Blend S

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Blend S
ブレンド・S
(Burendo Esu)
GenreKomedi, Kehidupan seharian
Manga
PengarangMiyuki Nakayama
PenerbitHoubunsha
DemografikSeinen
Majalah AsalManga Time Kirara Carat
Tarikh PengeluaranOktober 2013 – kini
Jilid4
Siri anime televisyen
PengarahRyōji Masuyama
PenerbitShōki Niwa
Hiroyuki Kobayashi
Noriko Kosukegawa
Yasuhira Tsuchikura
Taiki Onoue
Nobutaka Sakurai
Kisho Tsuruta
Skrip/PenulisGō Zappa
Lagu/MuzikTomoki Kikuya
StudioA-1 Pictures
Dilesenkan oleh
Penyiaran AsalTokyo MX, GYT, GTV, BS11, KTV, TVA, AT-X
Tarikh tayangan7 Oktober 2017 – kini
Episod6
Portal Anime dan Manga

Blend S (ブレンド・S, Burendo Esu) merupakan siri manga Jepun mengunakan strip komik empat panel dihasilkan oleh Miyuki Nakayama. Siri ini muncul pertama kali di majalah Manga Time Kirara Carat di bawah syarikat penerbit Houbunsha dalam isu Oktober 2013. Siri televisyen anime yang dihasilkan oleh A-1 Pictures ditayangkan pada Oktober 2017.

Plot[sunting | sunting sumber]

Seorang pelajar sekolah menengah tinggi bernama Maika Sakuranomiya yang berusia 16 tahun mencari kerja sambilan tetapi senyuman yang menyeramkan menyebabkan tawarannya ditolak. Beberapa hari kemudian, Maika terserempak dengan seorang warga asing dari Itali bernama Dino yang merupakan pengurus sebuah kafe bernama Stile di mana pelayan-pelayannya mempunyai pelbagai jenis perwatakan seperti tsundere dan adik perempuan. Dino menerima Maika sebagai pekerjanya di Stile dan menyuruh Maika membawa watak seorang pelayan sadis yang melayan pelanggan dengan kejam dan menakutkan.

Watak[sunting | sunting sumber]

