Bestie (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bestie
BESTie at Pyeongchon Cultural street Festival, 18 September 2015.jpg
BESTie pada bulan September 2015.
Latar belakang
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
GenreK-pop
Tahun aktif2013 (2013)–2018
Syarikat rakaman
YNB Entertainment
Kegiatan berkaitan
Laman sesawang
ynbent.com
Bekas ahli

Bestie (Hangul: 베스티, diolah sebagai BESTie) ialah sebuah kumpulan wanita Korea Selatan dibentuk oleh YNB Entertainment. Kumpulan ini membuat kemunculan pertama mereka menerusi lagu "Pitapat" pada 11 Julai 2013. Kumpulan ini terdiri daripada dua ahli: Hyeyeon dan Haeryung. Pada asalnya mempunyai empat orang ahli, Uji dan Dahye meninggalkan kumpulan ini pada bulan September 2017.[1] Kumpulan ini dibubarkan pada 2018 berikutan berita Hyeyeon menyertai Star Entertainment.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pra–kemunculan pertama[sunting | sunting sumber]

Hyeyeon, UJi dan Haeryung pada asalnya membuat kemunculan bersama kumpulan wanita AB Entertainment, EXID. Bersama EXID, mereka mengeluarkan lagu single, "Holla" ("Whoz That Girl"). Ketiga-tiga ahli ini mempromosi bersama kumpulan ini selama dua bulan. Mereka kemudiannya meninggalkan kumpulan ini atas sebab peribadi.[2] Haeryung mula berlakon seawal usia muda. Peranan lakonan peramanya adalah dalam siri televisyen Sharp dan Magic Kid Masuri ketika berumur 10 tahun.[3] Pada tahun 2013, beliau melakonkan watak teman wanita Park Hyung-sik di dalam drama tvN, Nine: Nine Time Travels.[4]

2013-2015[sunting | sunting sumber]

Bestie membuat kemunculan pertama pada 11 Julai 2013 menerusi pengeluaran lagu "Pitapat". Kumpulan ini membuat persembahan kemunculan pertama mereka dalam Music Bank pada 12 Julai.[5] Pada 16 Oktober, Bestie kembali menerusi lagu single kedua mereka, "Love Options" (연애의 조건) bersama sebuah video muzik.[6] Persembahan kemunculan kembali mereka berlangsung pada hari yang sama dalam M! Countdown.[7] Pada 12 Disember, ia telah diumumkan bahawa Bestie akan mengeluarkan lagu "Zzang Christmas", sebuah lagu bertema Krismas pada 17 Disember.[8]

Pada 28 Februari 2014, lagu single keempat Bestie, "Thank U Very Much" dikeluarkan secara digital bersama sebuah video muzik.[9] Pada 27 Jun, Bestie bersama Jimin, Choa, Chanmi dan Hyejeong (AOA) dan Girl's Day membuat persembahan istimewa lagu Girls' Generation, "Mr.Mr." dalam Music Bank.[10] Pada 11 Julai, Bestie mengeluarkan lagu "Like a Star" sebagai sambutan kepada ulang tahun pertama kumpulan ini.[11] Album mini pertama mereka, Hot Baby dikeluarkan pada 28 Julai.[12] Tiga hari kemudian, video muzik rasmi dikeluarkan.

Pada 29 Ogos, kumpulan ini mengeluarkan sebuah album mini yang disusun semula bersama sebuah lagu baru, "I Need You" diterbitkan oleh Duble Sidekick dan HomeBoy. Bestie mempersembahkan lagu "I Need You" dalam M! Countdown sehari sebelum pengeluaran digital lagu ini.[13] Pada 19 Disember, Bestie mempersembahkan lagu Super Junior, "Mamacita" di dalam Music Bank.[14]

Pada 8 Mei 2015, Bestie mengeluarkan album mini kedua mereka, "Love Emotion" dan mengeluarkan video muzk untuk lagu "Excuse Me". Pada 2 Jun, Bestie menduduki tempat ke–4 dalam "The Show". Pada 29 Ogos, BESTie merupakan sebahagian daripada jelajah 2015 Feel Korea in New Delhi di India.[15]

2016-2018: Aktiviti terakhir, line-up changes dan pembubaran[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Januari 2016 telah dilaporkan bahawa Dahye jatuh dari tangga, pergelangan kaki dan lengan kanannya patah, dan memerlukan masa untuk pulih; YNB Entertainment menyatakan bahawa comeback Bestie telah ditunda untuk memberikan masa kepada Dahye supaya cepat pulih. Telah diumumkan bahawa Bestie akan comeback pada bulan Mei dengan mini album atau album penuh pertama, [16] yang akhirnya tidak pernah berlaku. Pada musim panas 2016, Uji menyertai pertandingan nyanyian realiti JTBC Girl Spirit, di mana dia berjaya menduduki di tempat ketiga. Persembahan terakhir kumpulan ini pada 16 Disember 2016 di Military Year End Concert.

