Bilik kebal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pintu (sebelah kanan) bilik kebal di Bank Simpanan Winoma, Minnesota, Amerika Syarikat.

Bilik kebal merupakan sebuah bilik atau ruang selamat untuk menyimpan wang, barang berharga, rekod dan dokumen. Ini bertujuan untuk melindungi barang-barang tersebut daripada pencurian, penggunaan tidak sah, kebakaran, bencana alam dan ancaman lain. Tidak seperti peti besi, bilik kebal merupakan sebahagian daripada bangunan, yang dibina daripada dinding berperisai dan pintu berkawalan ketat dengan sistem penguncian yang rumit.

Pada zaman dahulu, bilik kebal dibina di tingkat bawah tanah bank. Bilik-bilik kebal bank moden biasanya terdiri daripada peti-peti simpanan dan tempat untuk laci-laci tunai juruwang dan aset-aset bernilai lain milik bank atau pelanggannya. Bilik kebal juga boleh dijumpai di bangunan-bangunan lain di mana barang-barang berharga disimpan seperti di pejabat pos, hotel mewah, perpustakaan buku langka dan pejabat kerajaan atau pemerintah.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "HISTORY OF THE BANK VAULT" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2021. Dicapai pada 4 September 2021.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Steele, Sean P., Heists: Swindles, Stickups, and Robberies that Shocked the World. New York: Metrobooks, 1995. ISBN 1-56799-170-X.
  • Tchudi, Stephen, Lock & Key: The Secrets of Locking Things Up, In, and Out. New York: Charles Scribner's Sons, 1993. ISBN 0-684-19363-9.

Terbitan berkala[sunting | sunting sumber]