Pergi ke kandungan

Bobby Kiran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bobby Kiran
بوبي كيران
Kelahiran
Siti Nora binti Sukiran

PendidikanIjazah Sarjana Muda Kepujian Ekonomi
Pusat pendidikanUniversiti Padjadjaran
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengacara
  • penerbit
  • pengarah
  • usahawan
Tahun aktif2000–kini
Terkenal keranaWatak "Kamala" dalam filem Senario Lagi [1]
IbuFatimah Abdul Latif
BapaSukiran Riman
Saudara
  • Dora Kiran
  • Addy Noran

Siti Nora Sukiran atau lebih dikenali sebagai Bobby Kiran[2] ialah seorang pelakon, pengacara, pengarah, usahawan dan penerbit filem serta drama TV Malaysia. Beliau mula dikenali dengan watak Kamala menerusi filem Senario Lagi (2000) arahan Aziz M. Osman. Beliau juga pernah tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-16 untuk kategori Artis Baru Wanita Popular pada tahun 2002.[3]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau merupakan seorang yang meminati bidang lakonan dan nyanyian sejak dari kecil. Bakat beliau terserlah dalam bidang nyanyian apabila memenangi pelbagai pertandingan nyanyian di sekitar Kota Kinabalu. Beliau juga aktif dalam bidang lakonan teater dan dari sana bakat lakonan beliau digilap. Bagi bidang keusahawanan, beliau membesar dalam keluarga pengusaha restoran. Kemahiran beliau meluas dalam bidang restoran dan kulinari sehingga mendapat jolokan anak "Seri Sempelang". Seri Sempelang merupakan sebuah restoran yang sangat berjaya dan popular di Sabah, khususnya di Kota Kinabalu. Restoran tersebut telah memenangi pelbagai jenis anugerah dan antara restoran yang pertama mempunyai 16 cawangan seluruh Sabah, pada zaman itu.

Atas dorongan arwah ibunya, beliau pernah menceburi bidang nyanyian dan pernah ditawarkan untuk menjadi artis rakaman oleh Universal Music Malaysia. Namun, pada masa yang sama, satu tawaran untuk membawa watak "Kamala" dalam filem Senario Lagi telah mengubah nasibnya hingga ke hari ini.

Kamala & Senario Lagi

[sunting | sunting sumber]

Sepanjang perjalanan kariernya, watak "Kamala" telah menjadi satu pesona kembar yang tidak dapat dipisahkan lagi. Namun, sekiranya beliau tidak menerima watak "Kamala" ketika itu, beliau bertegas untuk mengambil tawaran sebagai artis rakaman di Universal Music.

Satu kejadian semasa uji bakat untuk Universal Music telah mengubah nasib beliau. Profil beliau pada waktu itu telah sampai ke perhatian seorang pengarah tersohor pada ketika itu, Aziz M. Osman yang sedang mencari pelakon untuk membawa satu watak istimewa di dalam filem terbarunya, iaitu "Senario Lagi". Watak tersebut dinamakan sebagai "Kamala", seorang gadis kampung berbangsa India yang diculik oleh Wahid (Wahid Mohamad) secara tidak sengaja dan menjadi buah hati kepada watak yang diperan oleh Yassin (Yassin Senario).

Selepas Kamala & Senario Lagi

[sunting | sunting sumber]

Kerjanya sebagai seorang pelakon mulai mendapat tempat di hati ramai pengarah. Beliau telah memeran pelbagai watak utama dalam drama TV dan filem serta menjadi duta untuk beberapa buah syarikat kosmetik dan elektronik di Malaysia. Sehingga kini, beliau masih aktif dalam bidang lakonan.

Berhenti Sementara

[sunting | sunting sumber]

Perjalanan karier beliau tidak semudah yang dijangkakan. Dalam meniti dunia perfileman dan populariti, beliau telah diuji dugaan-dugaan yang mengakibatkan beliau berhenti sementara dari bidang lakonan. Salah satunya adalah menjaga arwah ibu bapanya selama hampir 10 tahun. Selain itu, beliau juga diuji sendiri dengan masalah kesihatan yang mengekang beliau dari aktif sepenuhnya dalam dunia seni.

