Biblioterapi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bibliotherapy merupakan terapi ekspresif yang melibatkan pembacaan teks khusus dengan tujuan untuk mengubati. Ia menggunakan hubungan individu dengan kandungan buku dan puisi serta bahan bertulis yang lain sebagai terapi. Biblioterapi kebiasaannya digabungkan dengan terapi menulis. Ia terbukti berkesan dalam merawat kemurungan[1] dan hasilnya terbukti lebih tahan lama.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Biblioterapi merupakan sebuah konsep lama dalam sains perpustakaan. Menurut ahli sejarah Yunani, Diodorus Siculus, dalam buku beliau, Bibliotheca historica, terdapat sebuah frasa di atas pintu masuk ke ruang dimana buku-buku disimpan oleh Raja Mesir, Ramses II. Dikenali sebagai moto perpustakaan yang tertua di dunia, ψγxhσ Iatpeion, atau bermaksud: "rumah penyembuhan untuk jiwa".[3] Galen, ahli falsafah dan perubatan kepada Marcus Aurelius, memperkenalkan perpustakaan perubatan pada abad pertama, yang digunakan bukan sahaja untuk dirinya, malah untuk kakitangan Sanctuary Asclepion, spa air terapeutik Roman yang terkenal dan dianggap sebagaio salah satu hospital pertama di dunia.[4] Malahan, pada tahun 1272, bacaan al-Quran juga dijadikan rawatan perubatan di Hospital Al-Mansur di Kaherah.[5]

Pada awal abad ke-19, Benjamin Rush gemar menggunakan kesusasteraan di hospital untuk "hiburan dan arahan kepada pesakit".[6] Pada pertengahan abad, Minson Galt II telah menulis mengenai penggunaan biblioterapi di institusi mental dan pada 1900, perpustakaan menjadi bahagian penting dalam institusi psikiatri di Eropah.

Setelah istilah "biblioterapi" dicipta oleh Samuel Crothers dalam sebuah artikel dalam Atlantic Monthly edisi Ogos 1916, ia akhirnya digunapakai dalam kamus perubatan.[7] Pada 1920-an, terdapat program latihan untuk biblioterapi. Salah satu tawaran latihan adalah dari Sekolah Sains Perpustakaan di Universiti Western Reserve, diikuti sebuah program di Sekolah Perubatan Universiti Minnesota.[6] Pustakawan hospital diletak di baris hadapan bagi teknik biblioterapi. E. Kathleen Jones, editor kepada siri buku Hospital Libraries, merupakan pentadbir perpustakaan di Hospital McLean, Massachusetts. Hasil karya ini telah diterbitkan pertama kali pada tahun 1923 sebelum dikemaskini pada tahun 1939 dan 1953. Pustakawan Sadie Peterson Delaney menggunakan biblioterapi dalam tugasnya sebagai pustakawan di salah sebuah hospital di Tuskegee, Alabama dari tahun 1924 sehingga kematiannya pada tahun 1958. Elizabeth Pomeroy, pula telah menerbitkan hasil dapatan dari kajiannya pada tahun 1937 mengenai keberkesanan biblioterapi di hospital.[6] United Kingdom yang memulakan biblioterapi sekitar tahun 1930-an, juga menunjukkan perkembangan dalam penggunaan terapi membaca di perpustakaan hospital. Charles Hagberg-Wright, pustakawan Perpustakaan London, dalam ucapannya di Persidangan Palang Merah Empayar British, beliau bercerita mengenai kepentingan biblioterapi sebagai sebahagian daripada "perubatan kuratif" di hospital. Selain itu, laporan dari Persidangan Kesihatan Umum 1930 mengenai biblioterapi turut dimasukkan dalam jurnal British, Lancet.[8]

Apabila hospital mengetuai biblioterapi, prinsip dan amalan biblioterapi telah dibangunkan di Amerika Syarikat. Di United Kingdom, ada yang merasakan bahawa biblioterapi mereka agak ketinggalan berbanding AS dan Joyce Coates, menulis dalam Rekod Persatuan Perpustakaan, merasakan "kemungkinan biblioterapi tidak diteroka sepenuhnya".[8] Pada tahun 1966, Persatuan Hospital dan Institusi Perpustakaan, sebuah bahagian dalam Persatuan Perpustakaan Amerika, telah mengeluarkan takrifan biblioterapi sebagai pengiktirafan terhadap pengaruh yang semakin meningkat. Kemudian, pada tahun 1970-an, Arleen McCarty Hynes, mencipta "Meja Bulat Biblioterapi".[9]

Perubahan definisi[sunting | sunting sumber]

Bagi kebanyakan sumber, biblioterapi ialah menggunakan buku untuk membantu seseorang menyelesaikan isu yang dihadapinya dalam satu-satu masa.[10] Ia melibatkan pemilihan bahan bacaan yang bersesuaian dengan situasi kehidupan pelanggan. Biblioterapi juga diterangkan sebagai "sebuah proses interaksi yang dinamik di antara personaliti pembaca dan interaksi-kesusasteraan yang boleh digunakan untuk penilaian, penyesuaian, dan pertumbuhan peribadi.[10] Biblioterapi untuk golongan dewasa ialah satu bentuk rawatan pentadbiran sendiri di mana bahan berstruktur menyediakan cara untuk meredakan ketegangan.[7] Konsep rawatan ialah berdasarkan kepada kecenderungan manusia untuk mengenal pasti orang lain melalui ekspresi mereka dalam kesusasteraan dan seni. Misalnya, seorang kanak-kanak yang bersedih membaca, atau dibacakan kisah mengenai kanak-kanak lain yang telah kehilangan ibu bapa, mungkin akan menyebabkan pengurangan perasaan keseorangan di dunia ini. merasa kurang sendirian di dunia terhadap kanak-kanak tersebut.

