Bini-Biniku Gangster

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bini-Biniku Gangster
BiniBinikuGangsterposter01.jpg
Pengarah Ismail bob Hashim
Penerbit David Teo
Penulis Yana Samsudin
Fadzil Zahari
Dibintangi oleh Shaheizy Sam
Yana Samsudin
Intan Ladyana
Zalif Sidek
Zul Handy Black
Disunting oleh Brian Ng (Kang)
Syarikat
produksi
Metrowealth Movies Production
Pengedar MIG Production
Mula ditayangkan
22 September 2011
Tempoh tayangan
92 minit
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM 1.82 juta[1]
Pecah panggung RM 4.71 juta

Bini-Biniku Gangster ialah sebuah filem bergenre aksi komedi yang ditayangkan pada 22 September 2011 di Malaysia. Filem ini diarahkan oleh Ismail `Bob' Hashim dan dibintangi oleh Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Intan Ladyana, dan Zalif Sidek ini menceritakan kegiatan isteri-isterinya dalam kumpulan kongsi gelap.

Plot[sunting | sunting sumber]

Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Yana Samsudin memegang watak sebagai Manja dalam filem ini.

Maklum Balas[sunting | sunting sumber]

Keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Keseluruhan ini dilihat berjaya menghiburkan penonton. Jalan cerita yang ringkas dan situasi berpoligami digambarkan dengan menarik. Walaupun ada yang menyatakan bahawa filem ini sama dengan filem luar bertajuk My Wife is A Gangster, tetapi filem ini lain. Filem ini tidak terlepas daripada adengan-adengan yang meleret seperti pengenalan watak Reanna dan kisah cinta antara Harry dan Manja. Lakonan yang ditonjolkan oleh Shaheizy Sam berjaya membantu dua watak utama(Intan & Yana) dalam menghayati watak mereka. Keserasian antara Harry & Manja berjaya digambarkan dengan baik oleh Sam dan Yana[2].

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Filem ini berjaya mendapat kutipan RM 3 juta pada enam hari tayangan[3]. Bagi penerbit filem ini, David Teo, beliau menjangkakan filem ini boleh mencapai kutipan lebih RM 6 juta bagi tempoh masa akan datang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.