Bill Gates Sr.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bill Gates Sr.
William H. Gates, Sr., mengunjungi pusat rawatan Naz Foundation untuk kanak-kanak Positif HIV ketika berkunjung ke India
Kelahiran
William Henry Gates, Sr.

(1925-11-30)30 November 1925
Meninggal dunia14 September 2020(2020-09-14) (umur 94)
Pusat pendidikanUniversiti Washington
PekerjaanPeguam (bersara)
PasanganMary Maxwell Gates
Mimi Gardner Gates
Anak-anak3, termasuk Bill Gates
Ibu bapaWilliam Henry Gates I
Lillian Elizabeth Rice

William Henry Gates II, juga dikenali sebagai Bill Gates Sr. (30 November 1925 – 14 September 2020) ialah seorang peguamcara, dermawan dan penulis buku Showing Up for Life: Thoughts on the Gifts of a Lifetime Amerika Syarikat. Beliau ialah bapa kepada pengasas Microsoft, Bill Gates.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1951, beliau berkahwin dengan Mary Maxwell Gates (1929-1994) yang dikenalinya di UW, dan mereka berkahwin sehingga 1994 apabila Mary meninggal dunia. Mereka mempunyai tiga anak: Kristianne, Bill, dan Libby. Dua anak perempuannya, Kristi Blake dan Libby Armintrout, ialah ahli aktif komuniti UW.[1]

Pada tahun 1996, Gates berkahwin dengan isteri keduanya Mimi Gardner Gates (lahir 1943), yang merupakan pengarah di Muzium Kesenian Seattle.[1]

Beliau ialah penyokong sepanjang hayat pasukan futbol kolej Washington Huskies.[2]

Pada tahun 2018, ia telah didedahkan bahawa beliau menghidap penyakit Alzheimer.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Glascock, Stuart. "Mighty is the Man Who Wears the Purple and the Gold". UW Alumni Magazine. Dicapai pada January 9, 2019.
  2. ^ Cauce, Ana Mari (November 30, 2015). "Happy Birthday, Bill Gates Sr". Universiti Washington. Dicapai pada January 8, 2019.
  3. ^ "Bill Gates reveals personal reason he's helping fight Alzheimer's disease". The Today Show. April 10, 2019.
  4. ^ "Bill Gates Reveals His Father Suffers From Alzheimer's". TIME. April 10, 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]