Pada 5 September 2017, ia telah diumumkan bahawa UJi dan Dahye telah menamatkan kontrak mereka dan akan meninggalkan Bestie. YNB Entertainment mengumumkan bahawa Bestie akan diteruskan bersama Hyeyeon dan Haeryung dengan kemungkinan penambahan ahli baru.[17] Bulan itu, ia juga mengesahkan bahawa Hyeyeon akan muncul dalam program realiti idola The Unit.[18] Dia telah ditersingkir dalam episod 13 dengan kedudukan terakhirnya menjadi 27.

Selepas tidak lagi dapat mengakses YNB Ent. laman web rasmi, [19] khabar angin tentang kebankrapan syarikat itu mula beredar melalui online. Pada September 2018, Star Entertainment membuka akaun rasmi Instagram, serta fancafe, untuk artis baru mereka, Kang Hyeyeon,[20] yang menyimpulkan perasaan curiga kepada peminat mengenai pembubaran kumpulan itu tanpa sebarang pernyataan rasmi dari YNB Entertainment.

Ahli[sunting | sunting sumber]

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

  • Hyeyeon (혜연)
  • Haeryung (해령)
  • UJi (유지)
  • Dahye (다헤)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album mini[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[21]
Hot Baby 7
Love Emotion 8

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan Album
KOR
[24]
KOR
Hot 100

[25]
2013 "Pitapat" 84 90 Pitapat
(single)
"Love Options" 113 Hot Baby
"Zzang Christmas"
(feat. Yoo Se-yoon)
130 Zzang Christmas
(single)
2014 "Thank U Very Much" 53 74 Hot Baby
"Like A Star"
"Hot Baby" 53
"I Need You" 74
2015 "Excuse Me" 74 Love Emotion

Kolaborasi[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Ahli Artis Album
2013 "Stick With You" Hyeyeon Quattro Code Quattro Code Project
2014 "Lovers' Song" Hyeyeon Yoo Seung-woo Yoo Seung-woo
2015 "Love Letter" UJi The Channels Single bukan-album
"We Fought" Dahye Yoo Se-yoon feat. Hae-yong of Almeng
"Perfect Chemistry" Hyeyeon Just Cricket
"So Good" UJi Chad Future 2nd Mini Album

Video Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Pengarah Nota
2013 "Pitapat" Joo Hee-sun[33]
"Love Options" Wani (Jong Wan) Kim[34]
"Zzang Christmas"
2014 "Thank U Very Much" Hong Won-ki[35]
"Like a Star"
"Hot Baby" Z[36]
2015 "Love Letter" UJi feat. The Channels
"Excuse Me" Hong Won-ki[37]

