Biro Pengaduan Awam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Biro Pengaduan Awam merupakan agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menangani aduan awam terhadap pekerja kerajaan, kekurangan dan penangguhan dalam perkhidmatan dan utiliti awam, dan undang-undang dan dasar awam. Mengandungi maklumat mengenai biro, jenis aduan yang diterima dan prosedur aduan.[1]

Matlamat Biro Pengaduan Awam[sunting | sunting sumber]

  • Untuk mengalakkan dan memberi kemudahan kepada rakyat yang tidak puas hati dengan sebarang salah tadbir di kalangan jentera pentadbiran awam untuk mengadu dengan penuh yakin.
  • Untuk bekerjasama dengan ketua-ketua jabatan dalam menangani aduan orang ramai.
  • Untuk menyiasat aduan dan mengemukakan hasil siasatan serta perakuan kepada Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) untuk pertimbangan dan keputusan. [2]
  • Untuk melakukan "follow-up" dan "follow-through" semua keputusan yang dibuat oleh JKTPA.
  • Untuk mengemukakan kepada ketua jabatan berkenaan laporan suku tahun tentang penerimaan aduan dan kedudukan tindakan pentadbiran yang telah diambil terhadap aduan.
  • Untuk menerbitkan laporan tahunan berkenaan aduan awam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]