Binsali Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Binsali Omar dibebaskan dari Kem Tahanan Kamunting, di Kamunting, Taiping, Perak, Malaysia pada hari Ahad, 5 April 2009. Beliau ditahan kerana terbabit dengan perjuangan sebuah negara Darul Islam, iaitu sebuah negara utopia yang berlandaskan undang-undang syariah Islam. Dia ditahan pada 2006 tetapi tidak pernah dibuktikan dan dibicarakan di mahkamah terbuka. Tempoh tahanan sepatutnya berakhir pada 2010.

Tahanan tanpa bicara dikatakan menyalahi hak asasi manusia dan perintah al Quran sendiri kerana seseorang tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Proses mencari bukti terletak di tangan pihak polis. Namun begitu ramai pemimpin luar dan dalam negeri, ilmuan Islam dan ulama yang menyokong pengggunaan ISA. Penjajah British yang memperkenalkan ISA di tanah jajahannya. Akta Patriot dan kem tahanan Teluk Guantanamo , Amerika ada persamaan.

Ahli Darul Islam lain turut dibebaskan ialah Artas A Burhanuddin, Idris Lanama, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Pakana Selama dan Mohd Arasad Patangsari. Kebanyakan mereka berasal dari Sabah , keturunan selatan Filipina.

Pada hari Ahad, 5 April 2009 Binsali Omar dibebaskan oleh pihak berkuasa. Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan seramai 13 tahanan ISA dibebaskan setelah menjalani proses pemulihan . Pembebasan diumumkan pada malam Sabtu 3 April 2009. Ramai ahli keluarga dan pihak media berkumpul di Kamunting . Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa Hassan mengumumkan mereka hanya dibebaskan pada hari Ahad bagi memenuhi prosedur pembebasan .[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "13 tahanan ISA dibebaskan esok". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-05. Dicapai pada 2009-04-05.