Anugerah dan percalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2015 Golden Disk Awards Next Generation Award[38] Bestie Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "BESTie's Uji and Dahye Terminate Contracts with Agency and Leave Group". 
  2. ^ "EXID(이엑스아이디), 유지·다미·해령 OUT 새 멤버 IN '5인조 체제'". The Chosun Ilbo (dalam bahasa Korean). 2012-04-30. 
  3. ^ "My Name is, 베스티 (1)". TenAsia. 2013-10-26. Dicapai 2015-02-24. 
  4. ^ "베스티 해령, 게임 모델 발탁, 대세 입증". Hankook Ilbo. 2014-01-16. Dicapai 2015-02-27. 
  5. ^ Hong, Grace Danbi (2013-07-12). "BESTie Debuts with Hearts Going 'Pitapat' MV". enewsWorld. Mwave. Dicapai 2015-02-25. 
  6. ^ "My Name is, 베스티 (2) 베스티랑 친구하실래요?". TenAsia. 2013-10-23. Dicapai 2015-02-24. 
  7. ^ Lee Jeong-hyeon (2013-10-18). "'컴백' 베스티, '대세' 김우빈과 인증샷. 기운 제대로 받았네!". Sports Chosun. Dicapai 2015-02-25. 
  8. ^ "유세윤-베스티 합작 캐롤 '짱 크리스마스' 뮤비 현장컷 공개". Hankook Ilbo. 2013-12-16. Dicapai 2015-02-27. 
  9. ^ Jin Eun-soo (2014-02-24). "Bestie all ready to 'Thank You'". Korea JoongAng Daily. Dicapai 2015-02-25. 
  10. ^ "'뮤직뱅크' AOA 걸스데이 베스티, 소녀시대로 분한 걸그룹들". TenAsia. 2014-06-27. Dicapai 2015-02-27. 
  11. ^ Kim Ji-yeon (2014-07-11). "베스티, 데뷔 1주년 기념 스페셜 싱글 '별처럼' 발표". Mnet. Dicapai 2015-02-27. 
  12. ^ Park Soo-jeong (2014-07-22). "베스티, '핫 베이비' 티저 공개...여름 발랄 섹시 출사표". TenAsia (dalam bahasa Korean). Dicapai 2015-02-27. 
  13. ^ Lee Sun-min (2014-08-27). "Bestie poses in school outfits for release of new digital mini-album". Korea JoongAng Daily. Dicapai 2015-02-25. 
  14. ^ "Performances From EXO, SISTAR, TaeTiSeo, BEAST & More On The December 19th Year End 'Music Bank' Episode". Kpopstarz. 2014-12-20. Dicapai 2015-02-25. 
  15. ^ "India is about to receive their love for the Hallyu Wave with 2015 Feel Korea concert in New Delhi". HELLOASIA. 
  16. ^ "[INFO] 160322 BESTie to make a comeback with new mini album/full-length album in May + currently collecting songs.pic.twitter.com/Z7HXZX71oO". 2016-03-22. 
  17. ^ "베스티 측 "유지·다혜 탈퇴, 해령·혜연은 솔로활동 예정" (공식)" (dalam bahasa Korea). Dicapai 2017-11-07. 
  18. ^ "[단독] 베스티 혜연, '더유닛' 마지막 합류...팀 재편 후 첫 행보" (dalam bahasa Korea). Dicapai 2017-11-07. 
  19. ^ "Welcome to ClickConfirmation.com!". Diarkibkan daripada asal pada December 8, 2015. Dicapai December 18, 2015. 
  20. ^ "강혜연 (@hyeyeon_official) • Instagram photos and videos". 
  21. ^ "Gaon Album Chart". Gaon Chart (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association. Diarkibkan daripada asal pada August 27, 2015. Dicapai May 13, 2015. 
  22. ^ "2014년 08월 (August 2014) Album Chart". Gaon Chart (dalam bahasa Korean). KMCIA. Diarkibkan daripada yang asal pada May 14, 2015. Dicapai May 13, 2015. 
  23. ^ "2015년 상반기 총결산 (First half of 2015) Album Chart (Domestic)". Gaon Chart (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association. Diarkibkan daripada yang asal pada July 10, 2015. Dicapai July 9, 2015. 
  24. ^ "Gaon Digital Chart". Gaon Chart (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association. Diarkibkan daripada asal pada March 9, 2017. Dicapai May 13, 2015.  "Excuse Me". May 16, 2015. Diarkibkan daripada asal pada May 21, 2015. 
  25. ^ "Korea K-Pop Hot 100". Billboard. Dicapai January 28, 2014. 
  26. ^ "Gaon Download Chart - 2013년 7월 (July 2013)". Gaon Chart (dalam bahasa Korean). KMCIA. Diarkibkan daripada asal pada February 2, 2014. Dicapai May 13, 2015. 
  27. ^ "Gaon Download Chart - 2013년 10월 (October 2013)". Gaon Chart (dalam bahasa Korean). KMCIA. Diarkibkan daripada asal pada February 2, 2014. Dicapai May 13, 2015. 
  28. ^ Total sales for "Zzang Christmas":
  29. ^ Total sales for "Thank U Very Much":
  30. ^ Total sales for "Hot Baby":
  31. ^ Total sales for "I Need You":
  32. ^ Total sales for "Excuse Me":
  33. ^ 걸그룹 베스티, 데뷔 싱글 '두근두근' 발표 (dalam bahasa Korean). Yonhap. July 12, 2013. Dicapai May 13, 2015. 
  34. ^ Film Production Korea (October 7, 2014). "Bestie Love Options Music Video". Vimeo. 
  35. ^ 베스티, 티저 공개하고 컴백 카운트다운. 여전히 에너지 넘치네! (dalam bahasa Korean). Sports Chosun. February 27, 2014. Dicapai May 13, 2015. 
  36. ^ Hot Baby (photobook). Bestie. South Korea: LOEN Entertainment. 2014. Credit. 
  37. ^ 컴백 베스티… 속옷을 겉옷위에? 해괴하고 섹시한 '슈퍼맨' 패션 (dalam bahasa Korean). Joongang Daily. May 7, 2015. Dicapai May 13, 2015. 
  38. ^ Hong Jung Won (January 16, 2015). "EXO Wins Big while CN Blue Takes Four Trophies Home from 'Golden Disc Awards'". Newsen. Diterjemah oleh Yeawon Jung. Mwave. Dicapai February 25, 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Bestie di YNB Entertainment (Korea)