Bintang Marsyal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Marsyal Kesatuan Soviet Dmitry Yazov memakai bintang marsyal besar diatas tali lehernya

Bintang Marsyal (Bahasa Rusia: маршальская звезда) adalah satu lencana pangkat tambahan yang dipakai oleh para marsyal angkatan tentera Kesatuan Soviet, dan kemudiannya Persekutuan Rusia. Angkatan tentera bekas Soviet Union dan Persekutuan Rusia mempunyai dua insignia tersebut untuk pangkat tentera yang lebih tinggi, kedua-duanya dalam bentuk bintang emas pecah lima dan platinum bertakhta batu berlian. Ia dipakai pada tali leher pakaian istiadat (asalnya dibawah kolar pakaian seragam istiadat, semenjak tahun 1955 pada atas tali leher). Terdapat dua saiz bintang yang berbeza. Secara rasmi namanya telah berubah, bergantung pada jenis pangkat apa yang diterima serta hak untuk memakainya, dan dikenali sebagai bintang marsyal besar dan bintang marsyal kecil.

Bintang marsyal sepadan dengan penggunaan baton marsyal Barat. Pada hari kematian penerima, anugerah tersebut dipulangkan kepada tabung berlian untuk digunakan semula.[1]

Pada tahun 2013, satu insignia baru telah dizahirkan untuk jeneral ketumbukan, laksamana armada, jeneral ketumbukan udara, dan disamping itu, pangkat-pangkat ini sekarang layak menerima bintang marsyal dengan reka bentuk baru—sekarang berbentuk cross.

Para penerima[sunting | sunting sumber]

Nama rasmi, saiz dan jumlah batu berlian sepadan dengan pangkat marsyal. Bintang marsyal pada mulanya dikurniakan kepada Marsyal Kesatuan Soviet dan Laksamana Armada Kesatuan Soviet. Dalam masa yang sama, bintang lebih kecil telah dikurniakan kepada "marsyal pasukan cawangan" dan "ketua marsyal pasukan cawangan", laksamana armada dan kemudian jeneral ketumbukan angkatan tentera Soviet.[2]

Bintang marsyal besar[sunting | sunting sumber]

Bintang marsyal besar

"Bintang marsyal besar" ialah tanda lencana penghormatan bagi pangkat-OF10 seperti berikut:

Ia berbentuk bintang emas pecah lima dengan pancaran pepenjuru licin di bahagian depan. Bahagian tengah diperbuat dari platinum dengan bintang pecah lima bertakhta batu berlian. Batu berlian di bahagian tengah mempunyai jumlah berat 2.62 karat dan di pancaran terdapat 25 batu berlian seberat 1.25 karat. Antara bucu pancaran terdapat 5 batu berlian seberat 3.06 karat. Diameter bintang emas ialah 44.5 milimeter (1.75 in) dan bintang platinum adalah 23 milimeter (0.91 in) diameter. Bintang tersebut mempunyai ketebalan 8 milimeter (0.31 in).[2]

Bintang marsyal ini mempunyai lelubang bentuk segi tiga di bahagian atas bucu yang disambungkan dengan lelubang bentuk bujur yang berukuran 14 milimeter (0.55 in). Bintang marsyal digantung oleh 25 milimeter (0.98 in) reben moire. Jumlah berat bintang marsyal besar ialah 36.8 gram (1.30 oz). Kira-kira 200 bintang marsyal jenis ini telah dikeluarkan.[2]

Persekutuan Rusia[sunting | sunting sumber]

Didalam angkatan tentera Persekutuan Rusia bintang marsyal – besar adalah tanda lencana penghormatan bagi pangkat-OF10 Marsyal Persekutuan Rusia sehingga 21 Januari 1997.

Bintang marsyal kecil[sunting | sunting sumber]

Soviet Union[sunting | sunting sumber]

Bintang marsyal kecil

"Bintang marsyal kecil" adalah tanda lencana penghormatan bagi pangkat-OF9 seperti berikut:

  • Sejak 27 Februari 1943 kepada pangkat Marsyal pasukan cawangan:
    • Marsyal artileri, marsyal udara dan marsyal pasukan armor
  • Sejak 20 Mac 1944 diikuti oleh pangkat:
  • Marsyal pasukan semboyan dan Marsyal pasukan jurutera
  • Sejak 5 Jun 1962: Laksamana Armada
  • Sejak 1 November 1972: Jeneral Ketumbukan

Tidak ada dekri rasmi yang berkaitan dengan penggunaan "bintang marsyal – kecil" sebagai tanda lencana penghormatan bagi pangkat Ketua Marsyal. Namun, selepas kenaikkan pangkat dari "marsyal pasukan cawangan" ke "ketua marsyal pasukan cawangan" pegawai jeneral yang sesuai terus memakai "bintang marsyal – kecil".

Ia berbentuk bintang emas pecah lima dengan pancaran dihedral licin di bahagian depan. Dibahagian tengah bintang emas terdapat bintang pecah lima yang lebih kecil diperbuat dari platinum. Di tengah-tengah bintang platinum terdapat batu berlian 2.04-karat. Pada pancaran bintang platinum terdapat 25 batu berlian 0.91-karat. Jumlah diameter bintang emas ialah 42 milimeter (1.7 in) dan seberat 35.1 gram (1.24 oz). Ia disambungkan dengan reben moire dencan cara yang sama seperti bintang besar.[2] Kira-kira 370 bintang marsyal kecil telah dikeluarkan.[2]

Persekutuan Rusia[sunting | sunting sumber]

Didalam angkatan tentera Persekutuan Rusia, bintang marsyal – kecil adalah tanda lencana penghormatan bagi pangkat-OF9 Jeneral Ketumbukan dan Laksamana Armada sehingga 21 Januari 1997.

Reben[sunting | sunting sumber]

Warna reben berbeza-beza mengikut pasukan cawangan: warna emas untuk artileri, warna biru muda untuk tentera udara, warna burgundy untuk pasukan armor, warna merah untuk jurutera, warna biru untuk semboyan, dan warna firus untuk tentera laut.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Маршальская звезда: история описания и фотографии маршальской звезды (Marshal's star: a description and photographs of the marshal's star)" (dalam bahasa Rusia). Журнал СЕНАТОР (SENATOR journal). Dicapai 2011-09-16. 
  2. ^ a b c d e f Кузнецова, Андрея; Пака, Игоря. "Маршальская Звезда (marshal's star)" (dalam bahasa Russian). Ордена и Медали СССР (Orders and Medals of the Soviet Union). Dicapai 2011-09-16. 
  • Ministry of Defense Military Uniform Regulations, 1988 edition, pp. 99, 101.