Blighia sapida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Blighia sapida
Ackee 001.jpg
Fruit
Pengelasan saintifik e
Templat taksonomi hilang (baiki): Blighia
Spesies:
Nama binomial
Blighia sapida
Sinonim

Cupania sapida Voigt

Blighia sapida (nama setempat: ackee, achee atau ayee - pinjaman bahasa Akan, akye fufo[1], istilah sasar yang dicadangkan: akye [ak-yé]) adalah sejenis buah dari keluarga Sapindaceae yang serumpun dengan lychee dan longan. Ia berasal dari kawasan-kawasan beriklim tropika Afrika Barat, namun ia juga telah diperkenalkan kepada Jamaica di rantau Caribbean sejak tahun 1773 di mana ia telah menjadi bahan utama dalam masakan masyarakat setempat pulau itu.

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok[sunting | sunting sumber]

Pokoknya jenis memalar hijau yang tumbuh kira-kira 10 tahun   meter tinggi, dengan batang pendek dan mercu padat dengan dedaun. Daunnya tampak bersifat paripinat[2] dengan setiap helai sepanjang 15–30 sentimeter terdiri daripada 6 hingga 10 bentuk anak daun membujur; setiap anak daun ini mempunyai ukuran panjang 8–12 sentimeter dan lebar 5–8 sentimeter.

Jambak bunga yang ada pada pokok-pokoknya berukuran sepanjang 20 sentimeter dengan hujung bunga ekajantin putih kehijauana yang mekar pada bulan-bulan cuaca panas; bunga-bunga ini menghasilkan suatu wangian harum.[3][4]

Buah[sunting | sunting sumber]

Buahnya berbentuk pir dengan berat antara 100 hingga 200 gram;[2] ia bertukar warna dari hijau ke merah atau kejinggaan apabila masak. Ia juga akan pecah terbuka menampakkan tiga biji benih hitam besar yang berkilat, diselaputi isi kuning yang lembut dan dirasa berkrim seakan telur hancur.[2]

Buah pokok ini yang tidak masak mengandungi toksin-toksin hipoglisin A dan B[5][6] yang terkandung pada biji dan selaput biji.[7] Molekul toksin-toksin ini ditukarkan dalam badan menjadi asid metilenasiklopropilasetik yang boleh mendatangkan bahaya serius,[5] justeru sebarang buah ingin dimakan mesti dipastikan masak sepenuhnya serta segala racun yang terkandung disingkirkan sebelum dimasak.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Dalam masakan[sunting | sunting sumber]

Ackee and saltfish, buah akye digoreng bersama ikan cod masin

Sepertimana yang telah disebutkan, ia merupakan bahan lazim dalam masakan orang Jamaica (misalnya hidangan "ackee and saltfish" - buah akye digoreng bersama ikan cod masin) sehingga ia diiktiraf negara tersebut sebagai suatu "buah kebangsaan" mereka.

Kegunaan lain[sunting | sunting sumber]

Buah ini mempunyai pelbagai kegunaan di habitat Afrika Barat asalnya serta di pedalaman Caribbean sebagai suatu bahan seakan sabun atau racun ikan malah juga sebagai bahan perubatan tradisional.

Bunganya boleh digunakan sebagai hiasan atau cologne, dan kayu tahan lama tahan lama digunakan untuk bahan binaan rumah, kayu pendayung dan tong arak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Metcalf, Allan (1999). The World in So Many Words. ISBN 0-395-95920-9.
  2. ^ a b c Vinken Pierre; Bruyn, GW (1995). Intoxications of the Nervous System. Amsterdam, Netherlands: Elsevier Science B.V. ISBN 0-444-81284-9.
  3. ^ Llamas, Kristen (2003). Tropical Flowering Plants: A Guide to Identification and Cultivation. Timber Press. ISBN 0-88192-585-3.
  4. ^ Riffle, Robert (1998). The Tropical Look. Timber Press. ISBN 0-88192-422-9.
  5. ^ a b Isenberg, Samantha L.; Carter, Melissa D.; Hayes, Shelby R.; Graham, Leigh Ann; Johnson, Darryl; Mathews, Thomas P.; Harden, Leslie A.; Takeoka, Gary R.; Thomas, Jerry D.; Pirkle, James L.; Johnson, Rudolph C. (13 July 2016). "Quantification of toxins in soapberry (Sapindaceae) arils: Hypoglycin A and methylenecyclopropylglycine". Journal of Agricultural and Food Chemistry. 64 (27): 5607–5613. doi:10.1021/acs.jafc.6b02478. ISSN 0021-8561. PMC 5098216. PMID 27367968.
  6. ^ Isenberg, Samantha L.; Carter, Melissa D.; Graham, Leigh Ann; Mathews, Thomas P.; Johnson, Darryl; Thomas, Jerry D.; Pirkle, James L.; Johnson, Rudolph C. (2 September 2015). "Quantification of metabolites for assessing human exposure to soapberry toxins hypoglycin A and methylenecyclopropylglycine". Chemical Research in Toxicology. 28 (9): 1753–1759. doi:10.1021/acs.chemrestox.5b00205. ISSN 0893-228X. PMC 4592145. PMID 26328472.
  7. ^ Vinken Pierre; Bruyn, GW (1995). Intoxications of the Nervous System. Amsterdam, Netherlands: Elsevier Science B.V. ISBN 0-444-81284-9.