Bicara Mata Ini (album Elyana)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bicara Mata Ini
Album studio oleh Elyana
Dikeluarkan pada8 September 2005 (2005-09-08)
Dirakam pada2005
GenrePop Rock, Funk Pop,
SyarikatFantasia Music City (FMC)
PenerbitAidit Alfian
Ajai
Kronologi Elyana
Segalanya
(2003)
Bicara Mata Ini
(2005)
Jadi Diriku
(2007)
Single daripada album Bicara Mata Ini
  1. "Tak Tercapai Akalmu"
    Dikeluarkan pada: 24 Ogos 2005
  2. "Diriku Tapak Sulaiman"
    Dikeluarkan pada: 18 Oktober 2005
  3. "Di Atas Medan Kasih"
    Dikeluarkan pada: 10 Januari 2006
  4. "Missed Call"
    Dikeluarkan pada: 4 Mac 2006
  5. "Pakai Kanta Cinta"
    Dikeluarkan pada: 22 Jun 2006

Bicara Mata Ini merupakan album ketiga bagi penyanyi Elyana yang diterbikan oleh label FMC pada tahun 2005 dan bergenrekan Pop Rock dengan sentuhan Punk Pop, Funk, dan Free Pop. Ia merupakan kolaborasi jitu pertama Elyana bersama "sifu"nya Aidit Alfian menerusi satu album.

Aidit menerbitkan single Tak Tercapai Akalmu (ciptaan beliau sendiri) dan Diriku Tapak Sulaiman (ciptaan Alim The Times) yang meletakkan kembali nama Elyana dalam senarai artis remaja popular dan memberi kelainan. Elyana juga mengundang rakan baiknya, gitaris Hujan AG Coco untuk mencipta lagu Missed Call dan Pakai Kanta Cinta yang juga diterbitkan oleh Aidit. Ini merupakan penyertaan pertama AG sebagai komposer baru dan dipantau oleh Aidit sendiri. Kebanyakan lirik lagu ditulis oleh dua penulis lirik handalan Ad Samad dan Loloq. Komposer muda lain yang turut serta dalam album ini adalah Rizal (The Maggots). Kebanyakan lagu juga dimuatkan dalam siri TV Dunia Baru yang ditayangkan sepanjang tahun 2006 hingga 2008.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Elyana berjaya melangkah ke Anugerah Juara Lagu ke 21 menerusi lagu Tak Tercapai Akalmu dalam kategori Pop Rock. Lagu tersebut juga dicalonkan untuk kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-13. Biarpun tewas, tetapi album ini mendapat pujian pengkritik malahan dinamakan sebagai antara "The Decade Finest Album" bersama 9 buah album artis tempatan lain oleh akhbar The Star (Malaysia) pada tahun 2010. [1]

Senarai Runut[sunting | sunting sumber]

# Judul Lagu Masa
1 "Pakai Kanta Cinta"
2 "Di Atas Medan Kasih"
3 "Diriku Tapak Sulaiman"
4 "Andai Milik Kita"
5 "Missed Call"
6 "Penantian"
7 "Ini Lamanku"
8 "Biasa"
9 "Seribu Pilu"
10 "Tak Tercapai Akalmu"