Bila Chacha Masuk Asrama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bila Chacha Masuk Asrama
GenreDrama keluarga
Ditulis olehNik Naemah (idea asal)
PengarahTam Suhaimi
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutifMuhamad Norazhar Baharudin
PenerbitFadzil Teh
PenyuntingRaime Yusoff
Tempoh siaran21–22 minit
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal5 November 2014 – 29 Januari 2015

Bila Chacha Masuk Asrama ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 arahan Tam Suhaimi dengan idea asal dan skrip oleh Nik Naemah. Dibintangi oleh Nur Alis Mariya, Eyra Hazali, Bella Dowanna, Elisya Sandha, Adly Imran Rajiani, Joshry Adamme Rizq, Adee Elias Ross, dan Daniel El-Arash.[1] Siri ini bersiaran di TV3 dari 5 November 2014 hingga 29 Januari 2015.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan seorang gadis bandar yang biasa hidup dalam kemewahan dan mempunyai perwatakan yang manja terpaksa tinggal di kampung atas tuntutan kerja bapanya yang akan berpindah ke Dubai. Bapanya mengarahkan Chacha (Nur Alis Mariya) untuk tinggal di kampung bersama neneknya dan menyambung persekolahannya di sana kerana tiada siapa yang akan menjaganya di rumah.

Walau bagaimanapun Chacha menolak cadangan bapanya untuk tinggal di kampung sebaliknya meminta bapanya untuk menghantar dia ke sekolah asrama. Chacha yang tidak sanggup membayangkan hidupnya di kampung memilih untuk ke asrama. Pada hari dia dihantar ke asrama oleh bapanya dia teruja melihat bangunan asrama yang cantik. Tiba-tiba muncul beberapa orang 'senior' antaranya Nisha (Eyra Hazali) dan Mia (Nor Balqis Tajudin) menunjukkan papan tanda 'Asrama Pelajar Baru' iaitu bangunan yang terletak di sebelah. Chacha yang terkejut melihat bangunan asrama itu kelihatan lama dan buruk tidak seperti apa yang dia bayangkan.

Tambah teruk lagi apabila dia ditempatkan di dom berserta dengan pelajar lain. Chacha yang tidak pandai berdikari sedar bahawa dia terpaksa menguruskan dirinya sendiri tanpa bantuan pembantu rumah. Nisha seorang senior yang berperwatakan gedik sering cemburu dan iri hati terhadap Chacha. Apabila melihat barang-barang mewah yang dimiliki oleh Chacha serta kelebihan dan bakat yang Chacha ada, membuatkan Nisha tercabar.

Pelbagai kejadian yang berlaku apabila Nisha kerap kali ingin mengenakan Chacha tetapi rancangannya sering kali gagal. Dalam satu kejadian apabila pelajar diwajibkan pergi ke kuliah subuh Nisha yang cuba mengajak Chacha untuk ponteng tidak menjadi kerana Chacha tidak pernah tinggal solat subuh. Nisha yang geram dengan Chacha cuba mengenakan Chacha dengan memberitahu ustazah yang Chacha pandai mengaji dengan niat untuk memalukan Chacha.

Namun Nisha salah kerana Chacha sebenarnya memang pandai mengaji dan Shaq (Adly Imran Rajiani) yang kebetulan dengar berasa kagum dengan Chacha. Nisha yang membuat pelbagai cara untuk Shaq membenci Chacha tidak berjaya apabila Shaq menyukai Chacha dan menyifatkan Chacha seorang yang comel. Keadaan bertambah rumit apabila Chacha bergaduh dengan Nisha dan Chacha dipulaukan. Chacha yang tidak tahan dengan keadaan di asrama menelefon dan merayu kepada bapanya untuk membawa dia ke Dubai. Selepas bapanya sudah membuat segala persiapan untuk membawa Chacha bersamanya Chacha berbelah bagi sama ada ingin mengikuti bapanya atau tidak. Adakah Chacha akan bertukar fikiran dan meneruskan persekolahannya di asrama bersama kawan-kawan baharunya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Nur Alis Mariya sebagai Chacha
  • Eyra Hazali sebagai Nisha
  • Bella Dowanna sebagai Tintin
  • Elisya Sandha sebagai Mia[3][4]
  • Adly Imran Rajiani sebagai Shaq
  • Joshry Adamme Rizq sebagai Edy
  • Daniel El-Arash sebagai Azreen
  • Melly Amalin sebagai Aqila
  • Adee Elias Ross sebagai Daniel

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • "Chacha Masuk Asrama" - Juril Jumali
  • "Hilang" - Najwa Latif
  • "Hello" - Altimet dan Trisno Trio

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bila Chacha masuk asrama Berita Harian (7 November 2014). Dicapai pada 1 Februari 2015.
  2. ^ Bila Chacha Masuk Asrama (2014): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  3. ^ Dennis Chua (1 Julai 2016). Her own path New Straits Times. Dicapai pada 1 Februari 2017.
  4. ^ Wahi Aziz (3 Disember 2014). Elisya tolak laluan ekspres Harian Metro. Dicapai pada 1 Februari 2015.