Maika Sakuranomiya (桜ノ宮 苺香, Sakuranomiya Maika)
Disuarakan oleh: Azumi Waki[1]
(Umur: 16 tahun, Tarikh lahir: 4 April, Tinggi: 156 cm, Watak sebagai pelayan: Sadis)
Maika merupakan pelajar sekolah menengah tinggi mempunyai keperibadian positif dan ceria tetapi tidak sengaja membuat pandangan yang sadis di matanya apabila dia tersenyum. Dino gelarkan dia sebagai pelayan wanita 'sadis' di Kafe Stile. Walaupun diberitahu bahawa pelanggan suka diperlakukan dengan teruk, kebimbangan mengenai bagaimana hendak melayan pelanggan menyelubunginya. Sebaik sahaja pelanggan hendak meninggalkan kafe ini dia mengubah personalitinya menjadi seorang yang pemaaf. Maika berasal daripada keluarga yang sangat tradisional serta bekerja sambilan supaya dia boleh menganjutkan pengajian di luar negara dengan duit poket sendiri. Cintanya kepada negara luar juga membuatnya sangat kagum akan "lelaki tua dari restoran ayam" dan Santa Claus. Dia memuja Dino kerana rambutnya berwarna perang tetapi tidak menyedari dia sedang jatuh hati dengan Dino.
Kaho Hinata (日向 夏帆, Hinata Kaho)
Disuarakan oleh: Akari Kitō[1]
(Umur: 17 tahun, Tarikh lahir: 12 Ogos, Tinggi: 165 cm, Watak sebagai pelayan: tsundere)
Kaho yang bekerja sambilan di Kafe Stile sebagai pelayan membawa watak sebagai seorang tsundere (bersifat angkuh). Kaho berminat bermain permainan video, serta sering ke pusat hiburan yang akhirnya menyebabkan Kaho cepat kehabisan duit. Walaupun dia membawa watak tsundere, keperibadian sebenar Kaho ialah seorang yang periang dan ceria. Dia menghadapi masalah untuk mengekalkan watak tsundere apabila pelanggan bermain permainan video sehingga dia turut menyertainya. Kini, Kaho merupakan pelayan yang paling popular di Stile.
Mafuyu Hoshikawa (星川 麻冬, Hoshikawa Mafuyu)
Disuarakan oleh: Anzu Haruno[1]
(Umur: 20 tahun, Tarikh lahir: 23 Disember, Tinggi: 135 cm, Watak sebagai pelayan: Adik perempuan)
Mafuyu merupakan seorang pelajar kolej yang bekerja sambilan di Kafe Stile sebagai pelayan yang membawa watak sebagai adik perempuan kerana bentuk fizikalnya seperti budak sekolah rendah. Mafuyu mempunyai personaliti matang dan kebudak-budakan kerana sangat berminat akan siri anime Aisatsu (dalam anime Magical Frill). Mafuyu mempunyai seoang adik lelaki yang lebih tinggi daripadanya. Mafuyu ingin mempunyai adik perempuan. Mafuyu cemburu dengan bentuk badan Kaho.
Miu Amano (天野 美雨, Amano Miu)
Disuarakan oleh: Atsumi Tanezaki[2]
(Umur: 22 tahun, Tarikh lahir: 9 Jun, Watak sebagai pelayan: Kakak)
Miu bekerja sambilan di Kafe Stile sebagai pelayan yang membawa watak sebagai kakak. Kerja asalnya sebagai pelukis manga dōjinshi dalam kumpulan "Hanazono Folder". Miu pada mulanya ke kafe sebagai seorang pelanggan, selepas itu Dino menerima Mou sebagai pekerjanya. Salah satu hobinya ialah memerhati orang, terutamanya hubungan antara Dino dan Maika yang digunakannya sebagai model dalam manga dōjinshinya.
Hideri Kanzaki (神崎 ひでり, Kanzaki Hideri)
Disuarakan oleh: Sora Tokui[2]
(Umur: 16 tahun, Tarikh lahir: 10 Julai, Watak sebagai pelayan: Idola)
Hideri bekerja sambilan di Kafe Stile sebagai pelayan yangmembawa watak sebagai idola biarpun dia seorang lelaki.
Dino (ディーノ, Dīno)
Disuarakan oleh: Tomoaki Maeno[2]
(Umur: 26 tahun, Tarikh lahir: 5 Mei, Tinggi: 188 cm)
Dino yang berasal dari negara Itali merupakan mengurus dan chef di kafe Stile. Dino sanggup berjaga malam untuk menyaksikan anime di tengah malam kerana minatnya melihat perempuan dalam anime. Hidungnya sering berdarah setiap kali dia sangat teruja. Dino sangat berminat dengan perempuan Jepun, terutamanya yang berambut hitam, contohnya Maika.
Kōyō Akizuki (秋月 紅葉, Akizuki Kōyō)
Disuarakan oleh: Tatsuhisa Suzuki[2]
(Umur: 21 tahun, Tarikh lahir: 28 November, Tinggi: 170 cm)
Kōyō merupakan chef di kafe Stile. Dia berminat yuri dan mahu melihat pelanggan perempuan ke kafe.
Aika Sakuranomiya (桜ノ宮 愛香, Sakuranomiya Aika)
Disuarakan oleh: Rei Matsuzaki[3]
Aika merupakan kakak Maika sering berpakaian yamato nadeshiko. Aika risau melihat Maika dengan matanya yang sangat menakutkan. Personaliti sadisnya hampir serupa dengan Maika. Aika mengesyaki bahawa Dino merupakan teman lelaki Maika.
Kōichi Sakuranomiya (桜ノ宮 愛香, Sakuranomiya Kōichi)
Disuarakan oleh: Shinki Satō
Kōichi merupakan abang Maika. Personaliti sadisnya hampir serupa dengan Maika. Kōichi mengesyaki bahawa Dino merupakan teman lelaki Maika.

