Besi tuang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemberat besi tuangan berbentuk trapezoid.

Besi tuangan (atau besi tuang sahaja) adalah suatu kelas pancalogam (aloi) besikarbon dengan kandungan karbonnya lebih daripada 2 peratus.[1][2] Kebergunaanya terhasil daripada suhu leburnya yang agak rendah. Zarah-zarah pancalogam memberi kesan kepada warnanya apabila patah; besi tuangan putih mempunyai bendasing karbida yang membenarkan retakan untuk melalui secara terus, besi tuangan kelabu memiliki emping grafit yang memesongkan retakan yang lalu dan memulakan retakan baru yang tidak terkira apabila bahannya pecah dan besi tuangan mulur mempunyai "nodul" grafit sfera yang menghalang retakan daripada terus berlaku.

Karbon (C), dengan julat daripada 1.8 hingga 4 wt%, dan silikon (Si) 1–3 wt% merupakan unsur-unsur mengaloi yang utama bagi besi tuangan. Pancalogam besi dengan kandungan karbon yang lebih rendah dikenali sebagai keluli.

Besi tuang cenderung untuk rapuh, kecuali besi tuang yang boleh ditempa. Dengan takat leburnya yang agak rendah, kebendaliran yang baik, kebolehtuangan,[2] kebolehmesinan yang sangat bagus serta ketahanan terhadap ubah bentuk dan haus, besi tuang telah menjadi bahan kejuruteraan. Dengan pelbagai pemakaian, besi tuangan digunakan dalam paip, mesin serta bahagian industri automotif, seperti kepala silinder, blok silinder dan kotak gear. Ia mampu bertahan terhadap kerosakan oleh pengoksidaan tetapi sukar untuk dikimpal.

Artifak besi tuang terawal bertarikh pada abad ke-5 SM dan ditemui oleh ahli arkeologi di kawasan yang kini dikenali sebagai Jiangsu, China. Besi tuang digunakan semasa era China purba untuk peperangan, pertanian dan seni bina.[3] Semasa abad ke-15 Masihi, besi tuang digunakan untuk meriam di Burgundy, Perancis dan di England semasa zaman Reformasi. Jumlah besi tuang yang digunakan untuk meriam memerlukan pengeluaran berskala besar.[4] Jambatan besi tuang yang pertama telah dibina pada tahun 1770-an oleh Abraham Darby III (dikenali sebagai Jambatan Besi) di Shropshire, England. Besi tuang juga digunakan dalam pembinaan bangunan.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Campbell, F.C. (2008). Elements of Metallurgy and Engineering Alloys (dalam bahasa Inggeris). Materials Park, Ohio: ASM International. m/s. 453. ISBN 978-0-87170-867-0. Dicapai pada 20 Mei 2023.
  2. ^ a b "Les fontes". Techniques de l'Ingénieur - TBA 1064 (dalam bahasa Perancis). 1 Disember 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2020. Dicapai pada 20 Mei 2023.
  3. ^ Wagner, Donald B. (1993). Iron and Steel in Ancient China (dalam bahasa Inggeris). Belanda: Brill. m/s. 335–340. ISBN 978-90-04-09632-5. OCLC 34668674. OL 9076323M.
  4. ^ Krause, Keith (Ogos 1995). Arms and the State: Patterns of Military Production and Trade (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 40. ISBN 978-0-521-55866-2. OCLC 42448588. OL 7746332M.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Harold T. Angus (1976). Cast Iron: Physical and Engineering Properties (dalam bahasa Inggeris). London: Butterworths. ISBN 0408706880. OCLC 1733668.
  • John Gloag; Derek Bridgwater (1948). A History of Cast Iron in Architecture (dalam bahasa Inggeris). London: Allen and Unwin. OCLC 931103412.
  • Peter R Lewis (2004). Beautiful Railway Bridge of the Silvery Tay: Reinvestigating the Tay Bridge Disaster of 1879 (dalam bahasa Inggeris). Tempus. ISBN 0-7524-3160-9. OCLC 57612655.
  • Peter R Lewis (2007). Disaster on the Dee: Robert Stephenson's Nemesis of 1847 (dalam bahasa Inggeris). Tempus. ISBN 978-0-7524-4266-2. OCLC 520461762.
  • George Laird; Richard Gundlach; Klaus Röhrig, (2000). Abrasion-Resistant Cast Iron Handbook (dalam bahasa Inggeris). ASM International. ISBN 0-87433-224-9. OCLC 223273366.CS1 maint: extra punctuation (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]