 di Palais Kinsky, Obecní dvůr, Prague.[2] Bapa beliau ialah Leftenan Jeneral (Feldmarschall-Leutnant) Franz de Paula Josef Graf Kinsky von Wchinitz und Tettau dan ibu beliau ialah Sophie Wilhelmine von Körner[3][4] Bapa beliau merupakan seorang ahli Dewan Kinsky dari keturunan Vilém Kinsky, manakala ibu beliau pula dari orang kebanyakan yang berstatus rendah, anak kepada Joseph von Körner, pegawai pasukan berkuda, dan merupakan saudara jauh penyajak Theodor Körner.[5] Sepanjang hidup beliau, beliau dipinggirkan oleh golongan bangsawan Austria kerana keturunan campur beliau. Beliau turut dipinggirkan kerana bapa beliau merupakan anak lelaki ketiga, tidak mempunyai ladang yang besar dan sumber kewangan untuk diwarisi.

Selepas kelahiran beliau, ibu Suttner berpindah ke Brno. Abang beliau, Arthur dihantar ke sekolah ketenteraan di usia enam tahun, dlantas tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga. Pada tahun 1855, ibu saudara Suttner, Loffe dan sepupunya, Elvira tinggal bbersama mereka. [6] Bapa Elvira merupakan pengajar peribadi. Elvira yang sebaya dengan Sutter merupakan seorang yang cepat matang dan telah memperkenalkan Suttner dengan kesusasteraan dan falsafah.[7] Melalui pembacaan, Suttner dapat menguasai bahasa Perancis, Itali dan Inggeris semasa remaja, di bawah pengawasan seorang pengajar peribadi; dia juga menjadi seorang pemain piano dan penyanyi amatur.[8]

Setelah ibu dan ibu saudara Suttner mengalami kerugian disebabkan oleh judi, mereka berpindah ke Vienna. Semasa dalam perjalanan, Suttner telah dilamar oleh Putera Philipp zu Sayn-Wittgenstein-Berleburg tetapi ditolak kerana usia beliau.[9]

Keluarga mereka kembali ke Wiesbaden pada 1859; dan tidak lama kemudian, Suttner mula menulis novel pertama beliau, Endertraüme im Monde, yang diterbitkan dalam Die Deutsche Frau. Disebabkan kesempitan hidup, Suttner telah bertunang dengan seorang lelaki kaya yang lebih tua darinya dan tidak menarik, Gustav Heine von Geldern, yang akhirnya memaksa Suttner untuk menolak.[8]

Pada 1864, keluarga beliau menetap di Bad Homburg yang juga merupakan destinasi perjudian dikalangan golongan bangsawan ketika itu. Suttner telah menjadi sahabat kepada golongan bangsawan Georgia, Ekaterine Dadiani, Puteri Mingrelia, dan bertemu Tsar Alexander II.[10] Beliau telah mencuba menjadi penyanyi opera untuk mendapatkan wang, dan Suttner telah mendapatkan kelas intensif untuk melatih suaranya selama empat jam sehari. Walaupun mendapat latihan dari Gilbert Duprez di Paris pada tahun 1867, dan dari Pauline Viardot di Baden-Baden pada tahun 1868, Suttner tidak pernah menjadi penyanyi profesional. Beliau mengalami gemuruh di atas pentas dan menyebabkan beliau gagal melakukan persembahan dengan baik.[11][12][13] Pada musim panas 1972, Suttner telah bertunang dengan Prince Adolf zu Sayn-Wittgenstein-Hohenstein yang mati di atas laut ketika berlayar ke Amerika untuk melarikan diri dari hutang pada bulan Oktober.[14]

Pada tahun 1866, Suttner kehilangan Elvira dan penjaganya, Friederich. Pada tahun 1873, beliau mendapat kerja sebagai pengajar dan menjaga empat orang anak perempuan Karl von Suttner yang berusia di antara 15 dan 20 tahun. Bertha mempunyai hubungan yang baik dengan keempat-empat orang saudara perempuan tersebut, termasuklah abang kepada adik-beradik perempuan tersebut, Arthur. Arthur yang berusia 30 tahun, tujuh tahun lebih tua dari Bertha. Arthur dan Bertha bercadang untuk berkahwin tetapi dihalang oleh keluarga Suttner.

