Blake Shelton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Blake Shelton
BlakeSheltonApr10.jpg
Shelton in April 2010
Latar belakang
Nama lahirBlake Tollison Shelton
Kelahiran (1976-06-18) 18 Jun 1976 (umur 43)
Ada, Oklahoma, A.S.
Berasal dariNashville, Tennessee
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • komposer
  • personaliti TV
Instrumen
  • Vocals
  • guitar
Tahun aktif2001–kini
Syarikat rakaman
Laman sesawang
blakeshelton.com

Blake Tollison Shelton (lahir 18 Jun 1976)[2] merupakan penyanyi, komposer dan personaliti televisyen Amerika. Beliau turut dikenali sebagai juri dan jurulatih bagi rancangan realiti nyanyian, The Voice.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Shelton telah dilahirkan di Ada, Oklahoma, oleh Dorothy, pemilik salun kecantikan, dan Richard Shelton, jurujual kereta terpakai. Shelton telah memulakan bidang nyanyian sejak kecil lagi dan pada usia 12 tahun, beliau telah diajar bermain gitar oleh bapa saudaranya.[3] Ketika berusia 15 tahun, beliau telah mencipta lagu pertama beliau dan menerima Denbo Diamond Award pada usia 16 tahun.[4]

Shelton pernah kehilangan abangnya. Richie Shelton (24 tahun ketika itu) yang terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 13 November 1990.[5] Setelah tamat sekolah menengah di usia 17 tahun, beliau telah berpindah ke Nashville, Tennessee untuk mengejar impiannya bergelar penyanyi. Di situ beliau telah mendapat kerja di syarikat penerbitan muzik dan pada tahun 1997, Shelton telah dibantu oleh Bobby Braddock untuk mendapat kontrak dengan Sony Music.[6]

Pada tahun 2001, beliau telah muncul dengan lagu pertama beliau, "Austin". Lagu tersebut yang diambil dari dengan judul yang sama telah menduduki tangga pertama selama lima minggu dalam carta Billboard Hot Country Songs .

Shelton turut dikenali sebagai salah seorang juri bagi rancangan pertandingan nyanyian seperti Nashville Star, Clash of the Choirs, dan The Voice. Beliau telah menjadi jurulatih dan juri dalam The Voice sejak musim pertama dan telah memenangi lima kali (musim 2–4, 7, 11) bersama anak didiknya.

Shelton pernah mengahwini teman wanitanya, Kaynette Gern pada 17 November 2003 [7] sebelum bercerai pada tahun 2006.[8]

Pada tahun 2005, Shelton bertemu dengan rakan sealirannya, Miranda Lambert di CMT's 100 Greatest Duets Concert. Lambert telah bertindak sebagai penyanyi latar Shelton untuk lagu saduran Michael Bublé, Home, yang telah menjadi nombor satu di dalam carta Hot Country Songs. Setelah empat tahun berpacaran, Shelton telah melamar Lambert setelah mendapat restu dari bapa Lambert. Mereka berkahwin pada 14 Mei 2011 di Boerne, Texas.

Pada Julai 2015, Shelton dan Lambert mengumumkan penceraian mereka. Pada November 2015, Shelton mengumumkan sedang berpacaran dengan rakan juri dari The Voice, Gwen Stefani.[9]

Pada tahun 2015, Forbes menjangkakan pendapatan tahunan Shelton adalah $28.5 juta.[10]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Siri jelajahan[sunting | sunting sumber]

Utama[sunting | sunting sumber]

  • Barn and Grill Tour (2005)
  • Hillbilly Bone Tour (2010)
  • All About Tonight Tour (2011)
  • Well Lit & Amplified Tour (2012)
  • Ten Times Crazier Tour (2013–15)
  • Blake Shelton 2016 Tour (2016)
  • Doing It To Country Songs Tour (2017)

Bersama[sunting | sunting sumber]

  • Shock'n Y'all Tour (2002) (bersama Toby Keith)
  • Here's to You Tour (2005) (bersama Rascal Flatts)
  • Me and My Gang Tour (2006) (bersama Rascal Flatts)
  • H2O II: Wetter and Wilder World Tour (2011) (bersama Brad Paisley)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Eldridge, David. "Country Times: 'Bro-country' vs. traditional: Bring on the fight". The Washington Times. Dicapai November 26, 2015. 
  2. ^ name="allmusic"/>Cohoon, Rick. "Blake Shelton". AllMusic. Dicapai December 29, 2007. 
  3. ^ name="Music Index">"Shelton, Blake". Encyclopedia of Popular Music. 
  4. ^ name="allmusic"
  5. ^ Talbott, Chris. "Blake Shelton Names Entertainer of the Year at Country Music Awards". Valley News. 
  6. ^ name="AutoRD-1"
  7. ^ name="AutoRD-20"
  8. ^ Blake Shelton, Miranda Lambert Divorce Finalized Hours After Split Announcement Us Weekly. July 20, 2015. Retrieved May 21, 2016.
  9. ^ Michael, Rothman (January 7, 2016). "Blake Shelton and Gwen Stefani Gush About Each Other On Social Media". ABC News. Dicapai January 14, 2016. 
  10. ^ "Blake Shelton". Forbes. 2015. Dicapai April 28, 2016. 
  11. ^ name="AutoRD-26"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]