Blood Order

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pingat Blood Order
Bar reben NSDAP Blood Order
Pingat dan Reben Blood Order
Emil Maurice memakai pingat Blood Order.
Bangunan Feldherrnhalle di Munich

Blood Order (bahasa Jerman: Blutorden|Bahasa Melayu: Darjah yang Berdarah), secara rasminya dikenali sebagai Pingat Peringatan (Munich putsch) 9 November 1923 (bahasa Jerman: Medaille zur Erinnerung an den 9. November 1923), merupakan salah satu anugerah yang paling berprestij dalam Parti Nazi. Dizahirkan pada Mac 1934, medal tersebut diperbuat dari perak padu, dengan bahagian hadapan mengandungi gambar seekor helang sedang mencengkam kalungan bunga, dengan tarikh 9.Nov. didalam kalungan bunga tersebut dan tulisan inskripsi München 1923-1933 di sebelah kanan. Bahagian belakang memaparkan gambar bangunan Feldherrnhalle di Munich (dimana rampasan kuasa berakhir dengan kekalahan), satu lambang swastika dan inskripsi: UND IHR HABT DOCH GESIEGT ("...dan kamu menang akhirnya").

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pengeluaran pertama anugerah tersebut, diperbuat dari 99% perak tulen, telah dikurniakan kepada 1500 peserta didalam putsch yang juga merupakan ahli parti atau salah satu pembentukkannya sebelum Januari 1932 (khidmat berterusan), atau menjadi kadet dari Sekolah Infantri Munich yang berarak bersama Ludendorff.[Note 1] Semua pingat dicatat nombor (kecuali Hitler dan Göring) dan penganugerahan dibuat dengan penuh teliti. Tidak seperti pingat lain, rebennya dipakai pada dada kanan pakaian seragam dalam bentuk roset dan medal itu kadangkala disematkan dan digantung di bawah.

Pada Mei 1938, walaupun mengecewakan para peserta putsch, anugerah ini telah diperluaskan kepada orang-orang yang (a) dipenjarakan kerana aktiviti Nazi sebelum tahun 1933, (b) menerima hukuman mati yang kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup kerana aktiviti Nazi sebelum tahun 1933, atau (c) mengalami kecederaan parah semasa berkhidmat dengan Parti sebelum tahun 1933; kemudiannya ia telah diperluaskan lagi kepada ahli-ahli Parti Nazi Austria yang terlibat dalam Pemberontakan Februari 1934 atau Julai Putsch, atau yang telah menerima tempoh penjara yang ketara atau kecederaan kerana aktiviti-aktiviti Sosialis Nasional. Ia juga boleh dikurniakan pada individu tertentu yang lain mengikut budi bicara Adolf Hitler, penerima terakhir ialah Reinhard Heydrich (selepas mati). Pingat kedua jenis ini telah diperbuat dari 80% perak dan nombor siri atas 1500 dan tidak membawa nama pembuat (J. FUESS MÜNCHEN) seperti mana pingat Jenis I dibuat.

Jika pemegang pingat ini meninggalkan parti, medal tersebut hendaklah dilepaskan dan dipulangkan.

Sejumlah 16 wanita menerima anugerah ini, dua dari 'Altreich' (Eleonore Baur dan Emma Schneider) dan 14 lagi dari Austria. Memandangkan bilangan asal peserta dalam putsch itu, bilangan anugerah yang diberikan dibawah pemberian 1938 (436), dan anugerah untuk perkhidmatan cemerlang dibawah pemberian yang sama tersebut, jumlah bilangan penerima bernombor kurang daripada 6,000.

Pada November 1936, Hitler memberikan "perintah" baru untuk "Darjah dan Anugerah" Reich Ketiga. Anugerah utama NSDAP disenaraikan didalam perintah ini: 1. Coburg Badge; 2. Nürnberg Party Badge of 1929; 3. SA Treffen at Brunswick 1931; 4. Golden Party Badge; 5. Pingat Blood Order; diikuti oleh lencana-lencana Gau dan Golden HJ Badge.[1][2]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Since it was illegal under the Weimar Republic for members of the Armed Forces to belong to political parties, the former cadets, as military officers, would have been unable to join the NSDAP. Most of the cadet recipients were never in fact Nazis.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dombrowski, Hanns (1940), Orders, Ehrenzeichen und Titel.
  2. ^ Angolia, John (1989). For Führer and Fatherland: Political & Civil Awards of the Third Reich, R. James Bender Publishing, p. 197. ISBN 0-912138-16-5

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Jörg Nimmergut, Orden & Ehrenzeichen 1800-1945, Deutschland-Katalog, Munich 1980