Blade 9

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Blade 9
Logo dan beberapa watak dalam permainan
PembangunGlobal MoreFun Play
PlatformWindows
(Windows XP/Vista/7/8)
PelepasanGlobal 3 Jun 2013 (Cubaan BETA)
{{{1}}}30 Ogos 2013 (Cubaan BETA)
Turki dan Filipina 1 April 2013 (Cubaan BETA)
GenreFantasi, Permainan Atas Talian Berbilang Pemain Besar-besaran

Blade 9 adalah sebuah Permainan Atas Talian Berbilang Pemain Besar-besaran 3D yang dibangunkan dan diedarkan secara global oleh MoreFun Play yang juga telah mengeluarkan dua buah permainan atas talian lain iaitu Scarlet Land dan KungFu Champion. Terdapat juga beberapa versi untuk beberapa negara lain seperti Malaysia, Turki dan Filipina. Pelayan global permainan ini telah ditutup pada 11 November 2013 kerana kekurangan sokongan.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Sebuah siri permainan video dunia fantasi dan aksi 3D yang direka khas untuk menikmati gelanggang PvP serta pengalaman PvE. Permainan ini juga penuh dengan jalan cerita, peta penjara bawah tanah serta 9 kelas senjata yang unik.

Corak permainan[sunting | sunting sumber]

Sempadan tidak terbatas di antara kelas akan membolehkan pemain memiliki kebebasan sepenuhnya untuk meningkatakan watak di dalam pelbagai cara. Dengan sistem konfigurasi dual terbaru, pemain dapat menggunakan efek kemahiran dengan senjata tambahan. Selepas pemain melakukan mantera pengikatan 'jiwa senjata' yang memerlukan jiwa pemain dicas untuk mendapatkan tujahan kuasa yang kuat. Pemain mampu menunggang dan meningkatkan kepantasan pergerakan ke sesuatu tempat. Ciri-ciri unik yang terdapat pada tunggangan membolehkan pemain menunggangnya untuk merentasi sempadan dan wilayah, malah wilayah akuatik terdapat di dalam permainan video ini. Pengenalan kepada ‘merge stone’ membolehkan pemain membina watak versi tersendiri. Penerokaan bawah tanah juga salah satu ciri utama di dalam permainan video ini. Pemain akan menghadapi penerokaan yang pelbagai tahap kesukaran di mana mereka berjuang demi mendapatkan tempat tertinggi. Versi pertarungan terkini iaitu PvP, pemain harus melibatkan diri dalam 3 pasukan fraksi yang berbeza. Perwakilan fraksi sendiri akan dikumpulkan bersama sebagai kekuatan utama dan bakal menentang pasukan lawan. Banyak ganjaran menarik jika salah satu pasukan menang.

Watak[sunting | sunting sumber]

Pada permulaan permainan, pemain diberi 3 senjata kelas yang berbeza iaitu pedang, busur panah dan tongkat sakti. Pemain hanya boleh memilih salah satu senjata bagi menetapkan kelas utama. Tetapi sebaik sahaja pemain mencapai tahap 20, pemain diberi satu lagi slot kelas kedua. Setiap kelas yang dipilih mempunyai peringkat tertentu setelah pemain mencapai tahap 30. Pemain boleh memilih satu daripada dua peringkat kelas. Jika memilih pedang, pemain boleh memilih lembing atau kapak; busur panah - kipas atau kuku; tongkat sakti - sihir atau harp.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

Pada permulaan permainan, pemain juga diberi 3 kelebihan yang berbeza. Setiap satu berkaitan dengan senjata yang dipilih oleh pemain. Jika pemain telah memilih satu jenis kelebihan bagi kelas utama, pada tahap 20 pemain boleh memilih salah satu lagi jenis kelebihan berdasarkan kelas senjata kedua yang dipilih.

Tunggangan[sunting | sunting sumber]

Pemain akan diberikan tunggangan (kuda) secara percuma jika pemain menyiapkan quest tertentu pada permulaan permainan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Kreko isu kembar 22+23 (2013)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Global "Blade 9 Online". MoreFun Play. Dicapai pada 27 November 2013.
  • {{{1}}}"Blade 9". eGamesHub. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 27 November 2013.
  • Filipina "Blade 9 PH". Dicapai pada 27 November 2013.