Biro Tatanegara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Logo Biro Tata Negara

Biro Tatanegara (dsingkatkan kepada BTN) merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia di Jabatan Perdana Menteri negara tersebut. Ia ditubuhkan pada tahun 1974 sebagai Unit Penyelidikan Belia di bawah Kementerian Belia, tetapi telah dinamakan semula dan dipindahkan pada tahun 1981. Objektif biro ini dikatakan bertujuan memupuk semangat patriotisme dan komitmen untuk keunggulan di kalangan rakyat Malaysia, dan melatih para pemimpin dan masa depan pemimpin untuk menyokong usaha pembangunan negara.[1]

Program anjuran ini sarat dengan kontroversi di mana ia dilihat sesetengah pihak bermotif menggalakan pemikiran ketuanan Melayu secara jelas serta indoktrinasi yang memaksa ketaatan tidak berbelah bahagi kepada gabungan pemerintah Barisan Nasional.[2][3][4] Pada 25 November 2009, kerajaan negeri Selangor mengeluarkan larangan melarang penjawat awam negeri, pekerja anak syarikat negeri, dan pelajar di institusi milik negara menghadiri kursus BTN.[5][6] Pada 2 Disember 2009, kerajaan negeri Pulau Pinang mengikutinya dan mengharamkan semua penjawat awam dari menghadiri kursus kontroversi.[7]

Badan ini akhirnya dimansuhkan bersama-sama Program Latihan Khidmat Negara pada 13 Ogos 2018, menurut Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.[8][9]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Biro Tatanegara (BTN) merupakan sebuah organisasi kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah Program Belia dan dikenali sebagai Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pada peringkat awal penubuhannya, pejabat jabatan ini terletak di Wisma Keramat, Kuala Lumpur.

Pada Oktober 1981, Unit Penyelidikan Belia ini telah diletakkan terus di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaras dengan penstrukturan semula jabatan ini. Ibu Pejabat Unit Penyelidikan Belia, Jabatan Perdana Menteri ini kemudiannya dipindahkan ke Jalan Kelantan, Kuala Lumpur.

Pada Jun 1982, unit ini telah ditukar nama kepada Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri. Tiga cawangan BTN telah diwujudkan merangkumi cawangan zon utara, selatan dan timur. Seterusnya pada tahun 1983, BTN telah dipindahkan ke bangunan JKR 742, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Mulai tahun 1987, BTN cawangan negeri telah diwujudkan. Sehingga kini BTN mempunyai empat belas (14) buah cawangan negeri dan tujuh belas (17) buah Kem Bina Negara serta sebuah akademi iaitu Akademi Kenegaraan.

Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan Sikap yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara Perdana 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.

Pada 6 September 1999, Ibu Pejabat BTN telah berpindah ke Aras 1, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya sehingga sekarang.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1980-an fungsi Biro Tatanegara (BTN) ketika itu ialah melaksanakan program-program cinta yang menanamkan unsur-unsur kecintaan dan patriotisme dikalangan belia dan pelajar serta masyarakat Malaysia bagi memastikan ianya selaras dengan kehendak dan aspirasi negara.

Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.

BTN bergerak seiring dengan aspirasi kerajaan dalam memastikan dasar-dasar kerajaan disampaikan dengan tepat dan jelas menerusi pelabagai program yang dianjurkan. Selain itu, ianya merupakan sebahagian daripada agenda nasional dalam memastikan sosio ekonomi yang seimbang antara semua kaum. Ianya juga selari dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu membenteras kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia. Kerajaan amat sedar bahawa perbezaan taraf ekonomi dan sosial antara kaum di Malaysia adalah penyebab utama berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Seterusnya pada November 1986, aktiviti BTN diperjelas dan diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka mampu memahami dan mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.

Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.

