Blackburn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Blackburn, England
Bandar Blackburn
Pemandangan selatan tenggara di tengah Blackburn
Pemandangan selatan tenggara di tengah Blackburn
NegaraEngland
DaerahLancashire
Ketinggian
122 m (400 ft)
Penduduk
 • Jumlah117,963
 • Kepadatan4,291/km2 (11,110/batu persegi)
Zon waktuUTC+0 (GMT)
Laman webhttp://www.blackburn.gov.uk/

Blackburn (AFA: /ˈblækbərn/) merupakan sebuah bandar di Lancashire, England, di utara West Pennine Moors dan di hujung selatan Lembah Ribble, dan terletak 14 km timur dari Preston dan 34 km utara timur laut dari Manchester.[1]

Blackburn dicatat dalam Buku Domesday sebagai Blacheborne pada tahun 1086. Blackburn ditabir Blackburn dengan pihak atasan Darwen yang merangkumi Blackburn dan bandar kecil Darwen di selatan. Majlis Blackburn dan penggantinya dikawal secara keseluruhan oleh Parti Buruh sejak tahun 1945 and secara berterusan selama 19 tahun sehingga Mei 2007 apabila tiada kumpulan mengawalnya secara keseluruhan. Di 53.7449° U 2.4769° B dan 296 km utara barat laut dari London, Blackburn berada di 122 m atas aras laut, 14.3 km timur dari Preston dan 34 km utara timur laut dari Manchester. Berdasarkan Bancian Kerajaan UK pada tahun 2001, Blackburn yang ditakrifkan sebagai kawasan bandar dihuni 105805 orang penduduk dan ketumpatan penduduknya 4291/km2. Dari segi agama, terdapat 57.53% penghuni Kristian, 25.74% Islam (purata penghuni Muslim di England ialah 3.1%) dan 15.98% tanpa agama atau tidak dinyatakan.

Pusat bandarnya kini menerima pelaburan 1 juta pound baru, dan Blackburan dengan Majlis Darwen sudah membuat penambahbaikan dan pengubahsuaian tempat awam utama, khususnya kawasan Jalan Church dengan Waterloo Pavilions iaitu hiasan seni bergred 2 berserta perabot jalanan dan ukiran. Saluran Leeds dan Liverpool melalui Blackburn dari Feniscowles dari barat daya ke Whitebirk di timur laut, dan menyusuri tengah bandar ke timur stesen kereta api Blackburn. Antara tempat terkenal di Blackburn ialah Katedral Blackburn, Taman Ewood, patung Ratu Victoria dan lain-lain. Pendidikan menengah di Blackburn disediakan 9 sekolah yang dibiayai kerajaan negeri. Blackburn Rovers, sebuah kumpulan dalam liga kejohanan EFL, berpusat di stadium Taman Ewood. Walaupun Kelab Kriket Daerah Lancashire bermain kriket antara daerah di Tanah Kriket Old Trafford, kelab bandar di Alexandra Meadows di Dukes Brow ialah Kelab Kriket Lancashire Timur. Blackburn dirujuk dalam lagu The Beatles "A Day in the Life". Jack Walker, seorang pemilik syarikat besi tempatan Walkersteel pada suatu masa dahulu, dilahirkan di bandar ini pada tahun 1929 dan mendiami kawasan ini sehingga dia berpindah ke Kepulauan Channel pada tahun 1974.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Grid Reference Finder". www.gridreferencefinder.com.