Black (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Black
MUH&black.jpg
Black (tengah) bersama Meet Uncle Hussain.
Latar belakang
Nama asal Hanifah bin Md Hanafiah
Nama lahir Hanifah bin Md Hanafiah[1]
Juga dikenali sebagai Black
Kelahiran (1987-12-21) 21 Disember 1987 (umur 29)
Berasal dari  Malaysia
Kegiatan berkait Mentor musim ketiga

Hanifah bin Md Hanafiah, lebih dikenali sebagai Black, ialah seorang penyanyi Malaysia yang mengecapi kenamaan semenjak menjuarai musim ketiga rancangan realiti Mentor. Pada masa itu, Black merupakan anak didik kepada Ratu Dangdut, Mas Idayu.

Sebelum menyertai rancangan Mentor, dia pernah menghasilkan album single "Aku Rindu Sayang Kamu" dan diarah oleh Rob Cavallo pada Julai 2009. Dia turut memenangi Anugerah Artis Baru Lelaki Popular ABPBH 2009. Dia kemudiannya menyertai kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) untuk beraksi di pentas Hypptunes Rock The World 9 (RTW9) sebagai Taja.[2] Pada 2013, dia telah menukar nama pentasnya kepada Black Hanafiah.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Black memulakan perjalanan ke arah kerjaya sebagai artis rakaman apabila menyertai uji bakat Mentor yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, pada 15 Mac 2009. (Dalam format Mentor, setiap peserta (protégé) dibimbing oleh seorang artis berpengalaman (mentor). Bagi musim ini pula, setiap mentor mengadakan uji bakat sendiri untuk mencari protégé yang memenuhi kehendak masing-masing). Pada hari itu, Mas Idayu selaku mentor hari ini memilih Black untuk berada di bawah bimbingannya. Mas dikenali kerana memperagakan imej guru disiplin berlengkapkan rotan sebagai lambang disiplin sesekali disiarkan di TV. Setelah tiga bulan bertanding, Black berjaya menawan hati para juri dan penonton dengan dinobatkan juara keseluruhan, dan meraikannya dengan mematahkan rotan tersebut sambil menangis sebagai tanda penghargaan kepada Mas atas didikan dan bimbingannya sepanjang pertandingan.[3]

"Aku Rindu Sayang Kamu" merupakan single pertama Black dalam kerjaya nyanyiannya. Tidak cukup dengan menguasai carta radio, lagu ini turut dilayakkan ke Anugerah Juara Lagu ke-24 yang dilangsungkan pada Januari 2010, di mana Black merangkul anugerah Vokal Terbaik kerana membawa lagu ini dengan cukup memuaskan para juri.[4]

Penangan vokalnya juga menimbulkan desas-desus bahawa Black berpotensi menjadi pengganti kepada Lan yang meninggalkan kumpulan Meet Uncle Hussain Julai 2009.[5] Kugiran tersebut mengundang Black untuk merakam single "Drama King" serta mengambil bahagian dalam konsert atau gig sementara mereka mencari vokalis tetap baru.[6]

Pada tahun 2010, Black diundang pula oleh Ratu Pop Etnik tersohor negara, Noraniza Idris untuk berkolaborasi menerusi lagu Kuasa Cinta yang berkonsepkan Zapin-Rock. Lagu yang digubah oleh Edrie Hashim dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya. Lagu tersebut dimuatkan dalam album Noraniza Idris sendiri pada tahun 2010 dan apabila menjadi kolaborasi antara Noraniza dan Black, Kuasa Cinta berjaya diiktiraf sebagai Lagu Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) serta dicalonkan sebagai Lagu Terbaik.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Hanafiah telah mendirikan rumah tangga bersama Naquia Yasirah Mohd. Khairi, di Zebra Square, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Mohd Khairi Abu Hassandengan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara, Selangor iaitu Mohammad Syukri Yaacob. [7]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

  • Mana Mungkin (2014)
  • Black (2016)

Penampilan istimewa[sunting | sunting sumber]

  • "Drama King" duet bersama Meet Uncle Hussain (2009)
  • "Kuasa Cinta" duet bersama Noraniza Idris (2010)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Protege: Black, Mentor 3, TV3. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  2. ^ Black Mentor Antara Vokalis MUH Di Pentas RTW9.
  3. ^ Roslen Fadzil (13 Julai 2009). "Rotan Dipatah, Black Juara Mentor 3!". murai.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010. 
  4. ^ Miss Ayu (11 Januari 2010). "Aizat Juara AJL24". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010. 
  5. ^ Syaliza Shapiansuri (30 Ogos 2009). "Black: Tak Pernah Terima Tawaran MUH". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010. 
  6. ^ Li Ee Kee (27 November 2009). "Meet Uncle Hussain Masih Berbisa". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010. 
  7. ^ 6 GAMBAR - BLACK MENTOR NIKAH SEKALI LAFAZ.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]