Bisikan Arwah (filem 1988)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bisikan Arwah
PengarahJopi Burnama
PenerbitHandi Muljono
PenulisAbdullah Harahap
Dibintangi olehNina Karina
Yoseph Hungan
Putri Salbiah
Mr. Os
Tonny Yusuf
Pitrajaya Burnama
Joes Terpase
Rachmat Hidayat
Lina Malesy
Benny Burnama
Stevie John Tutupoho
Maman Togan
SinematografiDjarot Bintoro
Disunting olehErmis Thaher
Mula ditayangkan
1988
Tempoh tayangan
79 minit
NegaraIndonesia

Bisikan Arwah adalah filem Indonesia tahun 1988 dan diarahkan oleh Jopi Burnama serta dibintangi oleh Nina Karina dan Yoseph Hungan.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Fail:Mr. Os membuat perjanjian dengan Ratu Ular.jpg
Parta ketika membuat perjanjian dengan Ratu Ular

Seorang lelaki membawa sebatang cangkul ketika berjalan dikawasan semak belukar. Lelaki tersebut kelihatannya sedang mengejar seekor ular jelmaan yang sedang menggali sebuah lubang untuk melarikan diri dari lelaki berkenaan. Ketika dia sedang sibuk menggali, ada sesusuk tubuh yang memerhatikan gerak geri lelaki yang sedang sibuk menggali lubang tempat persembunyian ular tadi. Tiba-tiba kedengaran satu bisikan yang menggalakkan lelaki tersebut agar terus menggali. Dia kemudiannya terjerumus kedalam sebuah perigi lama dan bertemu dengan ular yang dikejarnya sebentar tadi. Ular berkenaan sedari mula telah mengetahui niat lelaki itu bahawa dia berkeinginan untuk membunuh ular tersebut lalu menjual kulitnya dengan harga yang mahal. Ular jelmaan tersebut terus merasuki tubuh lelaki berkenaan melalui pandangan matanya. Setelah lelaki berkenaan merangkak keluar dari telaga tersebut, wujudnya tiba-tiba berubah menjadi buruk dan bersisik dan dia terus pergi ke suatu destinasi dengan tujuan yang tersendiri.

Sepasang lelaki dan perempuan, Eka (Puteri Salbiah) dan Suparman, sedang asyik bercumbuan didalam sebuah banglo sambil berbual mengenai harta berbentuk tanah ladang yang bakal diwariskan oleh Suparman kepada Eka. Tiba-tiba lelaki yang telah dikuasai syaitan ular jelmaan berkenaan menerjah masuk kedalam kediaman mereka. Lelaki tersebut seolah-olah mengenali Eka kerana dia berkata bahawa Eka telah berkali-kali mengkhianati dirinya. Makhluk misteri berkenaan menjulurkan lidah bercabangnya dan terus menjerut leher Suparman sementara Eka terus lari menyelamatkan diri didalam sebuah bilik berasingan. Suparman terus menjadi korban pertama lelaki misteri tersebut. Dia kemudian cuba menjerut leher Eka yang sedang bersembunyi didalam bilik tapi gagal untuk membunuhnya. Setelah lelaki misteri itu beredar, penduduk kampung terus datang untuk membantu dan mendapati mayat Suparman terlentang di ruang tamu dalam keadaan bermandikan darah manakala Eka pula telah pengsan didalam bilik. Sewaktu lelaki misteri berkenaan sedang berjalan menuju kerumahnya, dia kembali kepada bentuk asalnya iatu manusia biasa.