Media[sunting | sunting sumber]

Manga[sunting | sunting sumber]

Blend S merupakan siri manga Jepun yang menggunakan strip komik empat panel yang dihasilkan oleh Miyuki Nakayama. Siri ini pertama kali diterbitkan di majalah Manga Time Kirara Carat isu Oktober 2013 di bawah syarikat penerbit Houbunsha,[4] lalu memulakan penerbitan secara bersiri dalam majalah tersebut dalam isu Mac 2014.[5]

Bil.Keluaran {{{Language}}}ISBN
1 27 Januari 2015[6]ISBN 978-4-8322-4520-4
2 27 Februari 2016[6]ISBN 978-4-8322-4667-6
3 27 Januari 2017[6]ISBN 978-4-8322-4798-7
4 27 October 2017[6]ISBN 978-4-8322-4885-4

Anime[sunting | sunting sumber]

Siri anime yang diarahkan oleh Ryōji Masuyama dan produksi studio A-1 Pictures mula ditayangkan pada 7 Oktober 2017.[2] Skrip diuruskan oleh Gō Zappa manakala reka bentuk watak dihasilkan oleh Yōsuke Okuda.[7] Lagu pembukaan bertajuk "Bon Appétit S" (ぼなぺてぃーと♡S, Bonapetīto♡Esu) dan lagu penutup bertajuk "Detarame na Minus to Plus ni Okeru Blend Kō" (デタラメなマイナスとプラスにおけるブレンド考, Detarame na Mainasu to Purasu ni Okeru Burendo Kō) dinyanyikan oleh Azumi Waki, Akari Kitō, dan Anzu Haruno di bawah nama kumpulan Blend A (juga dikenali sebagai Blend Ace).[8]

No. Tajuk Tarikh tayangan
1 "Pertama Kali Kehebatan Sadis"
"Hajimete no Do Esu" (はじめてのドS) 
7 Oktober 2017
2 "Manis Tanpa Seram"
"Jingi Naki Suītsu" (仁義なきスイーツ) 
14 Oktober 2017
3 "Selepas temujanji, buku 18 tahun keatas"
"Dēto Nochi Jūhachi-kin" (デートのち18禁) 
21 Oktober 2017
4 "Perempuan Baru Digelar Kakak"
"Kōhai wa Onee-san (Kenzen)" (後輩はおねえさん(健全)) 
28 Oktober 2017
5 "Demam Selepas Hujan"
"Ame Nochi Kaze" (雨のちカゼ) 
4 November 2017
6 "Matsubara di Tepi Sungai (Dewasa Sahaja)"
"Mizube ni Matsuwaru Etosetora (Seijin-zumi)" (水辺にまつわるエトセトラ(成人済)) 
11 November 2017

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Blend S TV Anime's 1st Promo Video Reveals Main Cast". Anime News Network. 25 Jun 2017. Dicapai 18 November 2017. 
  2. ^ a b c d e "Blend S TV Anime Reveals Visual, More Cast, October 7 Debut". Anime News Network. 28 Ogos 2017. Dicapai 18 November 2017. 
  3. ^ "Rei Matsuzaki's Tweet". Twitter (dalam bahasa Japanese). Dicapai 25 Oktober 2017. 主人公の桜ノ宮苺香ちゃんの姉、愛香の声をやらせていただけることになりました 
  4. ^ "まんがタイムきららキャラット 2013年 10月号" (dalam bahasa Jepun). Houbunsha. Dicapai 25 Mei 2017. 
  5. ^ "まんがタイムきららキャラット 2014年 3月号" (dalam bahasa Jepun). Houbunsha. Dicapai 18 November 2017. 
  6. ^ a b c d "ブレンド・S" (dalam bahasa Jepun). Houbunsha. Dicapai 11 November 2017. 
  7. ^ "Blend S Waitress TV Anime's Main Staff, Visual Unveiled". Anime News Network. 27 Mei 2017. Dicapai 18 November 2017. 
  8. ^ "Blend S Anime's 2nd Promo Video Previews Opening Theme Song by Cast". Anime News Network. 5 September 2017. Dicapai 11 Oktober 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]