Big Stage

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Big Stage
GenreRealiti
Ditulis oleh
  • Ahmad Zulhairi
  • Nabihan Zulkifli
Pengarah
  • Haniq Halim
  • Syazwan Nizar Musa (penolong)
Pengacara
Juri
Lagu pembukaan"Kuasakan Big Stage"
Lagu penutup"Kuasakan Big Stage" (musim 1-6)
"Life Is A Big Stage" (musim 5)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim6
Bilangan episod42
Penerbitan
Penerbit eksekutifFirdaus Mahadi
PenerbitNurul A'in Mohd Noor
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran150 minit
Syarikat penerbitan
ASTRO
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal5 Ogos 2018 – 9 Julai 2023
Pautan luar
Laman sesawang

Big Stage (digayakan sebagai BIG STGE) merupakan sebuah rancangan pertandingan realiti nyanyian Malaysia yang disiarkan di Astro Ria.[1] Ia memulakan tayangan perdana pada 5 Ogos 2018 dan telah disiarkan sebanyak lima musim dan 42 episod. Alif Satar dan Sherry Alhadad telah mengacarakan kesemua empat musim siri ini sepanjang ia bersiaran. Bermula musim kelima, Elly Mazlein dan Rina Nose akan mengacarakan rancangan ini. Big Stage menampilkan bakat-bakat muda industri muzik tanahair yang lebih terkenal dengan jolokan 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) dan 'Dominasi BBNU' dalam kalangan penggiat dunia hiburan tempatan serta menjadi penanda aras bagi generasi awal BBNU yang ingin kembali aktif dalam bidang muzik.[2]

Konsep[sunting | sunting sumber]

Big Stage ialah sebuah rancangan televisyen realiti menampilkan bakat muda generasi alaf baharu dalam industri muzik Malaysia, yang juga dikenali sebagai 'Budak Baru Nak Up' (BBNU).[3][4] Ia memberi kebebasan kepada penyanyi muda yang mempunyai bakat, namun tidak berpeluang untuk melangkah lebih jauh.[3] Menurut Bekas Ketua Stategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Harris dalam temuramah bersama mStar Online: "Menerusi Big Stage, kami memberi platform kepada golongan BBNU yang memiliki daya juang tinggi untuk membawa karya mereka yang selama ini cuma dipertontonkan menerusi alam maya ke alam realiti sebenar. Program ini memberi memberi kebebasan untuk mencari sisi kreatif yang tersendiri agar mampu melonjakkan nilai jenama mereka ke peringkat yang lebih tinggi,".[3]

Format penjurian dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu nasib peserta akan ditentukan berdasarkan permarkahan oleh juri profesional dan undian oleh peminat secara dalam talian. Untuk bahagian pertama, 100% keputusan telah ditentukan oleh juri berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan semasa konsert mingguan. Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara dalam talian, peserta yang mendapat undian terendah akan tersingkir.[5] Musim kedua menampilkan kelainan berbanding musim pertama yang menampilkan 10 peserta, dengan memperkenalkan 12 peserta yang terdiri dari 8 peserta Malaysia, sementara Indonesia, Brunei, Thailand dan Korea Selatan masing-masing mempunyai 1 peserta.[6] Konsert mingguan kedua-dua musim Big Stage telah diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Terdapat perubahan besar dalam musim ketiga apabila ia kembali kepada format asal yang digunapakai dalam musim pertama, iaitu menampilkan peserta tempatan dan tidak mengetengahkan peserta luar negara susulan penularan pandemik COVID-19 dengan tidak membuka ruang perkongsian di peringkat antarabangsa atas sebab-sebab keselamatan bagi menghapuskan pandemik ini.[7] Konsert mingguan yang sebelum ini diadakan di Auditorium MBSA, telah diadakan di lokasi baru iaitu Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pengacara[sunting | sunting sumber]

Penyanyi Alif Satar dan pelakon/pelawak Sherry Alhadad dipilih sebagai pengacara tetap Big Stage bermula dari musim pertama sehingga musim keempat,[3] sementara pengacara jemputan akan betukar secara bergilir-gilir untuk menggalas peranan sebagai pengacara kapsul harian dan di belakang tabir bermula dari musim seterusnya.