Pemansuhan[sunting | sunting sumber]

Biro Tatanegara dimansuhkan serta-merta berkuatkuasa 13 Ogos 2018 berikutan pengumuman Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melalui persetujuan mesyuarat kabinet Malaysia selain Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Sebab pemansuhan adalah kerana kerajaan Pakatan Harapan mendapati agensi kerajaan ini telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu pada zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Teras Strategik[sunting | sunting sumber]

BTN telah menetapkan sebanyak lima (5) teras untuk memenuhi objektif, visi dan misi BTN.Teras tersebut adalah seperti berikut :

  1. Meningkatkan Keberkesanan Program Latihan Transformasi Negara (PLTN)
  2. Mengukuhkan Pakatan Strategik dan Rangkaian BTN
  3. Memperkasakan Pendidikan Kenegaraan dan Patriotisme
  4. Meningkatkan Keupayaan Penyelidikan dan Pengurusan Maklumat
  5. Memperkasakan Akademi Kenegaraan

Semangat Kenegaraan[sunting | sunting sumber]

Penyertaan dalam Kursus BTN adalah wajib untuk semua pelajar yang mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Tujuan kursus tersebut adalah untuk menyemai semangat kenegaraan di kalangan pelajar tersebut agar terus bersikap patriotik ketika di luar negeri. Ianya adalah memastikan bahawa setiap pelajar mempunyai jati diri yang kukuh serta menanamkan keazaman untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara apabila pulang ke negara.

BTN tidak pernah menyebarkan ideologi perkauman dengan membezajkan antara sesuatu kaum dengan kaum yang lain. BTN hanya ditugaskan menyampaikan maklumat berasaskan fakta sejarah dan tidak menyentuh sentimen perkauman secara sempit.Tidak timbul langsung soal memperkecil dan memburukkan kaum bukan Melayu kerana perkara yang disampaikan berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.[10]

Reaksi Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Beliau berpendapat bahawa semangat patriotisme yang diterapkan dalam kursus Biro Tata Negara (BTN) baik untuk semua pihak bukan sahaja penyokong kerajaan. [11]
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar:
Beliau berkata keputusan kerajaan Selangor melarang kakitangan awam dan pelajar IPT milik negeri itu daripada mengikuti kursus BTN semata-mata bertujuan politik, supaya rakyat lupa akan janji-janji pembangkang pada pilihan raya umum lepas.[12]
Beliau berkata kerajaan tiada masalah mendedahkan kepada umum silibus dan modul kursus Biro Tata Negara (BTN) yang didakwa pembangkang sebagai 'sesi membasuh otak' yang sengaja diada-adakan Barisan Nasional (BN) untuk memupuk semangat perkauman di kalangan peserta.[13] Beliau juga menyifatkan ia merupakan usaha pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat terhadap masalah dalaman mereka selain menenggelamkan khidmat BN yang mendahulukan kepentingan rakyat. Ini kerana kerana BTN wujud sudah lama, dan kenapa sekarang baru nak ditimbulkan isu ini.
Pada 30 November 2009, Kabinet yang diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz bersetuju merombak sukatan program kontroversi Biro Tatanegara, yang dipertikaikan Pakatan Rakyat, supaya sejajar dengan slogan 1Malaysia. Tambah beliau lagi, ia dibuat bagi menjadikan kursus itu lebih merangkumi pelbagai kaum dan tidak menjadinya sumber perpecahan.[14]

Isu diungkitkan[sunting | sunting sumber]

Penirisan slaid berniat hasad[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Mac 2015 hingga 15 June 2015, BTN menerbitkan seberapa slaid persembahan yang dapat dimuat turun pada laman sesawangnya. Satu slaid ia mendakwa seberapa penerbit buku bahasa Melayu bebas atau mandiri (indie) "bersifat anti-establishment" yang dipercayai "akan beri kesan negatif kepada kerajaan" "tanpa pemantuan khas pihak berwajib" serta "melahirkan ikon-ikon generasi muda yang bawa idea bebas dan ekstrem";[15] malah slaid tersebut mengesyorkan pihak kerajaan mengharamkan sebarang buku yang dilihat berkandungan "Lucah, bebas" terbitan mereka.[15][16] Dakwaan ini mengungkitkan kemarahan para pemilik penerbitan yang disasar sebutkan ini yang mendesak permohonan maaf secara rasmi dari badan tersebut;[17] slain-slaid tersebut diturunkan BTN[18] sambil badan tersebut mempertahankan kandungan ia yang bertujuan untuk "perbincangan akademik" (academic discussion) semata-mata.[19]

