Big Hero 6 (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Big Hero 6 (film))
Big Hero 6
Robot putih yang besar dan bulat.
Poster keluaran pawagam
Pengarah
Lakon layar
BerdasarkanBig Hero 6
oleh Man of Action
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiJulio Macat
Disunting olehTim Mertens
Muzik olehHenry Jackman
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWalt Disney Studios Motion Pictures
Tarikh tayangan
Masa tayangan
102 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$165 juta[2]
Pecah panggung$156.8 million[3]

Big Hero 6 ialah sebuah filem 3D animasi-komputer Amerika Syarikat tahun 2014 diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Pictures. Ia dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 7 November 2014 dan ialah filem ke-54 dalam siri Filem Klasik Animasi Walt Disney.

Filem ini diarah oleh Don Hall dan Chris Williams dan menonjolkan suara Scott Adsit, Ryan Potter, Daniel Henney, T. J. Miller, Jamie Chung, Damon Wayans, Jr., dan Génesis Rodríguez.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Watak utama Hiro Hamada yang hanya empat belas tahun, merupakan seorang genius yang telah meghabiskan pelajarannya dan sering membuangkan masanya dengan menyertai pertandingan robot yang haram. Abangnya, Tadashi berasa bimbang akan potensinya. Oleh itu, dia pun membawa adiknya ke universitinya untuk menunjukkan makmal robotik yang canggih. Dalam universiti itu, Hiro telah menemui kawan-kawan abangnya. Abangnya menunjukkan robot ciptaannya iaitu Baymax yang merupakan penjaga kesihatan kepada semua orang yang perlu dibantu. Selepas melihat robot ciptaan abangnya, dia mula berminat untuk menyambung pelajarannya dalam universiti ini. Untuk memasuki universiti ini, Hiro perlu membuat perbentangan tentang barang ciptaannya. Dia telah membentangkan projeknya iaitu Microbots. Microbots merupakan sekumpulan robot kecil yang boleh bercantum dalam pelbagai bentuk hanya dengan menggunakan imaginasi. Profesor Callaghan terkagum dengan projeknya. Hiro telah diterima memasuki universiti tersebut. Tetapi, sebelum mereka sempat meraikan berita baik itu, sebuah kebakaran telah berlaku di universiti. Untuk menyelamatkan profesor, Tadashi bergegas ke dalam bangunan. Malangnya, abangnya dan profesor terkorban dalam kebakaran. Hiro yang kehilangan abang kesayangannya mengasingkan diri dengan dunia luar.

Suatu hari, Hiro telah mengaktifkan Baymax secara tidak sengaja. Baymax mengikut salah satu Microbotnya ke sebuah gudang yang terbiar. Di situlah Hiro ternampak terdapat orang lain yang menghasilkan Microbotsnya dalam bilangan banyak. Seorang lelaki bertopeng meyerang mereka dengan Mikrobots. Hiro mendapati projeknya telah dicuri dan dia ingin menangkap lelaki tersebut. Oleh itu, Hiro telah menambahkan sistem mempertahankan diri dalam cip Baymax. Hiro dan Baymax serta sahabat-sahabat abangnya iaitu GoGo Tomago, Honey Lemon, Wasabi dan Fred membentuk sebuah kumpulan.

Mereka sekumpulan mendapati sebuah bekas makmal Krei Tech, sebuah syarikat yang berprestij yang sedang mengkaji teknologi teleport di sebuah pulau. Semasa menjalankan eksperimen teknologi tersebut, portal menjadi tidak stabil dan seorang jurutera telah hilang dalam portal. Selepas seketika berlawan dengan lelaki bertopeng tersebut, topengnya jatuh dan mereka terperanjat apabila mengetahui lelaki bertopeng itu merupakan Profesor Callaghan. Rupa-rupanya, profesor menggunakan Microbots untuk melindunginya daripada dibakar api. Dengan ini, Tadashi yang mengorbankan diri telah mati dengan sia-sia. Hiro berasa amat marah sekali lalu mengeluarkan cip yang mengandungi maklumat mengenai kesihatan dari badan Baymax. Baymax sekarang merupakan robot yang untuk tujuan berlawan. Baymax tidak dapat dikawal dan hampir membunuh profesor sebelum Honey Lemon memasukkan cip tersebut semula. Hiro bertambah marah dan meninggalkan rakan-rakannya di pulau itu. Selepas tiba di rumah, Baymax bertanya kepada Hiro bahawa membunuh profesor merupakan satu-satunya cara yang boleh menenangkan perasaannya. Selepas mendengar kata-kata Baymax, emosi Hiro menjadi tidak stabil. Baymax telah menunjukkan klip yang mengandungi Tadashi  semasa menciptanya untuk menenangkan Hiro. Hiro mendapati membunuh profesor bukan cara yang akan dilakukan oleh abangnya. Dia juga meminta maaf daripada rakan-rakannya.

Hiro dan rakan-rakannya mendapati jurutera yang hilang itu, merupakan anak perempuan profesor, Abigail. Hal ini menyebabkan profesor ingin membalas dendam terhadap Alistair Krei. Mereka telah berjaya menyelamatkan Krei dan memusnahkan Microbots yang dikawal oleh profesor. Dalam portal yang masih aktif dan tidak stabil, Baymax telah mengesan seorang yang masih bernyawa iaitu Abigail. Hiro dan Baymax memasuki portal tersebut tidak mengira nyawa mereka sendiri. Selepas mereka berjaya mencari Abigail, Baymax tidak dapat mengelakkan diri daripada sebuah batu yang besar. Perlengkapan Baymax telah rosak dan satu-satu cara bagi menghantar mereka keluar daripada portal itu adalah menggunakan tangan roketnya.Pada mulanya, Hiro tidak bersetuju dengan cara itu tetapi selepas dipujuk oleh Baymax, Hiro menerima cadangannya. Hiro dan Abigail berjaya dihantar keluar sebaik sahaja sebelum portal itu dimusnahkan. Abigail telah dirawat dan Profesor Callaghan ditangkap pihak polis.

Selepas seketika, emosi Hiro beransur baik. Dia mendapati cip Baymax yang mengandungi semua maklumat dalam tangan roketnya. Hiro berasa amat gembira dan membina semula Baymax. Hiro, Baymax, GoGo Tomago, Honey Lemon, Wasabi dan Fred meneruskan perjuangan mereka dengan membantu orang yang dalam kesusahan yang menjadi harapan Tadashi. Mereka merupakan Big Hero 6.

Pelakon suara[sunting | sunting sumber]

Watak Inggeris Malaysia
Hiro Hamada Ryan Potter
Baymax Scott Adsit
GoGo Tomago Jamie Chung
Honey Lemon Génesis Rodríguez
Wasabi Damon Wayans, Jr.
Fred T. J. Miller
Aunt Cass Maya Rudolph
Tadashi Hamada Daniel Henney
Professor Robert Callaghan James Cromwell
Alistair Krei Alan Tudyk
Ayah Fred Stan Lee
Abigail Callaghan Katie Lowes
Tekniker 1 Dan Howell
Tekniker 2 Phil Lester

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ontario Film Review Board: Big Hero 6". Ontario Film Review Board. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-05. Dicapai pada 6 November 2014.
  2. ^ Brent Lang (4 November 2014). "Box Office: 'Interstellar,' 'Big Hero 6' Eye Record-Breaking Weekend". Variety. Dicapai pada 5 November 2014.
  3. ^ "Big Hero 6 (2014)". Box Office Mojo. IMDB. Dicapai pada 22 November 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]