Kunci
  Pengacara tetap
  Pengacara jemputan
& Live+
Pengacara Musim 1 Musim 2 Musim 3 Musim 4 Musim 5
Alif Satar
Sherry Alhadad
Harris Annuar
Eyra Hazali
Radin
Sissy Imann
Hani Fadzil
Isha Norsham
Neeta Manis
Elly Mazlein
Rina Nose

Juri[sunting | sunting sumber]

Juri yang dipilih untuk musim pertama ialah dua penyanyi tersohor Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.[8][9] Bermula dari musim ini ke atas, juri jemputan akan diundang khas secara bergilir-gilir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembahan.

Untuk musim kedua, Siti kekal sebagai juri tetap dengan pengecualian daripada Faizal. Dua penyanyi tersohor Indonesia, Cakra Khan dan Judika diberikan tugas sebagai juri tetap bersama-sama Siti, bagi menggantikan Faizal.[6][10]

Bermula dari musim ketiga, barisan juri mengalami perubahan. Faizal Tahir kembali menggalas tugas sebagai juri tetap, manakala Siti Nurhaliza menarik diri sebagai juri tetap. Dua ikon muzik terkenal, Ajai dan Dayang Nurfaizah menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap bersama-sama dengan Faizal.[7]

Kunci
  Juri tetap
  Juri jemputan
Juri Musim 1 Musim 2 Musim 3 Musim 4 Musim 5
Siti Nurhaliza
Faizal Tahir
Cakra Khan
Judika
Ajai
Dayang Nurfaizah
Noh Salleh
Tomok
Mark Adam
Mas Idayu
Altimet
Jaclyn Victor
Tulus
Syafinaz Selamat
Yusry Abdul Halim
Tam Spider
Misha Omar
Ernie Zakri
Joe Flizzow
Hael Husaini
Lah Ahmad
Elly Mazlein
Aina Abdul
Andmesh Kamaleng
Ziana Zain
Rossa
Datuk Ramli M.S

Presiden Netizen[sunting | sunting sumber]

Bermula dari musim ketiga, Big Stage telah memperkenalkan sistem baharu dikenali sebagai Presiden Netizen yang mewakili pendapat peminat mengenai persembahan perserta dan suara mereka di media sosial sepanjang bersiaran.[11][12][13]

Ringkasan musim[sunting | sunting sumber]

Setakat ini, lima musim telah disiarkan dengan butiran berikut:

Telah meninggal dunia

Musim 1 (2018)[sunting | sunting sumber]

Musim pertama Big Stage memulakan siaran pada 5 Ogos hingga 23 September 2018.[14] Sarah Suhairi ialah juara sulung edisi pertama sekaligus menewaskan 4 peserta lain. Untuk musim ini, Alif Satar dan Sherry Alhadad menggalas tanggungjawab sebagai pengacara, manakala Harris Annuar dan Eyra Hazali mengacarakan rancangan kapsul Live Plus Big Stage. Kerusi juri diduduki oleh Faizal Tahir dan Siti Nurhaliza bersama-sama juri jemputan setiap minggu.

Pengacara: Alif Satar & Sherry Alhadad
Juri Tetap: Faizal Tahir & Dato' Sri Siti Nurhaliza

Bil. Episod: 8
Bil. Peserta: 10

Senarai Peserta Musim 1:

Bintang BBNU Keputusan Catatan
Sarah Suhairi Juara (RM100,000)
Syafiq Farhain Naib Juara (RM50,000)
Afieq Shazwan Tempat ke-3 (RM25,000)
Wani Kayrie Tempat ke-4 (RM10,000)
Baby Shima Tempat ke-5 (RM5,000)
Ariff Bahran Tersingkir minggu ke-7 (16 September 2018)
Tajul Tersingkir minggu ke-5 (2 September 2018)
Sissy Imann Tersingkir minggu ke-4 (26 Ogos 2018)
Andi Bernadee Tersingkir minggu ke-3 (19 Ogos 2018)
Fara Hezel Tersingkir minggu ke-2 (12 Ogos 2018)

Musim 2 (2019)[sunting | sunting sumber]

Jang Han-byul, juara musim kedua.

Musim kedua Big Stage memulakan siaran pada 18 Ogos hingga 6 Oktober 2019. Musim kali ini menampilkan peserta dari Indonesia, Brunei, Thailand dan Korea selatan selain peserta tempatan. Big Stage mencipta sejarah dengan menobatkan penyanyi kelahiran Korea Selatan, Jang Han-byul sebagai juara sekaligus menewaskan 4 peserta lain. Alif dan Sherry kekal sebagai pengacara. Radin Amir dan peserta musim 1, Sissy Imann menggalas peranan sebagai pengacara rancangan kapsul Live Plus Big Stage, manakala Hani Fadzil menjadi pengacara Studio Big Stage. Faizal menarik diri sebagai juri tetap, Siti kekal sebagai juri tetap bersama-sama Cakra Khan dan Judika bersama juri jemputan setiap minggu.