Terdapat juga beberapa slaid yang terbit berunsur politik lain seperti pengamatan prestasi Barisan Nasional, undian rakyat terhadap koalisi tersebut serta peraihan kerusi Pakatan Rakyat dari 1959 hingga 2014 yang cuba dikaitkan dengan pecahan kaum pengundi Malaysia serta peratusan keanggotaan yang beranutan Islam serta bukan Islam dalam Parlimen.[20] Sebuah slaid menuduh tidak sahaja akhbar-akhbar bahasa Cina yang dianggap "jarum halus menikam kerajaan" malah juga Parti Tindakan Demokratik yang dilihat mempergunakan "ikon Melayu" mereka serta kononnya menggalakkan perkara kontroversi seperti isu kalimah "Allah" dalam cetakan Kristian bahasa Melayu serta pemisahan Sabah dan Sarawak daripada gabungan Malaysia;[21] ia turut mengandaikan sebarang perubahan atau perebutan kuasa ketara daripafa BN sebagai satu "ketidakstabilan politik" yang dibaratkan kepada pemerintahan Khmer Rouge Pol Pot.[22] Satu slaid turut menghujah bahawa "rasis / assabiyah sebenarnya boleh menyatukan sesuatu bangsa / ras", di mana minoriti-minoriti kaum Malaysia "sudah memiliki apa yang tercatat dalam hak asasi manusia".[23][24]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Latar Belakang" (dalam bahasa Malay). Biro Tata Negara. Dicapai pada 21 November 2009.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Lim Kit Siang (4 September 2008). "Any Najib apology for the rank racism of BTN indoctrination courses?". The New Straits Times. Dicapai pada 11 May 2009.
  3. ^ "Anwar trains his sights on 1 Malaysia". The Malaysian Insider. 30 April 2009. Dicapai pada 26 November 2009.
  4. ^ Azly Rahman (26 November 2009). "Create radical social futurists, dismantle Biro Tata Negara -- that threat to national unity". Malaysia Today. Dicapai pada 27 November 2009.
  5. ^ Tan Yi Liang (25 November 2009). "Selangor boycotts Biro Tata Negara programmes". The Sun Daily. Dicapai pada 27 November 2009.
  6. ^ Mazlinda Mahmood (26 November 2009). "No Biro Tatanegara courses for Selangor govt employees". The New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2009. Dicapai pada 27 November 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "Penang bans civil servants from attending BTN courses". Sin Chew. 2 December 2009. Dicapai pada 14 December 2009.
  8. ^ Syed Saddiq: BTN and National Service are abolished
  9. ^ Syed Saddiq: BTN, National Service abolished
  10. ^ Kerajaan nafi program BTN berasaskan perkauman
  11. ^ BTN Baik Untuk Semua Tanpa Mengira Fahaman Politik - Shahrizat.
  12. ^ BTN Baik Untuk Semua Tidak Kira Fahaman Politik, Kata Shahrizat. BERNAMA 28 November, 2009 16:33 PM
  13. ^ Isu sengaja dicetus pembangkang bagi alih fokus masyarakat.
  14. ^ "Sukatan kursus BTN akan dirombak", Malaysiakini.com, 30 November 2009.
  15. ^ a b "Gerakan Indie Di Malaysia (Indie Movement in Malaysia)" (dalam bahasa Malay). Biro Tata Negara. Dicapai pada 23 June 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "BTN slaps bull's-eye on Malay counterculture for anti-establishment bent". Malay Mail online. 15 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 June 2015. Dicapai pada 23 June 2015.
  17. ^ "Malay indie group strikes back at BTN, demands public apology". The Malay Mail Online. 20 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 June 2015. Dicapai pada 23 June 2015.
  18. ^ "BTN removes slides from website after caught with pants down". The Malay Mail Online. 15 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2015. Dicapai pada 23 June 2015.
  19. ^ "No hard feelings, BTN boss tells 'indie' scene after attack slides leaked". The Malay Mail Online. 16 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 June 2015. Dicapai pada 23 June 2015.
  20. ^ "Politik Malaysia". Biro Tata Negara. Dicapai pada 23 June 2015.
  21. ^ Tan, Tarrence (16 June 2015). "BTN is Apartheid 2.0 in M'sia, says DAP". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2015. Dicapai pada 23 June 2015.
  22. ^ "Perkembangan Cabaran Politik semasa dalam negara (Development of current political challenges in the country)" (dalam bahasa Malay). Biro Tata Negara. Dicapai pada 23 June 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  23. ^ "Rasis (Racist)". Biro Tata Negara. Dicapai pada 23 June 2015.
  24. ^ "BTN's own slides proof of racism, says Kasturi". Free Malaysia Today. 21 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 June 2015. Dicapai pada 23 June 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]