Konsep biblioterapi telah diperluaskan dari masa ke masa, termasuk manual bantuan sendiri tanpa intervensi terapeutik, atau ahli terapi yang "menetapkan" filem yang mugkin diperlukan oleh pelanggan.[11]

Penggunaan klinikal[sunting | sunting sumber]

Walaupun istilah "bibliotherapy" pertama kali diperkenalkan oleh Samuel Crothers pada tahun 1916, penggunaan buku untuk mengubah tingkahlaku dan mengurangkan ketegangan telah lama digunakan seawal Zaman Pertengahan. Apabila diterapkan dalam konteks terapeutik, biblioterapi boleh terdiri daripada bahan fiksyen mahupun bukan fiksyen. Biblioterapi fiksyen (contohnya: novel atau puisi) adalah proses dinamik, di mana bahan secara aktif ditafsirkan berdasarkan keadaan pembaca. Dari perspektif psikodinamik, bahan-bahan fiksyen dipercayai berkesan melalui proses pengenalan, kelegaan emosi (katarsis) dan wawasan. Melalui pengenalan dengan watak dalam cerita, pembaca memperoleh kedudukan alternatif dari mana untuk melihat isu mereka sendiri. Dengan mengapresiasi watak, pelanggan akan menjalani satu bentuk katarsis dengan mendapatkan harapan dan melepaskan ketegangan emosional, yang mengakibatkan perubahan pandangan dan tingkah laku.[7] Pesakit juga mungkin akan mendapati ia lebih mudah untuk bercerita mengenai masalah mereka jika dia dan ahli terapi seolah-oleh bercakap mengenai masalah watak dalam bahan bacaan tersebut.

Pada tahun 1980-an dan awal 1990-an, biblioterapi digunakan secara meluar tetapi kekurangan kajian mengenai model terapeutik dilakukan. Walau bagaimanapun, banyak ujian terkawal rawak (RCT) telah mendokumenkan kesan positif dari biblioterapi untuk keadaan klinikal seperti kecederaan diri yang disengajakan, kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) dan bulimia nervosa dan insomnia. Kajian jugak menyokong biblioterapi sebagai intervensi untuk pelbagai isu psikologi termasuk gangguan emosi, ketagihan alkohol, dan disfungsi seksual. Dalam kajian terbaru mengenai rawatan psikoterapi untuk orang tua mengalami tekanan,biblioterapi muncul sebagai intervensi yang berkesan.[7]

Penggunaan biblioterapi dalam program kesihatan mental, termasuk mereka yang menyalahguna bahan, juga menunjukkan keberkesanan kepada pesakit di United Kundom dimana ia menjadi sumber yang popular.[12] Para penyelidik juga menemui biblioterapi dapat berjaya melengkapkan program rawatan dan mengurangkan residivisme.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ David Burns (1999). "Introduction". Feeling Good. m/s. pxvi–xxxii. 
  2. ^ Smith, N.M.; Floyd, M.R.; Jamison, C. & Scogin, F. (1997). "Three year follow up of bibliotherapy for depression". Journal of Consulting and Clinical Psychology. 65 (2): 324–327. doi:10.1037/0022-006X.65.2.324. PMID 9086697. 
  3. ^ Lutz, C. (1978). "The oldest Library Motto: ψγxhσ Iatpeion". The Library Quarterly. 48 (1). JSTOR 4306897. 
  4. ^ Basbanes, N. (2001). Patience and fortitude. New York: Harper Collins. ISBN 9780060196950. 
  5. ^ Rubin, R.J. (1978). Using bibliotherapy: A guide to theory and practice. Phoenix, Oryx Press. ISBN 9780912700076. 
  6. ^ a b c McCulliss, D. (2012). "Bibliotherapy: Historical and research perspectives". Journal of Poetry Therapy. 25 (1): 23–38. doi:10.1080/08893675.2012.654944. 
  7. ^ a b c d McKenna, G.; Hevey, D. & Martin, E. (2010). "Patients' and providers' perspectives on bibliotherapy in primary care" (PDF). Clinical Psychology & Psychotherapy. 17 (6): 497–509. doi:10.1002/cpp.679. PMID 20146202. 
  8. ^ a b Clarke, J.M. (1984). "Reading therapy – an outline of its growth in the UK". dalam Jean M. Clarke; Eileen Bostle. Reading Therapy. Lindon: Library Association. m/s. 1–15. ISBN 9780853656371. 
  9. ^ American Library Association (n.d.). "Bibliotherapy". 
  10. ^ a b Lehr, Fran. (1981). Bibliotherapy. Journal of Reading, 25(1), 76–79
  11. ^ Pardeck, J.T. (1993). Using Bibliotherapy in Clinical Practice: A Guide to Self-Help Books. Westport: Greenwood Press. 
  12. ^ Fanner, D.; Urquhart, C. (2008). "Bibliotherapy for mental health service users Part 1: a systematic review". Health Information & Libraries Journal. 25 (4): 237–252. doi:10.1111/j.1471-1842.2008.00821.x. PMID 19076670. 
  13. ^ Schutt, R. K.; Deng, X. & Stoehr, T. (2013). "Using bibliotherapy to enhance probation and reduce recidivism". Journal of Offender Rehabilitation. 52 (3): 181–197. doi:10.1080/10509674.2012.751952. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • 1978: Doll, Beth and Carol Doll. Bibliotherapy with Young People: Librarians and Mental Health Professionals Working Together. Englewood, Colo.: Libraries Unlimited.
  • 2012: McLaine, Susan. Bibliotherapy: Reading for Wellbeing in Old Age.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]