Pengacara: Alif Satar & Sherry Alhadad
Juri Tetap: Cakra Khan, Judika & Dato' Sri Siti Nurhaliza

Bil. Episod: 8
Bil. Peserta: 12

Senarai Peserta Musim 2:

Bintang BBNU Keputusan Catatan
Han-byul Juara (RM100,000) Bintang Antarabangsa dari Korea SelatanKorea Selatan
Neeta Naib Juara (RM50,000)
Adzrin Tempat ke-3 (RM25,000)
Irfan Haris Tempat ke-4 (RM10,000)
Dinda Permata Tempat ke-5 (RM5,000) Bintang Antarabangsa dari IndonesiaIndonesia
Kucaimars Tersingkir minggu ke-7 (22 September 2019)
Fieya Julia
Santesh Tersingkir minggu ke-6 (16 September 2018)
Chaleeda Gilbert Tersingkir minggu ke-5 (15 September 2019) Bintang Antarabangsa dari ThailandThailand
Syada Amzah
Aziz Harun Tarik diri pada minggu ke-3 (1 September 2019) Bintang Antarabangsa dari Brunei DarussalamBrunei
Sheryl Shazwanie Tersingkir minggu ke-2 (25 Ogos 2019)

Musim 3 (2020)[sunting | sunting sumber]

Azzam Sham, juara musim ketiga.

Musim ketiga Big Stage memulakan tayangan perdana pada 16 Ogos hingga 4 Oktober 2020. Edisi kali ini kembali ke format asal yang digunakan dalam musim pertama, dengan perubahan besar dilakukan berikutan pandemik COVID-19. Ini termasuk tidak melibatkan peserta luar negara untuk tujuan keselamatan dan kesihatan, konsert mingguan diadakan dengan jumlah penonton dihadkan sedikit, dengan skala Norma Baharu diamalkan dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang pandemik ini.

Alif Satar dan Sherry Alhadad masih kekal sebagai pengacara. Siti Nurhaliza menarik diri sebagai juri tetap,[15] Faizal kembali menggalas tugas sebagai juri tetap dengan penyertaan Ajai dan Dayang Nurfaizah sebagai juri tetap baharu, bersama juri jemputan akan diundang setiap minggu. Sistem baharu telah diperkenalkan untuk musim ketiga, dikenali sebagai Presiden Netizen yang digalas oleh Caprice, Michael Ang dan Neelofa. Salah seorang peserta musim ketiga, Sandra Dianne meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 11 September 2020. Astro mengumumkan untuk tidak meneruskan konsert minggu kelima. Sebuah konsert khas, #SandraDalamKenangan telah diadakan dua hari kemudian, iaitu pada 13 September bagi memperingati sumbangan beliau terhadap industri muzik tanahair terutamanya sepanjang pertandingan berlangsung.[16] Azzam Sham telah dinobatkan sebagai juara musim ketiga sekaligus menewaskan 4 finalis lain.

Pengacara: Alif Satar & Sherry Alhadad
Juri Tetap: Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah & Ajai

Bil. Episod: 8
Bil. Peserta: 12

Senarai Peserta Musim 3:

Bintang BBNU Keputusan Catatan
Azzam Sham Juara (RM100,000)
Usop Naib Juara (RM50,000)
Qody Rany Tempat ke-3 (RM25,000)
Dinie Rashid Tempat ke-4 (RM10,000)
Fadh Majid Tempat ke-5 (RM5,000)
Farisha Iris Tersingkir minggu ke-7 (27 September 2020)
Hafiz Zainal Tersingkir minggu ke-6 (20 September 2020)
Nana Sheme
Sandra Dianne - Meninggal dunia pada 11 September 2020 kerana kemalangan jalan raya
Yamani Abdillah Tersingkir minggu ke-4 (6 September 2020)
Amir Hasan Tersingkir minggu ke-3 (30 Ogos 2020)
Hanie Soraya Tersingkir minggu ke-2 (23 Ogos 2020)

Musim 4 (2022)[sunting | sunting sumber]

Musim keempat Big Stage memulakan tayangan perdana pada 6 Februari hingga 27 Mac 2022. Musim kali ini menampilkan peserta dari Indonesia dan Brunei. Sama seperti musim terdahulu, musim keempat masih mengekalkan Presiden Netizen, manakala sistem baharu, Juri Pedas akan diperkenalkan pada minggu pertama.[17] Elica Paujin telah dinobatkan sebagai juara musim keempat sekaligus menewaskan 4 peserta lain. Ini merupakan musim Big Stage terakhir yang menampilkan Alif Satar dan Sherry Alhadad sebagai pengacara.

