Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa
Perancis: Bureau international des poids et mesures
Kerangka
KependekanBIPM
Jenis/bentuk sahAntara kerajaan
BidangSistem Unit Antarabangsa, metrologi, pengukuran, weights and measures Sunting ini di Wikidata
Anggota bagiJoint Committee for Guides in Metrology Sunting ini di Wikidata
Bahasa rasmiPerancis (rasmi), Inggeris
Tapak webbipm.org
Sejarah
PendahuluInternational Time Bureau Sunting ini di Wikidata
Dibentuk20 Mei 1875
Pengurusan
PengarahM.J.T. Milton
Pengarah/pengurusAndrew John Wallard, Terry Quinn, Charles Édouard Guillaume, René Benoît, Ole Jacob Broch Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatGrand Paris Sunting ini di Wikidata
Lokasi
  • Perancis Sunting ini di Wikidata
  • Sèvres, Perancis
    12Bis Grande Rue, F-92310 Sèvres Sunting ini di Wikidata
Koordinat48°49′44.4″N 2°13′10.4″E Sunting ini di Wikidata
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Koordinat: 48°49′45.55″N 2°13′12.64″E / 48.8293194°N 2.2201778°E / 48.8293194; 2.2201778 Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa (Perancis: Bureau international des poids et mesures, dirujuk dengan parapismnya BIPM) merupakan antara tiga badan yang bertanggunjawab menyeragamkan Sistem Unit Antarabangsa selain daripada Persidangan Am Timbang dan Ukur (Perancis: Conférence générale des poids et mesures, CGPM) dan Jawatankuasa Timbangan dan Ukuran Antarabangsa (Perancis: Comité international des poids et mesures, CIPM).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Biro ini telah ditubuhkan pada 20 Mei 1875, berikutan penandatanganan Persidangan Meter, sebuah perjanjian antara 51 negara (setakat Ogos 2008).[1] Ia beribupejabat di Pavillon de Breteuil di Sèvres, Perancis, sebuah tapak berkeluasan 4.35 hektar (asalnya 2.52ha)[2] yang diberikan kepada Biro oleh Pemerintah Perancis pada tahun 1876, di mana ia menikmati status luar wilayah[3] yang dijelaskan dalam suatu dekri pemerintah Perancis No 70-820 bertarikh 9 September 1970.[2]

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Di bawah pihak berkuasa Persidangan Metrik, BIPM membantu untuk memastikan keseragaman berat dan ukuran SI di serata dunia. Ia berbuat demikian melalui satu siri jawatankuasa perundingan, yang ahlinya merupakan makmal metrologi negara persidangan ahli negara dan melalui kerja makmal sendiri.

Biro ini menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan pengukuran. Ia mengambil bahagian dan menganjurkan perbandingan antarabangsa piawaian pengukuran kebangsaan dan menjalankan penentukuran untuk negara anggota.

Biro ini turut mempunyai peranan yang penting dalam mengekalkan masa yang tepat di seluruh dunia. Ia menggabungkan, menganalisis, dan mepmuratakan piawaian masa atom rasmi negara-negara anggota di seluruh dunia untuk mencipta satu Waktu Universal Selaras (UTC) yang seragam dan rasmi.[4]

BIPM juga penjaga prototaip antarabangsa kilogram.[5]

Pengarah BIPM[sunting | sunting sumber]

Biro.

Sejak penubuhannya, pengarah-pengarah yang mengetuai BIPM adalah seperti berikut:[6]

  • 1875–1877 Gilbert Govi (Itali)
  • 1877–1879 J. Pernet (Switzerland)
  • 1879–1889 Ole Jacob Broch (Norway)
  • 1889–1915 J.-René Benoît (Perancis)
  • 1915–1936 Charles Édouard Guillaume (Switzerland)
  • 1936–1951 Albert Pérard (Perancis)
  • 1951–1961 Charles Volet (Switzerland)
  • 1962–1977 Jean Terrien (Perancis)
  • 1978–1988 Pierre Giacomo (Perancis)
  • 1988–2003 Terry J. Quinn, CBE FRS (United Kingdom)
  • 2004–2010 Andrew J. Wallard (United Kingdom)
  • 2011–2012 Michael Kühne (Jerman)
  • 2013– Martin J.T. Milton (United Kingdom).[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Brief history of the SI" [Sejarah ringkas SI] (dalam bahasa Inggeris). BIPM. Dicapai pada 21 April 2009.
  2. ^ a b Page, Chester H; Vigoureux, Paul, penyunting (20 May 1975). The International Bureau of Weights and Measures 1875 - 1975: NBS Special Publication 420. Washington, D.C.: Biro Kebangsaan Piawaian. m/s. 26–27.
  3. ^ "The BIPM from 1875 to the Present Day" [Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa 18] (dalam bahasa Inggeris). BIPM. Dicapai pada 20 Mei 2011.
  4. ^ "BIPM Time Coordinated Universal Time (UTC)" [BIPM Memasakan Waktu Universal Selaras] (dalam bahasa Inggeris). BIPM. Dicapai pada 29 Disember 2013.
  5. ^ "International prototype of the kilogram" [Prototaip antarabangsa kilogram] (dalam bahasa Inggeris). BIPM. Dicapai pada 18 November 2011.
  6. ^ "Directors of the BIPM since 1875" [Pengarah BIPM sejak tahun 1875] (dalam bahasa Inggeris). Bureau International des Poids et Mesures. 2011. Dicapai pada 30 September 2012.
  7. ^ "NPL Fellow, Dr Martin Milton, is new Director at foundation of world's measurement system". QMT News. Quality Manufacturing Today. Ogos 2012. Dicapai pada 30 September 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]