Bini-Bini Perkasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bini-Bini Perkasa
GenreDrama, aksi
Berdasarkan daripada
Bini-Biniku Gangster oleh Ismail Bob Hashim
PengarahIsmail Bob Hashim
Dibintangi oleh
Fezrul Khan
Intan Ladyana
Yana Samsudin
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitDavid Teo
Tempoh siaran48 minit
Syarikat penerbitan
MIG Productions
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal3 September 2012 – 26 November 2012
Kronologi
MengikutiIndera Joned
Diikuti olehSpy M

Bini-Bini Perkasa merupakan sebuah siri drama aksi Malaysia 2012 arahan Ismail Bob Hashim terbitan MIG Productions, adaptasi dari filem Bini-Biniku Gangster, dibintangi oleh Fezrul Khan, Intan Ladyana dan Yana Samsudin. Siri ini disiarkan di Slot Aksi TV3 bermula 3 September 2012 hingga 26 November 2012 menggantikan Indera Joned.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Manja (Yana Samsudin) yang terpaksa menolak lamaran Hairi (Fezrul Khan) kerana berasal dari keluarga gangster. Berkat usaha adik Manja, Eddie (Niezam Zaidi), akhirnya Manja dan Hairi berbaik semula dan berkahwin. Rumah tangga mereka mula bergolak apabila Din Unta (Fadzil Zahari) cuba membunuh ayah Manja untuk merampas kuasa. Manja terpaksa campur tangan. Dari dulu Manja tidak suka dengan pekerjaan serta cara hidup ayahnya. Dia telah meninggalkan keluarganya dan membuka kedai bunga. Namun, atas amanat arwah ibunya, Manja bersetuju untuk kembali ke pangkuan keluarga demi menjaga ayah dan adik lelakinya, Eddie.

Manja sering menyerahkan semua tugas kepada adiknya tetapi Eddie merupakan seorang lelaki yang berjiwa sensitif dan mudah tersentuh hatinya. Oleh itu, Manja terpaksa bertindak sebagai ketua dan bersiap sedia menentang musuh ayah dan adiknya. Selepas bapa Manja diserang oleh Din Unta sehingga mengakibatkan dia koma, Manja bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai masalah yang dicetuskan oleh Din Unta tetapi juga kemelut rumah tangganya apabila Hairi tidak memahami keadaannya. Hairi bersikap dingin terhadap Manja kerana kecewa dengan penglibatan Manja dalam kegiatan gangster dan juga kemungkinan yang Manja mandul. Demi cintanya pada Hairi, Manja telah melamar Riana (Intan Ladyana) untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya.

Manja berharap Riana mampu memberi zuriat kepada Hairi, sekaligus menyelamatkan kemelut perkahwinan mereka. Riana yang berperwatakan lembut merupakan seorang feminis yang selalu mahu membuktikan kemampuan dirinya yang boleh bersaing dengan abangnya, Ringgo. Riana menganggap ayahnya lebih menyayangi anak lelaki dan tidak mempercayai kebolehannya. Apa yang Riana tidak tahu adalah sebenarnya ayahnya terlibat dalam kegiatan gangster dan merupakan musuh ketat kepada ayah Manja. Riana yang pada mulanya menurut arahan ayahnya untuk mendekati Hairi akhirnya jatuh hati dengan sikap penyayang Hairi. Din Unta mula goyah dengan pengaruh Manja dan semakin terdesak untuk menghapuskannya. Akhirnya, Din Unta bersubahat dengan Ringgo untuk menculik Hairi. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • "Perasan" - Faridque Nadzir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ""Bini-bini Perkasa" – Apa Berlaku Sekiranya Kuasa Wanita Menandingi Lelaki?". Oh Bulan!. 21 September 2010. Dicapai 25 Mac 2014. 
  2. ^ Nina Farzuin Md. Sharom (6 September 2012). "Bini-Bini Perkasa: Aksi komedi luar biasa". Sinar Harian. Dicapai 25 Mac 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]