Pengacara: Alif Satar & Sherry Alhadad
Juri Tetap: Ajai & Dato' Sri Siti Nurhaliza

Bil. Episod: 8
Bil. Peserta: 12

Senarai Peserta Musim 4:

Bintang BBNU Keputusan Catatan
Elica Paujin Juara (RM100,000)
Danial Chuer Naib Juara (RM50,000)
Aisha Retno Tempat ke-3 (RM25,000)
Yazmin Aziz Tempat ke-4 (RM10,000)
Tegar Septian Tempat ke-5 (RM5,000) Bintang Antarabangsa dari IndonesiaIndonesia
Ajoi Zainal Tersingkir minggu ke-7 (20 Mac 2022)
Megat Rahim Tersingkir minggu ke-6 (13 Mac 2022)
Syafiq Abdilah Bintang Antarabangsa dari Brunei DarussalamBrunei
Sofiaa Marieylla Tersingkir minggu ke-5 (6 Mac 2022)
Tuah Adzmi Tersingkir minggu ke-4 (27 Februari 2022)
Lia Aziz Tersingkir minggu ke-3 (20 Februari 2022)
Iqbal Zulkefli Tersingkir minggu ke-2 (13 Februari 2022)

Musim 5 (2023)[sunting | sunting sumber]

Musim kelima Big Stage memulakan tayangan perdana pada 7 Mei 2023 hingga 9 Julai 2023 dengan format baharu diperkenalkan.[18] Elly Mazlein dan Rina Nose akan menggalas tanggungjawab sebagai pengacara, menggantikan Alif Satar dan Sherry Alhadad yang mengacarakan empat musim terdahulu.[19] Nadeera Zaini telah dinobatkan sebagai juara musim kelima sekaligus menewaskan 5 peserta lain.[20]

Pengacara: Elly Mazlein & Rina Nose
Juri Tetap: Ajai & Aina Abdul

Bil. Episod: 10
Bil. Peserta: 13

Senarai Peserta Musim 5:

Bintang BBNU Keputusan Catatan
Nadeera Zaini Juara (RM100,000)
Waode Naib Juara (RM50,000) Bintang Antarabangsa dari IndonesiaIndonesia
Putera Muhammad Tempat ke-3 (RM25,000)
Hoondoo Tempat ke-4 (RM15,000) Bintang Antarabangsa dari Korea SelatanKorea Selatan
Aufahanie Tempat ke-5 (RM10,000)
Puteri Khareeza Tempat ke-6 (RM5,000)
Firdaus Rahmat Tersingkir minggu ke-9 (2 Julai 2023)
Dem Lepak Boyz
Coëx Tersingkir minggu ke-7 (18 Jun 2023)
Farhan Shah Tersingkir minggu ke-6 (11 Jun 2023) Bintang Antarabangsa dari SingapuraSingapura
Meer Nash Tersingkir minggu ke-4 (28 Mei 2023)
Naufal Azrin Tersingkir minggu ke-3 (21 Mei 2023)
Isaac Voo Tersingkir minggu ke-2 (14 Mei 2023)

Musim 6 (2024)[sunting | sunting sumber]

Musim Keenam Big Stage Mulai 5 Mei

Senarai Pestera Musim Ke-6 :

Bintang BBNU Umur Tempat Asal Cataran
Lera Mipan 21 Johor Johor
Amsyar Lee 25 Selangor
Masya Masyitah 24 Kedah Kedah
Luqman Faiz 24 Selangor Selangor
Zali Rusli 18 Selangor Selangor
The Gadys 18 -25 Kedah Kedah

Kuala Lumpur Kuala Lumpur

Versi Tamil[sunting | sunting sumber]

Versi bahasa Tamil siri ini, Big Stage Tamil ditayangkan secara langsung bermula 12 Mac 2022 di Astro Vinmeen HD.[21][22]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Program MeleTOP Big Stage Tercalon
Hos MeleTOP Alif Satar dan Sherry Alhadad Tercalon
2020 Anugerah MeleTOP Era 2020 Program MeleTOP Big Stage 2: Akhir Tercalon

