Bintang berubah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Nebula Trifid mengandungi bintang berubah Cepheid
Bintang berubah Mira pada dua masa yang berbeza

Bintang berubah merupakan bintang yang kelihatan berubah-ubah kecerahannya seperti yang dilihat dari Bumi (magnitud ketaranya).

Perubahan ini mungkin disebabkan oleh perubahan cahaya yang dipancarkan atau objek yang menghalang cahaya, jadi bintang berubah diklasifikasikan sebagai:

  • Bintang berubah intrinsik: kilauannya memang berubah-ubah; misalnya, kerana bintangnya kembang kecut secara berkala.
  • Bintang berubah ekstrinsik: perubahan kecerahan disebabkan oleh perubahan jumlah cahaya yang dapat mencapai Bumi; misalnya, kerana bintangnya kadang-kadang ditutup oleh jasad yang mengitarinya.

Kebanyakan bintang mempunyai sekurang-kurangnya beberapa variasi kilauan: misalnya, keluaran tenaga Matahari kita berubah dalam sekitar 0.1% sepanjang kitaran suria 11 tahun. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

 

  1. ^ Fröhlich, C. (2006). "Solar Irradiance Variability Since 1978". Space Science Reviews. 125 (1–4): 53–65. Bibcode:2006SSRv..125...53F. doi:10.1007/s11214-006-9046-5.