Pergi ke kandungan

Blank Marquee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

|- ! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:

  1. B0C4DE;" | Senarai runut Rouge

|- | colspan="3" |

"Blank Marquee"
Single oleh Yuna dan G-Eazy
daripada album Rouge
Dilancarkan16 Mei 2019
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenrePop
Panjang3:40
SyarikatVerve Forecast Records, UMG Recordings
Penulis
PenerbitRobin Hannibal
Kronologi Kronologi single Yuna
""Forevermore'"
(2019)"
"Blank Marquee" ""Pink Youth"
(2019)"
"Blank Marquee" di YouTube
"Castaway"
(Trek 1)
"Blank Marquee"
(Trek 2)
"(Not) The Love of My Life"
(Trek 3)

sunting · sunting di Wikidata

Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Blank Marquee" ialah lagu nyanyian Yuna menampilkan penyanyi rap Amerika, G-Eazy, yang dikeluarkan sebagai single kedua untuk album studio antarabangsa keempat beliau, Rouge. Lagu ini dicipta bersama oleh Yuna, Chloe Angelides, Robin Hannibal dan Gerald Gillum dan dikeluarkan pada 16 Mei 2019 oleh Verve Music Group.[1][2]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Mei 2019, Yuna memberikan teka-teki di Twitter mengenai rakan kerjasamanya itu sebelum mengumumkan keluaran rasmi.[3] Beliau mengumumkan kolaborasi bersama penyanyi rap Amerika Syarikat, G-Eazy sebagai rakan kerjasamanya, ini merupakan kerjasama kedua Yuna bersama G-Eazy selepas lagu "Lights and Camera" yang dimuatkan dalam album Nocturnal (2013).[4][5] Menurut Yuna: "Blank Marquee diilhamkan oleh muzik pop awal 80-an, 90-an yang saya mendengar di kereta lama bapa saya... kami mahu menulis sesuatu yang agak berbeza, tetapi juga sebuah lagu tentang berdiri teguh untuk diri sendiri,".[6][7]

Muzik video

[sunting | sunting sumber]

Muzik video "Blank Marquee" diarahkan oleh suami Yuna, Adam Sinclair dan sekali lagi menyaksikan Malaysia sebagai lokasi utama penggambaran. Menampilkan pelakon pemenang anugerah Amerul Affendi dan supermodel Malaysia yang berpangkalan di AS, Atikah Karim,[8] ia menonjolkan imej bandaraya Kuala Lumpur termasuk di sekitar Bukit Bintang dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).[9] Beberapa adegan dalam video muzik juga difilemkan di hotel The Kuala Lumpur Journal.[10]

Muzik video rasmi lagu ini dimuat naik di saluran YouTube dan Vevo rasmi Yuna pada hari pelancaran rasmi.[11] Dalam video muzik yang berlatar belakangkan bandar raya Kuala Lumpur, dengan dihiasi oleh cahaya lampu neon. Yuna cuba untuk melepaskan diri daripada keadaan yang meragukan dan juga menggunakan taktik di mana dia mendapat empat individu yang lain. Apabila keadaan semakin kucar-kacir, G-Eazy menuju ke pintu masuk dan membawanya ke motosikalnya.[12]

Ulasan kritis

[sunting | sunting sumber]

Rania Aniftos dari Billboard menulis bahawa lagu tersebut menyelusuri "perjanjian yang mencurigakan yang berlaku di ibu kota Kuala Lumpur di Malaysia".[11] Nada Mesh dari Hot New Hip Hop menyifatkannya sebagai "ingatan rentak kepada lagu Pharell dan Daft Punk".[13] Skylar de Paul dari The Daily Californian merasakan bahawa lagu itu ialah "satu hujah melodi antara kedua-dua perselisihan, dan menghiburkan".[14]

Format dan senarai runut

[sunting | sunting sumber]
  • Muat turun digital
  1. "Blank Marquee" – 3:40

Sejarah keluaran

[sunting | sunting sumber]
Negara Tarikh Format Label
Malaysia 16 Mei 2019 Muat turun digital
Penstriman digital[15]
Verve Forecast Records
UMG Recordings

