Bic Runga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bic Runga
Bic Runga semasa membuat persembahan di Winery Tour 2010 di Auckland, New Zealand.
Latar belakang
Nama lahirBriolette Kah Bic Runga
Kelahiran (1976-01-13) 13 Januari 1976 (umur 48)
Berasal dariChristchurch, New Zealand
GenrePop rock, folk rock
InstrumenVokal, gitar, dram
Tahun aktif1996–kini
Syarikat rakaman
Sony New Zealand
Laman sesawang
www.bicrunga.com

Briolette Kah Bic Runga (lahir 13 Januari 1976) ialah seorang penyanyi dan pemuzik New Zealand. Runga memperoleh populariti menerusi lagunya yang berjudul "Sway" yang dikeluarkan pada 1997. Lagu itu memperoleh tiga anugerah di Anugerah Muzik New Zealand pada 1998. Lagu ini juga menjadi salah satu runut bunyi untuk filem American Pie (1999) dan kesinambungannya, American Reunion (2012).[1] Tiga album pertama Runga menduduki peringkat satu dalam New Zealand Top 40 Album. Pada 2016, beliau menerima anugerah Legacy dari Vodafone New Zealand Music Awards[2] yang diadakan di New Zealand Music Festival.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Bic Runga merupakan anak perempuan ketiga kepada pasangan Joseph Te Okoro Runga yang berketurunan Maori, dan penyanyi kabaret keturunan Cina berwarganegara Malaysia, Sophia Tang.[3] Kedua-duanya bertemu di Malaysia semasa perang Vietnam.[4] Runga telah berkahwin dengan pemuzik Kody Nielsen. Mereka berdua bertemu ketika Runga merakamkan album Belle pada 2010. Beliau dan suaminya telah dikurniakan tiga anak.[2]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

Album secara langsung[sunting | sunting sumber]

  • Together in Concert: Live (bersama Tim Finn dan Dave Dobbyn) (2000)
  • Live in Concert with the Christchurch Symphony (bersama The Christchurch Symphony) (2003)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Savage, Sara (2017-05-11). "Talking "Sway" With New Zealand's Bic Runga". Vice (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-07.
  2. ^ a b "Bic Runga: Grateful for where she is at". Stuff (dalam bahasa Inggeris). 2016-10-20. Dicapai pada 2020-05-30.
  3. ^ Moses, Alexa (13 September 2002). "Bic from the brink". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 7 January 2014.
  4. ^ "Bic Runga - New Zealand Musicians & Bands". www.muzic.net.nz. Dicapai pada 2020-05-30.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]