Keesokan harinya, penduduk kampung gempar apabila Suparman ditemui mati dalam keadaan mengerikan manakala seorang lagi lelaki bernama Jaka turut terkorban hasil perbuatan seorang bomoh pada malam yang sama Suparman dibunuh. Ketika majlis pengebumian dijalankan untuk Suparman, Eka berkali-kali merenung Iwan (Latif Ibrahim), menyebabkan dia merasa serba tidak kena. Setiba malam, Eka yang kini berada didalam ketakutan pergi meninggalkan rumahnya menuju kerumah bapa saudaranya, Suparya. Eka menyedari bahawa dia sedang dikejar oleh satu lembaga misteri sepanjang perjalanan. Setibanya dirumah Suparya, Eka memohon kebenaran untuk bermalam disana. Makhluk tersebut cuba memecah masuk kedalam rumah melalui jendela tetapi usahanya gagal apabila Sukarya keluar untuk memeriksa kawasan sekeliling rumah. Ketika itu jugalah dia bertemu dengan lelaki tersebut yang mengenalkan dirinya sebagai Parta. Parta mengatakan bahawa Sukarya pernah turut memukulnya dan mengarahkan penduduk kampung untuk membuang mayatnya kedalam sebuah perigi tua. Mereka kemudiannya berlawan silat dan akhirnya Parta berjaya membunuh Sukarya. Sementara itu, Eka yang menggigil ketakutan cuba untuk melarikan dari tapi bertembung dengan jelmaan Parta. Eka cuba terjun dari balkoni rumah tapi dicengkam oleh tangan Parta yang berkuku tajam. Ibu saudara Eka menjerit meminta pertolongan dan akhirnya Parta melepaskan genggamannya sambil Eka terjatuh diruang letak kereta.

Keesokan malamnya, Eka bertemu dengan seorang ustaz (Pitraja Burnama) bagi mendapatkan jawapan atas segala perkara yang telah berlaku. Ustaz tersebut menanyakan samada Eka pernah mengkhianati seorang lelaki namun pada mulanya Eka kurang pasti kerana dia telah terlalu banyak menjalin hubungan dengan lelaki yang kacak dan kaya. Ustaz tersebut kemudian menjelaskan bahawa lelaki tersebut telah lama meninggal dan dia telah mati dalam keadaan yang amat tersiksa. Oleh itu, lelaki berkenaan menyimpan dendam yang amat hebat sehingga dibawa ke tempat persemadiannya. Eka terus terkenang kembali pada Parta; seorang lelaki kampung yang bergigi jongang dan miskin namun punya keinginan yang tinggi untuk memikat Eka. Eka sering menghina dan menghalau Parta dari terus menggangunya sehinggakan dia pernah diludah oleh Eka. Sungguhpun begitu, Parta (Mr. Os) yang serba kekurangan masih lagi mampu tersenyum dengan perbuatan Eka yang terlampau itu. Apabila mengetahui bahawa Eka menjalin hubungan dengan beberapa lelaki berharta dikampung, dia terus dihinggapi rasa cemburu dan iri hati yang amat sangat sehingga menjerumuskan dia ke kancah ilmu hitam. Eka sendiri mendengar pengakuan dari Parta bahawa dia telah bertapa untuk menuntut ilmu. Dia diberikan semangkuk ulat dan cacing untuk dimakan dan menyetubuhi syaitan betina yang menjadi guru kepada ilmu yang dituntutnya. Setelah selesai upacara tersebut, Parta diberi amaran agar tidak menyetubuhi mana-mana perempuan; satu syarat yang memang sedia bertentangan dengan kehendaknya yang ingin menikmati Eka. Dipendekkan cerita, Parta telah menjadi seorang yang kaya dan dia telah berhasil memikat Eka. Akan tetapi, Parta tidak menyetubuhi Eka kerana perbuatan yang demikian akan melanggar pantang sekaligus menyebabkan dia jatuh miskin semula. Untuk memuaskan nafsu, Eka mengadakan hubungan seks dengan seorang jejaka bernama Buana. Menyedari hal ini tidak lagi boleh dibiarkan, Parta memutuskan untuk menyetubuhi Eka. Akan tetapi, tindakannya telah menyebabkan wujudnya bertukar menjadi buruk dan bersisik. Eka berlari keluar dari rumah sambil menjerit ketakutan. Parta kemudian diheret keluar dan dibelasah sehingga mati oleh penduduk kampung atas arahan Sukarya, bapa saudara Eka. Mayatnya yang terkulai layu kemudian dibuang kedalam sebuah telaga tua.

Setelah Eka menceritakan kisah Parta pada ustaz tersebut, dia berjanji untuk tidak mengulangi perangainya yang gemar melakukan hubungan seks dengan banyak lelaki. Iwan pula mengalami mimpi ngeri sehingga mengigau. Suparja, ayah kepada Mira pula sedang menderita sakit misteri sehingga sebahagian penduduk kampung mula mencurigai Suparja kerana dia dijumpai berdekatan dengan perigi yang mengandungi mayat Parta.

