Bijuu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yamata no orochi dalam sebuah lukisan
Disambig.svg Rencana ini mengenai Bijuu sebagai legenda. Untuk raksasa dalam komik Naruto, sila ke Biju.

Bijuu(尾獣) ialah makhluk-makhluk legenda mitologi Jepun. Kebanyakan mereka bertubuh besar dan mempunyai kekuatan menakjubkan. Mereka tersebar di seluruh daerah Jepun. Kekuatan stamina mereka diklasifikasikan melalui bilangan ekor mereka. Seperti Shukaku berekor satu memiliki chakra terendah semua bijuu. Tidak semua bijuu bertubuh besar. Seperti Kaku, musang berekor tujuh yang ukuran tubuhnya tidak terlalu besar. Bijuu dengan ukuran gergasi ialah Yamata no Orochi yang besarnya melebihi tujuh buah gunung. Ukurannya ini disebabkan kekuatan Kusanagi no Tsurugi yang sangat besar.

Para bijuu ini hanyalah mitos yang ada di Jepun. Khabarnya, roh-roh mereka dikurung di sembilan kuil di Jepun. Para bijuu ini juga ialah makhluk separuh dewa mahupun peliharaan dewa. Raijuu dahulunya ialah dewa sebelum kekuatan kegelapan Yamata no Orochi membuatnya menjadi raksasa. Nekomata juga ialah peliharaan dewa kematian.

Legenda Peperangan Sembilan Dewa[sunting | sunting sumber]

Nekomata, kucing iblis berekor dua

Dalam legenda dan mitologi Jepun, terdapatnya perang sembilan dewa. Perang besar ini terjadi di masa lalu yang belum boleh diketahui bila dan di mana. Peperangan ini ialah peperangan antara Yokai atau siluman (orang halus) yang memiliki kekuatan luar biasa dan disebut sebagai makhluk-makhluk separuh dewa. Mereka saling bertarungan antara satu sama lain. Bahkan, Hokou dan Nekomata membentuk pakatan dan cuba menguasai pertempuran. Akhirnya, hanya tinggal dua Bijuu yang setara dengan dewa yang akhirnya menyelesaikan peperangan panjang ini. Peperangan ini berakhir setelah Yamata no Orochi dan Kyuubi no Yokou bertemu dan bertarung selama 100 tahun. Kyuubi memenangi pertarungan ini lantaran beliau memiliki chakra yang tidak terbatas.

Semua Bijuu yang ada dalam mitologi Jepun terlibat dalam peperangan ini. Mereka semua akhirnya terkurung dalam kuil-kuil di seluruh Jepun. Berikut ialah senarai Bijuu yang mengikuti perang ini:

 
Bijuu

Shukaku | Nekomata | Isonade | Sokou | Hokou | Raijuu | Kaku | Yamata no Orochi | Kyuubi