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Gegar Vaganza – rancangan realiti dengan konsep dan format serupa, berfokus kepada penyanyi lama

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Arina Azlan (11 Ogos 2018). "Big Stage serlah bakat sebenar artis BBNU". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-14. Dicapai pada 2 Mac 2019.
  2. ^ #Showbiz: Reaching for the stars New Straits Times (3 Ogos 2018). Dicapai pada 3 Ogos 2018.
  3. ^ a b c d Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). "10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage'". mStar Online. Dicapai pada 9 Oktober 2018.
  4. ^ Ifqdar Rahman (24 Julai 2018). "Penyanyi baharu berentap dalam Big Stage". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-26. Dicapai pada 17 Disember 2018.
  5. ^ "Big Stage 2019 lakar sejarah tembusi tembok antarabangsa". Astro. 7 Ogos 2019. Dicapai pada 9 Oktober 2019.
  6. ^ a b Farhan Ikram (6 Ogos 2019). "Big Stage kembali, BBNU Korea Selatan jadi tumpuan". mStar Online. Dicapai pada 9 Oktober 2019.
  7. ^ a b Qarami Hashim (4 Ogos 2020). "Tiada peserta luar negara, Usop, Qody dan Nana Sheme antara 12 BBNU bakal berentap di Big Stage 2020". mStar Online. Dicapai pada 9 Oktober 2020.
  8. ^ "Siti Nurhaliza, Faizal Tahir hakimi persembahan BBNU di Big Stage". Utusan Borneo. 28 Julai 2018. Dicapai pada 9 Oktober 2018.
  9. ^ Sudirman Mohd Tahir (26 Julai 2018). "Sedia berdepan undi Big Stage". Harian Metro. Dicapai pada 9 Oktober 2018.
  10. ^ Juliana Johar (6 Ogos 2019). "Siti Nurhaliza, Judika & Cakra Khan juri Big Stage musim kedua". Kopiplanet. Dicapai pada 9 Oktober 2019.
  11. ^ Arina Che Azlan (5 Ogos 2020). "Big Stage 2020 ada Presiden Netizen". Kosmo!. Dicapai pada 9 Oktober 2020.
  12. ^ Khai Azfar (4 Ogos 2020). "Peserta Big Stage 2020 diumumkan, Neelofa jadi Presiden Netizen". Murai.my. Dicapai pada 9 Oktober 2020.
  13. ^ "Presiden Netizen bakal wakili suara orang ramai di Big Stage 2020". Era. 5 Ogos 2020. Dicapai pada 9 Oktober 2020.
  14. ^ 10 penyanyi 'budak baru nak up' berentap di pentas Big Stage Astro Awani (24 Julai 2018). Dicapai pada 24 Julai 2018.
  15. ^ Amri Hassan (5 Ogos 2020). "Tiada lagi Tok Ti sebagai juri Big Stage 2020, ini sebabnya..." Astro Gempak. Dicapai pada 11 September 2020.
  16. ^ Astro Gempak (11 September 2020). ""Konsert Big Stage 2020 Minggu Kelima Akan Digantikan Dengan Konsert Tribute #SandraDalamKenangan" - Pengurus Saluran Astro Ria". Astro Gempak. Dicapai pada 11 September 2020.
  17. ^ Sairul Zamri Misrani (19 Januari 2022). "Big Stage 2022 kembali, Tegar, Jerung Merah antara yang bertanding". Kosmo!. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  18. ^ Asyraf Roslan (11 April 2023). "Format baharu! Big Stage 2023 akan lain daripada yang lain". Astro Awani. Dicapai pada 16 Mei 2023.
  19. ^ Muhammad Haikal Ramli (7 Mei 2023). "Elly Mazlein, Rina Nose bergabung, 'letupkan' pentas Big Stage 5". Kosmo!. Dicapai pada 16 Mei 2023.
  20. ^ Nadeera Zaini Juara Big Stage 5, Raih RM100,000 & Lagu Baru
  21. ^ "'Big Stage Tamil' Local Reality Singing Competition Premieres on Astro". Astro Ulagam. 4 Mac 2022. Dicapai pada 28 Mac 2022.
  22. ^ Revathi Durai (4 Mac 2022). "'Big Stage Tamil'; A Local Reality Singing Competition All Set For Its Astro Premiere". Varnam. Dicapai pada 28 Mac 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]