Pada 1876, beliau telah menerima kerja sebagai setiausaha dan penjaga rumah kepada Alfred Nobel di Paris.[15] Dalam beberapa minggu, Suttner dan Nobel semakin rapat.[16] Walau bagaimanapun, Suttner masih mencintai Arthur dan kembali ke Vienna tidak lama kemudian. Mereka berkahwin secara rahsia di gereja St. Aegyd di Gumpendorf.[17]

Kehidupan selepas berkahwin[sunting | sunting sumber]

Suttner dan Arthur telah melarikan diri ke Mingrelia. Setibanya di sana, beliau disambut oleh PuteraNiko. Pasangan tersebut menetap di Kutaisi, di mana mereka mendapat pekerjaan sebagai guru bahasa dan muzik kepada anak-anak golongan bangsawan tempatan. Kehidupan mereka menjadi lebih teruk apabila Perang Rusia-Turki tercetus, meskipun Arthur berjaya menjadi pelapor permusuhan bagi Neue Freie Presse.[18] Suttner pula bertugas dengan media Austria pada ketika itu, dan memulakan penulisan novel beliau, termasuklah Es Löwos, mengenai kehidupan romantik beliau bersama Arthur. Selepas perang tamat, Arthur memulakan perniagaan kayu, namun tidak berjaya. [19]

Kehidupan sosial Arthur dan Suttner terasing di Georgia, kemiskinan mereka menghalang mereka untuk bercampur dengan golongan kelas atasan, dan juga disebabkan mereka tidak fasih berbahasa Georgia dan Megrelia.

Pada Ogos 1882, Ekaterine Dadiani meninggal dunia. Tidak lama kemudian, pasangan ini berpindah ke Tblisi. Di sini, Arthur menerima apa sahaja kerja yang boleh dilakukan termasuklah akauntan, pembinaan, dan pereka kertas dinding, manakala Suttner pula menumpukan perhatian dalam penulisan. Beliau telah menjadi wartawan Michael Georg Conrad, dan menyumbangkan sebuah artikel dalam penerbitan edisi 1885 Die Gesellschaft. Penulisan pertama beliau berkaitan politik, Inventarium einere Seele ("Inventory of the Soul") telah diterbitkan di Leipzig pada tahun 1883.

Selepas kematian ibu[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1884, ibu Suttner telah meninggal dunia dan meninggalkan bebanan hutang.[20] Arthur yang bersahabat dengan wartawan Georgia di Tblisin, "M",[21] dan mereka bersetuju untuk berkolaborasi menterjemah epik Georgia, The Knight in the Panther Skin. Suttner membantu menterjemah dari bahasa Georgia ke Perancis, manakala Arthur membantu menterjemah dari bahasa Perancis ke bahasa Jerman. [20] Namun "M" gagal melunaskan bayaran kepada mereka, dan krisis Bulgaria menyukarkan pasangan tersebut. Mereka merasa semakin tidak selamat di sana disebabkan dominasi politik Rusia yang meningkatkan permusuhan dengan Austria. Ibu bapa Arthur mula menerima perkahwinan mereka dan mereka diajak pulang ke Austria. Mereka pulang ke Autsria pada bulan Mei dan menetap di Harmannsdorf.[22]

Pengaruh[sunting | sunting sumber]

Di Harmannsdorf, Suttner meneruskan aktiviti kewartawanannya dan menumpukan perhatian pada pengajian keamanan dan konflik dengan ahli falsafah Perancis Ernest Renan dan dipengaruhi oleh Persatuan Timbang Tara dan Keamanan Antarabangsa yang diasaskan oleh Hodgson Pratt pada tahun 1880.

Pada tahun 1889, novel beliau Die Waffen nieder! ("Lay Down Your Arms!") telah diterbitkan dan novel tersebut telah menjadikan beliau tokoh utama Austria dalam menggerakkan keamanan. Buku tersebut telah diterbikan sebanyak 37 edisi dan diterjemahkan dalam 12 buah bahasa. Beliau turut menjadi saksi pengasasan Kesatuan Antara Parlimen dan menggesa penubuhan organisasi pasifisme, Gesellschaft der Friedensfreunde pada tahun 1891. Suttner turut menjadi Pengerusi dan pengasas kepada Persatuan Keamanan Jerman pada tahun berikutnya.

Pada tahun 1897, beliau mempersembahkan kepada Raja Franz Joseph I senarai tandatangan yang mendesak penubuhan Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan mengambil bahagian dalam Persidangan Hague pada 1899 dan 1907.

Setelah kematian suaminya pada tahun 1902, Suttner menjual Istana Harmannsdort dan berpindah ke Vienna. Pada tahun 1904, beliau mewakili Kongres Wanita Antarabangsa di Berlin dan menggelilingi Amerika Syarikat selama tujuh bulan untuk menghadiri kongress keamanan di Boston dan mesyuarat Presiden Theodore Roosevelt.

Pada tahun 1907, Suttner telah menghadiri Persidangan Keamanan Hague kedua, yang mana fokus utama adalah undang-undang perang. Pada malam sebelum Perang Dunia Pertama, beliau meneruskan nasihat untuk menentang persenjataan antarabangsa. Pada tahun 1911, beliau menjadi ahli kepada Majlis Penasihat Yayasan Keamanan Carnegie.[23]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 21 June 1914, beberapa minggu sebelum meletus, Suttner telah meninggal dunia akibat kanser. Beliau telah merancang untuk menghadiri Persidangan Keamanan Sejagat di Vienna pada musim luruh.

