Darjah kebesaran, bintang dan pingat Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bintang Kebesaran Brunei)

Darjah kebesaran, bintang dan pingat Brunei terdiri daripada Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan. Kedua-duanya dikurniakan oleh Sultan Brunei atas dasar pencapaian, terutama sekali sumbangan terhadap negara. Pengurniaan beberapa Bintang Kebesaran juga termasuk pengurniaan gelaran, yang mana gelaran berkenaan akan menjadi sebahagian daripada nama peribadi penerima dalam persuratan rasmi atau apabila disebut dalam media rasmi di negara ini. Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Adat Istiadat Negara, sebuah jabatan kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang juga bertanggungjawab terhadap adat istiadat dan protokol diraja Brunei.

Medal-medal Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan dipaparkan di Muzium Alat Kebesaran Diraja yang terletak di ibu negara.

Pengurniaan[sunting | sunting sumber]

Lapau building in Bandar Seri Begawan's city centre
Bangunan Lapau di pusat bandar Bandar Seri Begawan

Pengurniaan sebenar melibatkan penerima dikurniakan medal dalam suatu istiadat (upacara) oleh Sultan atau kadang-kadang Pengiran Muda Mahkota (Putera Mahkota) atas perkenan Sultan. Istiadat ini secara tradisinya diadakan di Lapau iaitu sebuah dewan untuk istiadat diraja dalam budaya Brunei. Pada masa ini, Bintang-Bintang Kebesaran sehingga Darjah Ketiga dianugerahkan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam istiadat yang diadakan setiap tahun pada hari keputeraan KDYMM iaitu setiap 15 Julai, walau bagaimanapun diadakan bukan di Lapau tetapi di Balai Singgahsana Indera Buena, sebuah dewan istiadat dalam Istana Nurul Iman. Manakala Bintang-Bintang Kebesaran bagi Darjah yang lain serta Pingat-Pingat Kehormatan dikurniakan oleh KDYMM atau DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dalam istiadat lain pada hari-hari yang lain, walau bagaimanapun biasanya diadakan sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan tersebut juga. Istiadat tersebut telah secara tradisinya diadakan di bangunan Lapau di pusat bandar Bandar Seri Begawan tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini ianya telah diadakan di balai Lapau yang lebih besar di dalam istana untuk menampung peningkatan bilangan penerima.[1]

Senarai[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Brunei.[2]

Bintang Kebesaran[sunting | sunting sumber]

Nama Darjah Reben Gelaran Singkatan
Darjah Kerabat Mahkota Brunei - Image of the ribbon of the Royal Family Order of the Crown of Brunei - DKMB
Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati - Image of the ribbon of the Most Esteemed Family Order Laila Utama Dato Laila Utama DK
Darjah Kerabat Seri Utama Yang Amat Dihormati - Image of the ribbon of the Most Esteemed Family Order Seri Utama Dato Seri Utama DK
Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Pertama Image of the ribbon of the Most Eminent Order of Islam Brunei Dato Paduka Seri Setia PSSUB
Darjah Kedua Dato Seri Setia DSSUB
Darjah Ketiga - SSUB
Darjah Keempat - SUB
Darjah Kelima - PUB
Darjah Paduka Laila Jasa Keberanian Gemilang Yang Amat Cemerlang Darjah Pertama Image of the ribbon of the Most Illustrious Order of Paduka Laila Jasa Keberanian Gemilang Dato Paduka Seri DPKG
Darjah Kedua Dato Laila DLKG
Darjah Ketiga - DKG
Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama Image of the ribbon of the Most Exalted Order of Paduka Keberanian Laila Terbilang Dato Paduka Seri DPKT
Darjah Kedua Dato Laila DKLT
Darjah Ketiga - DKT
Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama Image of the ribbon of the Most Gallant Order of Pahlawan Negara Brunei Dato Seri Pahlawan PSPNB
Darjah Kedua Dato Hamzah Pahlawan DHPNB
Darjah Ketiga - PNB
Darjah Keempat - PJB
Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama Image of the ribbon of the Most Blessed Order of Setia Negara Brunei Dato Seri Setia PSNB
Darjah Kedua Dato Setia DSNB
Darjah Ketiga - SNB
Darjah Keempat - PSB
Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Pertama Image of the ribbon of the Most Distinguished Order of Paduka Seri Laila Jasa Dato Paduka Seri Laila Jasa PSLJ
Darjah Kedua Dato Seri Laila Jasa DSLJ
Darjah Ketiga - SLJ
Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama Image of the ribbon of the Most Honourable Order of Seri Paduka Mahkota Brunei Dato Seri Paduka SPMB
Darjah Kedua Dato Paduka DPMB
Darjah Ketiga - SMB
Darjah Perwira Agong Negara Brunei Yang Amat Setia Darjah Pertama Image of the ribbon of the Most Faithful Order of Perwira Agong Negara Brunei (First Class) - PANB
Darjah Kedua Image of the ribbon of the Most Faithful Order of Perwira Agong Negara Brunei - PaNB

Pingat Kehormatan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai Pingat-Pingat Kehormatan semasa:

Nama Darjah Reben Singkatan
Pingat Pertabalan Omar Ali Saifuddin -
-
Pingat Omar Ali Saifuddin Darjah Pertama
POAS
Darjah Kedua
Pingat Sultan Hassanal Bolkiah Darjah Pertama
PHBS
Darjah Kedua
Pingat Bakti Laila Ikhlas -
PBLI
Pingat Jasa Kebaktian -
PJK
Pingat Tabah Kerja Laila Lutanan -
PTKL
Pingat Indah Kerja Baik -
PIKB
Pingat Pengisytiharan Kemerdekaan -
-
Pingat Kerja Lama -
PKL
Pingat Perjuangan Darjah Pertama
-
Darjah Kedua
Pahlawan Periwara -
PP
Asgar Pahlawan -
AP
Panglima Lasgar -
PL

Pingat sempena acara kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Terdapat juga beberapa pingat yang diberikan sempena acara kebangsaan tertentu:

Nama Jenis Reben
Pingat Puspa Emas
Perak
Pingat Jubli Menaiki Takhta

- Pingat Jubli Emas

- Pingat Jubli Perak

Emas
Perak
Gangsa
Pingat Jubli Hari Kebangsaan

- Pingat Jubli Perak

-

Pingat untuk angkatan bersenjata[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah pingat-pingat khusus untuk angkatan bersenjata Brunei.

Pingat-Pingat Pasukan Polis Diraja Brunei
Nama Reben Singkatan
Pingat Kerja Lama Polis
PKLP
Pingat Polis Diraja 1965
-
Pingat Polis 50 Tahun
-
Pingat Perkhidmatan Polis
-
Pingat Jubli Intan Polis 75 Tahun
-
Pingat Laila Tugas
-
Pingat-Pingat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
Nama Reben
Pingat Mulia Gelaran Resmi
Pingat Laila Tugas (GSM)
Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik (Tentera)
Pingat Jubli Perak 25 Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
Pingat Jubli Emas 50 Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
Pingat-Pingat Unit Simpanan Gurkha
Nama Reben
Pingat Pasukan Simpanan Gurkha
Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jabatan Adat Istiadat Negara - Bangunan Lapau". www.adat-istiadat.gov.bn. Dicapai pada 19 July 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Senarai Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam" (PDF). www.adat-istiadat.gov.bn. Dicapai pada 19 July 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]