Bikers Kental 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bikers Kental 2
PengarahHelmi Yusof
PenulisHelmi Yusof
Nurul Salajudin
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
  • MRB Network Sdn Bhd
  • Califwork Studios Sdn Bhd
Mula ditayangkan
14 Mac 2019 (Malaysia, Brunei)
21 Mac 2019 (Singapura)
Tempoh tayangan
94 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Thai
Inggeris
PerbelanjaanRM 2 juta
Pecah panggungRM 7.6 juta

Bikers Kental 2 ialah sebuah filem aksi pengembaraan permotoran Malaysia 2019 arahan Helmi Yusof. Kesinambungan kepada filem 2013 Bikers Kental, ia menceritakan lagi pengembaraan geng motosikal di Thailand demi musuh dan cinta selepas enam tahun. Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Awie, Afdlin Shauki, ia ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 14 Mac 2019.[1][2][3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Enam tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, Bidin Al-Zaifa kini sudah mempunyai sebuah kedai motosikal. Bidin sekarang dilamun cinta dengan Cherry Porntit, seorang wanita Thai di Hatyai. Dia melamarnya tetapi abang Cherry, seorang juara Muay Thai, tidak bersetuju dengan adiknya berkahwin dengan Bidin. Malah, musuh lama Bidin iaitu Al Buqerk sedang memburunya untuk selesaikan hutang lama. Dengan bantuan rakannya Eddy, Aidil, mereka sekali lagi bertolak ke Thailand dengan motosikal, kali ini untuk memenangi cinta dan melawan musuh.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Zizan Razak sebagai Bidin Al-Zaifa
  • Afdlin Shauki sebagai Aidid
  • Awie sebagai Eddie Cuardo
  • Amerul Affendi sebagai Al Buqerk
  • Ayie Hushairi Husain sebagai Eddy
  • Bront Palarae sebagai Pornthaliwat
  • Julangtip Sukkasem sebagai Cherry Porntit
  • Kaew Korravee sebagai Saiya Sukhapon
  • Pont Cranium sebagai Ananda

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Menurut Helmi Yusof, kesinambungan Bikers Kental diterbitkan selepas melihat sambutan hangat yang diberikan oleh peminat industri filem tempatan.[4]

"Perancangan awalnya, filem Bikers Kental 2 dilakukan sejurus sahaja filem pertama ditayangkan. Namun oleh kerana pada tahun 2014 dan 2015 memperlihatkan industri filem tempatan mendapat kutipan dan sokongan yang kurang memberangsangkan, maka ia dilanjutkan tahun penggambaran. Kami menunggu masa yang sesuai untuk melalui proses penggambaran yang seterusnya,"

Untuk filem ini, Helmi memilih filem Wild Hogs arahan Walt Becker sebagai rujukan. Penggambaran dijalankan di sekitar Danok, Songkhla, Hatyai, Trang dan Phuket.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Bikers Kental 2 pada awalnya dijadualkan tayangannya pada Jun atau Julai 2017, namun ditangguhkan sehingga 2019.[5] Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 14 Mac 2019.[6]

Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Mengulas untuk Harian Metro, Amirul Haswendy Ashari menyatakan penceritaan filem ini agak ‘caca marba’ dan hampir tiada fokus, terutama kepada hala tuju setiap watak.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Awie puji Nadia, Zizan rindu Bidin". Kosmo. 31 Januari 2016. Dicapai 6 November 2018. 
  2. ^ "Ia Perbuatan Fitnah & Hasad Dengki-Awie". mStar. 11 April 2016. Dicapai 6 November 2018. 
  3. ^ "Bukan kerana sakit". Harian Metro. 1 Mac 2016. Dicapai 6 November 2018. 
  4. ^ Budiey (7 Februari 2019). Yang Menarik Tentang Filem BIKERS KENTAL 2 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 6 Mac 2019.
  5. ^ "Bikers Kental 2" dijangka ditayangkan Jun 2017! Cinema.com.my (11 Disember 2016). Dicapai pada 15 Mac 2019.
  6. ^ Bikers Kental 2 padat aksi, temui penonton Mac 2019 Buzzing Malaysia (21 Februari 2019). Dicapai pada 6 Mac 2019.
  7. ^ Amirul Haswendy Ashari (17 Mac 2019). Penceritaan 'caca marba' Harian Metro. Dicapai pada 19 Mac 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]