Tenaga kerja

[sunting | sunting sumber]
Lagu
  • Yunalis Zarai - vokal
  • Yunalis Zarai, Chloe Angelides, Robin Hannibal dan Gerald Gillum - penulis
Muzik video
  • Amerul Affendi - penjahat
  • Atikah Karim - pemandu
  • Noorul-Hudaa - pelakon tambahan
  • Elena Laurel Moujing - pelakon tambahan
  • Tess Pang - pelakon tambahan
  • Anessa Alsagoff - pelakon tambahan
  • Adam Sinclair - pengarah
  • Kroll Azry, Jorene Chew - penerbit
  • Eric Hu - penerbit eksekutif
  • Aidil Razali - pengarah fotografi
  • Rabbani Sujak - pengarah seni
  • Yeoh Po Li - jurusolek
  • Ajay Kumar - penyunting
  • Pitt Hanif - pembantu pengarah
  • Haida Yusof-Yeomans, Zulvanny Andiny - penggaya
Carta (2019) Kedudukan
carta
Malaysia (Carta RIM)[16] 12
  1. ^ Tahir Alhamzah (16 May 2019). "#Showbiz: Yuna, G-Eazy team up for 'Blank Marquee'". New Straits Times. Dicapai pada 17 May 2019.
  2. ^ Hanafis Haris (17 May 2019). "Lagu Bertaraf Grammy? Yuna & G-Eazy Cipta Magis Menerusi Kolaborasi Terbaru 'Blank Marquee'". Astro Gempak. Dicapai pada 29 May 2019.
  3. ^ "INTERVIEW: Yuna talks Blank Marquee with G-Eazy & upcoming album ROUGE". Fly FM. 16 May 2019. Dicapai pada 17 May 2019.
  4. ^ Georgie Joseph (16 Mei 2019). "Yuna duet dengan G-Eazy". Harian Metro. Dicapai pada 17 Mei 2019.
  5. ^ Annie May (16 Mei 2019). "Yuna Collaborates With G-Eazy Once Again In New Single". Hype.my. Dicapai pada 17 Mei 2019.
  6. ^ "Yuna Debuts BLANK MARQUEE Video Feat. G-Eazy, ROUGE LP Out 7/12". Broadway World. 16 Mei 2019. Dicapai pada 17 Mei 2019.
  7. ^ Watch Yuna’s Blank Marquee music video, featuring G-Eazy Just NJE (20 Mei 2019). Dicapai pada 18 Jun 2019. "Singer-songwriter Yuna released the music video for her latest single Blank Marquee featuring G-Eazy, on Friday, 17 May 2019.".
  8. ^ Joe Lee (16 Mei 2019). "Yuna releases new single, second collaboration with American rapper G-Eazy (VIDEO)". The Malay Mail. Dicapai pada 17 Mei 2019.
  9. ^ "Lagu bertaraf Grammy? Yuna dan G-Eazy cipta magis menerusi Blank Marquee". Astro Awani. 16 Mei 2019. Dicapai pada 17 Mei 2019.
  10. ^ Tara Thiagarajan (17 Mei 2019). "Yuna Released A Brand-New Song With G-Eazy & The Music Video Shows KL in All Its Glory!". World of Buzz. Dicapai pada 21 Mei 2019.
  11. ^ a b Rania Aniftos (16 Mei 2019). "Yuna Teams Up With G-Eazy for 'Blank Marquee': Watch the Video". Billboard. Dicapai pada 17 Mei 2019.
  12. ^ Michelle Arteche (17 Mei 2019). Yuna makes a daring escape in new music video for Blank Marquee with G-Eazy Bandwagon Asia. Dicapai pada 19 Mei 2019.
  13. ^ Nada Mesh (16 May 2019). "Yuna & G-Eazy Come Together Again On New Single "Blank Marquee"". Hot New Hip Hop. Dicapai pada 18 June 2019.
  14. ^ Skylar de Paul (19 July 2019). "Yuna's 'Rouge' is sophisticated story of empowerment, reflection, class". The Daily Californian. Dicapai pada 20 July 2019.
  15. ^ "Blank Marquee - Single by Yuna". Spotify. 16 Mei 2019. Dicapai pada 16 Mei 2019.
  16. ^ "Top 20 Most Streamed International & Domestic Singles In Malaysia" (PDF). Persatuan Industri Rakaman Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-13. Dicapai pada 30 May 2019.