Biar Aku Jadi Penunggu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Biar Aku Jadi Penunggu
GenreCinta
Drama
Konflik
Keluarga
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Biar Aku Jadi Penunggu karya Arsha
Ditulis olehChinta Nadeesha
Ishak Mohamad
PengarahMichael Ang
Dibintangi oleh
Janna Nick
Ashraf Muslim
Miera Leyana
Fahmy Reza
Shah Iskandar
Nik Adam Mika
Lagu pembukaanMenanti Janji- Ronnie Hussein
Lagu penutupMenanti Janji- Ronnie Hussein
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod28 Episode
Penerbitan
PenerbitDatuk Hasniza Nordin
Tempoh siaran42 Minit
Syarikat penerbitan
Saphire Screen Sdn.Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Siaran asal26 Disember 2016 – 9 Februari 2017
Kronologi
Mengikuti7 Hari Mencintaiku
Diikuti olehSuamiku Paling Sweet

Biar Aku Jadi Penunggu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Micheal Ang, dibintangi oleh Ashraf Muslim, Janna Nick, dan Nik Adam Mika. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 26 Disember 2016 menggantikan 7 Hari Mencintaiku. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Iffat Hamani dan Afeef Adwan bersahabat sejak di bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancang.

Iffat yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka punya peluang untuk hidup bahagia atas janji yang ditabur oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang semula ke tanah air. Namun, dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi Iffat masih berpegang pada janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka.

Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Afeef muncul kembali bersama si comel. Kebenaran terbongkar apabila si comel itu merupakan anak Afeef bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila Damia curang hanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ada.

Afeef kembali dengan harapan baru dan ingin menunaikan segala janjinya dahulu kepada Iffat.

Iffat yang benar-benar terluka atas apa yang dilakukan tidak mampu berbuat apa. Kehadiran si comel diterima dengan hati yang terbuka kerana sememangnya naluri keibuannya begitu menggebu dan sudah menjadi impiannya sebaik sahaja bergelar isteri. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh Afeef membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.

Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.

Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Amir Rahim sebagai Luthfi
  • Jasmine Ashraff sebagai Afwan
  • Alexander Davies sebagai Hadith
  • Azhar Amir sebagai Haji Ramli
  • Azar Azmi sebagai Afia Aliayana
  • Shah Sulaiman sebagai Lokman
  • Ruzanna Hazmi sebagai Rozita
  • Wardah Hassan sebagai Akma
  • Aiyu Hezan sebagai Nor Jannah
  • Fauzan Ghazali sebagai Dato Ehsan
  • Nor Shaida Ali Sabarmizi sebagai Datin Suraya
  • Nur Diyana Mohd Rosli seagai Isha
  • Fieza Jolie sebagai Atika
  • Aliff Syukri Kamarzaman sebagai Fahmi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Biar Aku Jadi Penunggu. MyInfoTaip. Dicapai 5 Ogos 2021