Suatu malam, Eka yang masih belum serik telah memungkiri janjinya kepada ustaz dengan bercumbuan bersama seorang lelaki ditempat yang sunyi. Jelmaan Parta (kini dilakonkan oleh pakar seni bela diri Yoseph Hungan) muncul dan membunuh lelaki berkenaan dengan menggigit lehernya. Parta cuba memujuk Eka agar kembali padanya namun wajahnya yang cukup buruk menyebabkan Eka melarikan diri daripadanya. Setelah gagal untuk meyakinkan Eka, rasa cinta Parta pada Eka tiba-tiba berubah menjadi benci. Parta memukau Eka dan mengarahkannya untuk menjulurkan lidahnya yang suatu ketika dahulu pernah berjanji untuk tidak meninggalkan Parta. Parta menggunakan lidahnya yang bercabang untuk mengoyak dan memakan lidah Eka, menyebabkan kematiannya. Jasad yang dihuni oleh jelmaan Parta tidak mampu untuk menerima lidah Eka yang ditelannya sebentar tadi sehingga dia menggelupur diatas rumput dan sebahagian dari sisiknya terkelupas.

Keesokan harinya, Mira membuat panggilan telefon kepada suaminya Iwan yang sedang berada dipejabat. Iwan kelihatan gusar setelah menerima berita kematian Eka dan mendengar bahawa Mira bercadang untuk menyiasat siri pembunuhan misteri dan kejam tersebut. Eka memungut beberapa kulit ular ketika berada ditempat kejadian. Dia kemudian membawa kulit tersebut pulang kerumah. Malamnya, Mira mimpi bermesraan dengan suaminya Iwan. Dalam mimpi tersebut, Iwan tiba-tiba berubah menjadi jelmaan Parta dan mengarahkan isterinya untuk membakar kulit ular yang ditemuinya pagi tadi. Parta juga mengancam untuk membunuh Mira jika dia ingkar akan perintahnya. Dengan membakar kulit tersebut, Parta mengharapkan Eka agar tidak meneruskan penyiasatannya. Setelah sedar dari mimpi tersebut, Mira mendapati bahawa benar kulit itu telah terbakar. Jeritannya mengejutkan Iwan yang sedang nyenyak tidur. Iwan memujuk supaya Mira melupakan perihal ular misteri tersebut namun Mira tetap berkeras untuk terus mencari jawapan.

Pada esok hari, Mira pergi berangkat ke kampung dengan alasan menjenguk ayahnya yang sedang sakit. Ketika dirumah, Mbah Rejo sedang menyembuhkan Suparja dalam apa yang difahamkan sebagai tipu helah semata-mata bagi memeras keluarga Mira (Mbah Rejo adalah penyebab kepada sakit misteri Suparja). Mira bercadang untuk menemui dukun tersebut lewat malam bagi mengetahui siapakah sebenarnya lelaki misteri yang melakukan siri pembunuhan kejam dikampung itu.

Malam itu, jelmaan Parta mengekori seorang lelaki yang sedang berjalan pulang menuju kerumahnya. Lelaki tersebut adalah Buana yang pernah menjalin hubungan seks dengan isterinya Eka suatu ketika dahulu. Parta berniat untuk merogol isteri Buana sebagai balasan atas perbuatannya terhadap Eka dan dirinya. Mereka pun bertempur diluar rumah sambil disaksikan oleh seorang peronda kejiranan kampung. Satu demi satu rakan Buana telah ditumpaskan Parta dan Buana sendiri menemui maut dengan isi perut yang terburai keluar. Setelah itu Parta memukau isteri Buana lalu memperkosanya. Pada masa yang sama, Mira bertemu dengan Mbah Rejo. Mira pada awalnya keberatan kerana Mbah Rejo mengarahkannya untuk melafazkan bacaan dengan nama syaitan. Mira kemudian menanggalkan satu persatu pakaian yang menutupi tubuhnya. Dalam keadaan berbogel, tiba-tiba Mbah Rejo berubah menjadi Iwan. Mira yang dalam keadaan separuh sedar tidak mempercayai bahawa suaminyalah yang telah disandera oleh jelmaan Parta dan dia jugalah yang telah melakukan siri pembunuhan kejam selama ini. Mbah Rejo (Hussein Abu Hassan) yang kini berwujud Iwan cuba mengambil kesempatan untuk menyetubuhi Mira namun usahanya berjaya digagalkan apabila Iwan tiba diperbatasan tersebut. Iwan berhasil membunuh Mbah Rejo dengan melontarkannya kedalam sebuah gaung berbatu. Iwan menyedarkan Mira yang masih berbogel dan menyarungkan pakaiannya.

