Pergi ke kandungan

Bixa orellana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bixa orellana
Lenggai biji tumbuhan
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
orellana
Nama binomial
Bixa orellana
Sinonim[1]

Templat:Specieslist

Bixa orellana ialah sejenis tumbuhan renek berasal dari wilayah terangkum antara utara benua Amerika Selatan dan Mexico.[2][3] Ia juga dikenali dengan banyak nama setempat termasuk achiote (di Dunia Baru), kunyit jawa dan kesumba keling (dua-dua dari Nusantara).[4][5][6]

Tumbuhan ini ditanam untuk mendapatkan biji-biji yang merupakan sumber utama dalam masakan-masakan tradisional Amerika Tengah dan Selatan, Mexico, dan Caribbean. Ia juga ditanam secara industri di banyak negara di seluruh dunia[3] sebagai sumber utama annatto yang diperoleh dari selaput biji berlilin[3][2] sebagai agen pewarna kuning atau jingga pada banyak produk makanan seperti tenusu, marjerin dan daging serta sebagai suatu rempah khusus.[3]

Pokok ini menyukai tempat yang hangat serta mampu disinar matahari yang cukup dann tidak membeku; ia lebih senang tumbuh di kawasan-kawasan tropik yang berkerpasan hujan banyak sepanjang tahun. Taburan asli pokok ini dipastikan merangkumi pesisiran timur laut Mexico dan Panama "sejauh Triana di Granada Baru, Meyer di Guiana Belanda, dan Piso dan Claussen di Brazil”.[3] Ia diperkenalkan ke Asia Tenggara, Afrika dan Caribbean pada kurun-kurun ke-16 dan 17 berikutan perdagangan sedunia[2][3]

Pokok ini merenek dengan tinggi 2-8 m. Dedaunnya tunggal, bertangkai panjang, dan besar berwarna hijau berbintik merah. Helaian daunnya berbentuk bulat telur, hujungnya runcing dengan pangkal yang rata sehinggakan ia kadangkala berbentuk seakan jantung. Tepi daunnya rata, dengan urat daun yang menyirip, ukuran daunnya antara 8-20 sm panjang dan 5–12 sm lebar.[4]

Ia berbunga sejambak berwarna merah muda atau putih dengan diameter setiap putik antara 4 higga 6 sm. Buahnya seperti rambutan dengan bulu-bulu yang tertutup rambut sikat di mana ia berwarna hijau sewaktu masih muda, dan merah tua apabila sudah masak. Buahnya pipih, panjang 2–4 cm, dan berisi banyak biji kecil berwarna merah tua.[4]

Secara tradisi

[sunting | sunting sumber]

Biji-biji tumbuhan ini digunakan dalam kalangan warga Amerika Latin (yang memanggilnya achiote), Jamaica dan Filipina (yang memanggil ia atsuwete) untuk masakan mereka; biji-biji ini digorengkan dengan minyak atau lemak babi untuk mendapatkan warna, bau dan perisa halus yang unik untuk pelbagai lauk-pauk yang dimasak. Di Brazil, biji-biji pokok dikisar bersama jagung menjadi suatu serbuk perisa disebut colorau atau colorífico, yang adakalanya menggantikan paprika.[7]

Seluruh bahagian kunyit jawa dapat dimanfaatkan untuk mengubati berbagai penyakit seperti demam, cirit-birit, kurang nafsu makan, masuk angin, beri-beri, pendarahan, bahkan meneutralkan racun dalam badan serta meluruh atau melawas air seni dan perut kembung.[8]

Dalam industri

[sunting | sunting sumber]

Pigmen anatto dari biji ini diperoleh secara industri dalam perkilangan dengan mengisar serta mengadun biji-biji dengan pelarut baik yang alkali (natrium hidroksida atau kalium hidroksida) atau organik (termasuk heksana, aseton dan etanol)[3][9] mahupun minyak tumbuhan (termasuk dari jagung atau soya).[2][9] Pewarna ini tidak mengubah rasa bahan dipakai serta tidak toksik[3] lalu dimanfaatkan dalam mewarnakan produk tenusu seperti mentega, keju dan aiskrim, bumbu,[2][3] sampailah ke barangan kosmetik seperti gincu, penggilap kuku dan cat.[3]

  1. ^ Kew World Checklist of Selected Plant Families
  2. ^ a b c d e "Bixa orellana (annatto)". Center for Agriculture and Biosciences International (CABI). 27 September 2018. Dicapai pada 10 October 2018.
  3. ^ a b c d e f g h i j Julia F Morton (1960). "Can Annatto (Bixa orellana, L.), an old source of food color, meet new needs for safe dye?". Proceedings of the Florida State Horticultural Society. 73: 301–309. Dicapai pada 10 October 2018.
  4. ^ a b c Dalimartha, Setiawan (2009). Atlas Tumbuhan Obat Indonesia. 6. hal. 57-59. Jakarta:Puspa Swara. ISBN 978-979-1480-19-2.
  5. ^ "Bixa orellana L." Flora and Fauna Web. Lembaga Taman Negara Singapura.
  6. ^ Seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan edisi terkini (ke-4) keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia:
  7. ^ "New Crops from Brazil". Purdue University. 1990. Dicapai pada 24 August 2011.
  8. ^ Hariana, H. A. (2008). Tumbuhan Obat dan Khasiatnya. Jakarta: Penebar Swadaya.
  9. ^ a b Vilar, Daniela de Araújo; Vilar, Marina Suênia de Araujo; Moura, Túlio Flávio Accioly de Lima e; Raffin, Fernanda Nervo; Oliveira, Márcia Rosa de; Franco, Camilo Flamarion de Oliveira; de Athayde-Filho, Petrônio Filgueiras; Diniz, Margareth de Fátima Formiga Melo; Barbosa-Filho, José Maria (2014). "Traditional Uses, Chemical Constituents, and Biological Activities of Bixa orellana L.: A Review". The Scientific World Journal (dalam bahasa Inggeris). 2014: 857292. doi:10.1155/2014/857292. ISSN 2356-6140. PMC 4094728. PMID 25050404.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Maklumat disediakan Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia