Bicara Cinta (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bicara Cinta
Genre
Berdasarkan daripada
Bicara Cinta oleh Missa J
PenciptaMissa J
Ditulis olehSyed Taufik Al Attas
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSemesta - Syuhada
Lagu penutupSemesta - Syuhada
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
PenerbitZafran Aziz
Penyunting
  • Haneefah Jhonasrul
  • Saufi Dollah
  • Syazwan Roslan
  • Hafeez Mohd Nor
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal21 September 2020 – 14 Oktober 2020
Kronologi
MengikutiSyurga Untukmu
Diikuti olehHati Yang Tersakiti

Bicara Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Along Kamaludin dibintangi oleh Adi Putra, Emma Maembong dan Azrel Ismail. Diadaptasi dari novel 2017 bertajuk sama karya Missa J, siri ini akan memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 pada 21 September 2020 menggantikan Syurga Untukmu.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Anis Sofea kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya. Pulang ke kampung ibu ya setelah dihalau oleh ibu ayahnya. Penjaganya, Tok Ali dan Nenek Humairah, memujuk Anis untuk berkahwin dengan Rais kerana ingin memastikan kehidupan Anis terjaga. Awalnya, sukar untuk Anis dan Rais hidup bersama apatah lagi dengan perbezaan umur hampir 20 tahun di antara mereka. Namun, bibit cinta dan kasih sayang mula dirasai. Rais pernah mencintai ibu Anis. Hubungan Anis dan Rais amat tidak disukai Noni yang menaruh perasaan terhadap Rais. Pelbagai rancangan diatur Noni untuk merosakan hubungan Anis dan Rais.

Pada suatu hari, Rais tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan kehilangan orang tersayang. Anis keguguran akibat angkara Noni. Biapun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi, Anis harus tabah menanti kepulangan Rais.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Siaran[sunting | sunting sumber]

Bicara Cinta pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada April 2020, namun ditangguhkan kerana penularan pandemik COVID-19 dan perlaksanaan perintah kuarantin seluruh negara bagi mengekang penularan pandemik itu. Ia digantikan dengan siaran ulangan drama Nur. Selepas hampir lima bulan, Bicara Cinta memulakan tayangan perdana rasmi pada 21 September 2020.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i "Drama Bicara Cinta (TV3)". My Infotaip. 17 Mac 2020. Dicapai pada 5 Julai 2020.