Hadiah Keamanan Nobel[sunting | sunting sumber]

Walaupun hubungan Suttner dengan Alfred Nobel singkat, namun mereka saling berhubungan melalui surat sehingga kematian Nobel pada tahun 1896. Beliau diyakini sebagai pengaruh terbesar Nobel untuk memasukkan hadiah keamanan sebagai salah satu senarai hadiah dalam wasiat Nobel. Pada 10 Disember 1905, Suttner telah menjadi penerima kelima Hadiah Keamanan Nobel. Majlis penyerahan Hadiah Nobel telah diadakan pada 18 April 1906 di Kristiania.

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ List of female recipients of the Nobel Prize
  2. ^ Hamann, p. 1
  3. ^ Hamann, p. 2
  4. ^ Smith, Digby; Kudrna, Leopold (2008). "Biographical Dictionary of All Austrian Generals During the French Revolutionary and Napoleonic Wars, 1792-1815: Kinsky von Wchinitz und Tettau, Franz de Paula Joseph Graf". napoleon-series.org. 
  5. ^ Kempf, pp. 7-8
  6. ^ Playne, p. 16
  7. ^ Hamann p. 5
  8. ^ a b Hamann pp. 9-10
  9. ^ Hamann pp. 5-6
  10. ^ Hamann p. 11
  11. ^ Playne, p. 29
  12. ^ Kemf, p. 9
  13. ^ Hamann p. 13
  14. ^ Hamann p. 15
  15. ^ Hamann, p. 24
  16. ^ Hamann, p. 26
  17. ^ Hamann, p. 27
  18. ^ Hamann, pp. 32-33
  19. ^ Hamann, pp. 34-37
  20. ^ a b Hamann, pp. 42-43
  21. ^ Suttner tidak dapat mengingati nama penuh wartawan tersebut dalam memoirnya.
  22. ^ Hamann, p. 45
  23. ^ Templat:EB1922

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Wikisource-logo.svg Bertha von Suttner. Encyclopædia Britannica (edisi ke-11). 1911. 
  • Playne, Caroline Elizabeth (1936). Bertha von Suttner and the World War. George Allen Unwin. 
  • Irwin Abrams: Bertha von Suttner and the Nobel Peace Prize. In: Journal of Central European Affairs. Bd. 22, 1962, S. 286–307 (see also PDF).
  • Kemf, Beatrix (1972). Suffragette for Peace: Life of Bertha Von Suttner. Oswald Wolff. ISBN 0854962557. 
  • Lengyel, Emil (1975). And All Her Paths Were Peace: The Life of Bertha von Suttner. Thomas Nelson, Inc. ISBN 0840764502. 
  • Hamann, Brigitte (1996). Bertha von Suttner - a life for peace. Syracuse University Press. ISBN 0815603762. 
  • Brigitte Hamann: Bertha von Suttner – Ein Leben für den Frieden. Piper, München 2002, ISBN 3-492-23784-3
  • Laurie R. Cohen (Hrsg.): „Gerade weil Sie eine Frau sind…“. Erkundungen über Bertha von Suttner, die unbekannte Friedensnobelpreisträgerin. Braumüller, Wien 2005, ISBN 3-7003-1522-8.
  • Maria Enichlmair: Abenteurerin Bertha von Suttner: Die unbekannten Georgien-Jahre 1876 bis 1885. Ed. Roesner, Maria Enzersdorf 2005, ISBN 3-902300-18-3.
  • Beatrix Müller-Kampel (Hrsg.): „Krieg ist der Mord auf Kommando“. Bürgerliche und anarchistische Friedenskonzepte. Bertha von Suttner und Pierre Ramus. Graswurzelrevolution, Nettersheim 2005, ISBN 3-9806353-7-6.
  • Beatrix Kempf: Bertha von Suttner und die „bürgerliche“ Friedensbewegung. In: Friede - Fortschritt – Frauen. Friedensnobelpreisträgerin Bertha von Suttner auf Schloss Harmannsdorf. LIT-Verlag, Wien 2007, S. 45 ff.
  • Valentin Belentschikow: Bertha von Suttner und Russland (= Vergleichende Studien zu den slavischen Sprachen und Literaturen.). Lang, Frankfurt am Main u.a. 2012, ISBN 978-3-631-63598-8.
  • Simone Peter: Bertha von Suttner (1843–1914). In: Bardo Fassbender, Anne Peters (Hrsg.): The Oxford Handbook of the History of International Law. Oxford University Press, Oxford 2012, S. 1142–1145 (Vorschau).
  • Stefan Frankenberger (Hrsg.): Der unbekannte Soldat – Zum Andenken an Bertha von Suttner. Mono, Wien 2014, ISBN 978-3-902727-52-7

Pautan luar[sunting | sunting sumber]