Sementara itu penduduk kampung bergegas ke rumah Suparja kerana dia disyaki sebagai dalang dalam kes-kes pembunuhan yang luar biasa kerana salah seorang saksi melihat lelaki jelmaan tersebut memasuki rumah Suparja. Tambahan pula Suparja tiada dirumah ketika serbuan dibuat, menambahkan lagi kecurigaan penduduk kampung. Disebuah pondok, beberapa orang lelaki yang sedang melakukan pengawasan merancang untuk membunuh Suparja kerana kononnya dialah jelmaan ular tersebut. Akan tetapi perbualan mereka terhenti apabila jelmaan Parta muncul secara tiba-tiba. Parta diserang sekumpulan peronda tersebut namun kehandalan Parta dalam seni mempertahankan diri cukup mengagumkan sehingga semua lelaki berkenaan mati ditangannya. Salah seorang peronda yang berjaya melarikan diri telah memberitahu ketua kampung dan para penduduk yang sedang berkerumun diluar rumah Suparja bahawa makhluk misteri itu berada dihujung kampung. Ketika itu, fikiran Parta sudah mula berkecamuk; teruskan melawan penduduk kampung atau jasad yang dihuni Parta akan turut mati dibunuh para penduduk. Beberapa lagi orang lelaki cuba untuk membelasah Parta namun tidak berjaya apabila dia menggunakan keupayaan lidah bercabangnya untuk melibas mereka. Ketua kampung pula mengarahkan semua anak buahnya untuk menghapuskan makhluk jahat tersebut menyebabkan Parta sedikit gentar. Dalam keadaan yang kian meruncing dan Parta diambang maut, muncul seorang ustaz yang telah menasihati Eka sebelum kematiannya. Parta mengatakan bahawa jasad yang dipinjamnya ini telah menggangu kuburnya dan sebagai hukuman, dia merasuki tubuh lelaki itu bagi melunaskan dendam yang sekian lama telah membara dihatinya. Ustaz tersebut menggunakan khidmat kalam Allah untuk membebaskan jasad lelaki itu dari terus dihuni oleh jelmaan Parta yang separa syaitan setelah dia enggan untuk meninggalkan jasad lelaki tersebut yang akhirnya kembali kepada rupa asal; Iwan. Suparja pula tiba ditempat kejadian dan menjelaskan kehilangannya sebagai pergi ke tempat perigi tua bagi memohon maaf pada Parta kerana menggangu persemadiannya.

Siang harinya, para penduduk pun kembali ke tempat Parta dibuang dan apa yang tinggal dari rangkanya telah dikebumikan mengikut cara Islam. Iwan menunjukkan Mira tempat dia bertemu dengan jelmaan ular tersebut dimana mereka terpandang seekor ular sawa besar sedang melintas, menakutkan Mira.

Para Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Mr. Os sebagai Parta (dalam imbas kembali)
  • Yoseph Hungan sebagai Parta (kebanyakan adegan silat dan seni bela diri)
  • Latif Ibrahim sebagai Iwan / Parta.
  • Hussein Abu Hassan sebagai Mbah Rejo.
  • Pitraja Burnama sebagai ustaz.
  • Rachmat Hidayat sebagai Suparja.
  • Nina Karina sebagai Mira.
  • Puteri / Putri Salbiah sebagai Eka.
  • Maman Togan sebagai Jaka.

Informasi Menarik[sunting | sunting sumber]

  • Ini adalah filem pertama dimana Mr. Os memegang watak sebagai hantu dan juga yang terakhir.
  • Filem ini turut dibintangi oleh Hussein Abu Hassan dan Latif Ibrahim
  • Hussein Abu Hassan pula mencipta kisah seram karyanya sendiri berjudul Dendam Perawan Bunting.
  • Diedarkan di Malaysia dengan nama Mereka Kembali.
  • Filem ini tidak lagi ditayangkan pada mana-mana stesyen televisyen kerana mengandungi unsur-unsur syirik, terutama sekali pada babak dimana Mbah Rejo (Hussein Abu Hassan) mengarahkan Mira untuk melafazkan "Demi setan, ku pasrahkan diriku wahai setan".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • (Indonesia) [1]