Tirai Kirana Sdn Bhd & Kemunculan Semula

[sunting | sunting sumber]

Bermula pada tahun 2018, beliau telah kembali aktif dalam dunia lakonan, pengacaraan dan pengiklanan. Beliau juga aktif menjalankan bengkel seni lakon, khususnya untuk pelakon-pelakon baharu. Beliau juga mulai aktif dalam bidang pengarahan dan penerbitan. Antara filem-filem pendek yang diterbitkan dan diarahkan oleh beliau dan telah memenangi beberapa anugerah.

Bobby mengorak langkah lebih jauh dalam industri perfileman apabila beliau bersama kakaknya yang merupakan seorang usahawan, Dora Kiran, menubuhkan Tirai Kirana Sdn Bhd. Fokus utama penubuhan Tirai Kirana Sdn Bhd ialah untuk menghasilkan karya-karya yang memberi manfaat dan teladan kepada penonton dalam masa yang sama bersifat komersil. Beberapa projek perfileman telah pun memasuki fasa pra-penerbitan untuk menghasilkan drama-drama berprofil tinggi untuk stesen-stesen TV tempatan & platform OTT.

Aktivisme

[sunting | sunting sumber]

Selain aktif dalam bidang perfileman, Bobby merupakan seorang filantropis. Beliau aktif menjalankan kerja-kerja amal yang melibatkan bantuan derma seperti bantuan kilat untuk mangsa-mangsa banjir di negeri Sabah dan Kedah, sumbangan anak-anak yatim khususnya di bulan Ramadhan untuk Hari Raya Aidilfitri serta bantuan-bantuan keperluan asas kepada orang-orang tua.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2000 Senario Lagi Kamala Filem pertama
2006 Misteri Dendam Balan Balan The Movie Ramona
2011 Toyol Nakal Nisa
2022 Jaga-Jaga Senariounion Datin Nora
2024 Mantera
TBA Oyen Balik Kampung Melissa
Saka Bersiong Murni
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Skuad Elite TV1 Drama pertama
2005 Mega Kinabalu TVi
2007 Anugerah Cinta
TBA Nexus: Spirit of Asia Nora
TBA Cerita Tentang Bintang Suriya

Drama web

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Rangkaian Catatan
2018–2020 The Bridge (Musim 2) Mona HBO Asia& Viu Drama web pertama

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2001 Sepasang Kasut Raya Alisya Telefilem pertama
2018 Langit Nabila Syahira TV Okey
2019 Audrey Lisa TV1
5 Hari Kita Bertemu TV2
2022 Buka Mata Nabila
Pawang Nong Cempaka TV2
Ayahku Adiwira Sue
2024 Rentak Seri Aishah TV1
Cikguku Paling Ohsem! Fiona TV Okey
2025 Air Mata Terakhir Siti
Kaki Langit Toboh Lora TV Okey
2026 Ustaz Detektif Aisyah TV3

Program TV

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Musim Tayangan
2005 Aramaitii Musim 1 RTM
2008 Musim 2
2022 Immortelle Creative
2024 Menyempurnakan Selera Sabahan bersama Sazarice Musim 1 Youtube
2025 Kopi Seteguk Latte Musim 1 RTM
Tahun Tajuk Catatan
2022 Khind Khind Rice Cooker
2023 Splat Splat toothpaste
VAsia Hair Henna Shampoo
2024 PERKESO Caruman SKSSR (sebagai Kavitha)
Green Life Drink Moderator
Durian Belanda Premium Plus Moderator

Filem pendek

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 A Day in KK
2023 I Think You're Great Joey
Racun Pusaka Melur
Integriti

Anugerah & pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2002 Anugerah Berita Harian Bintang Popular (ABPBH) Artis Baru Wanita Popular Tercalon
2023 Filem Pendek Terbaik Kategori Terbuka Negeri Sabah Filem Pendek Terbaik - Integriti Menang
2025 Nexus Shadows Of Asian Asean Film and TV Summit - Drama TV Ideas 2025 Menang
  1. ^ "'Kita kan dalam hujan', masih ingat Kamala Senario Lagi? Tak sangka dah jadi 'pesilat' lepas lama menyepi". Majoriti.com.my. 2024-09-04. Dicapai pada 2024-09-30.
  2. ^ Sianjey Steven (February 29, 2020). "Bobby Kiran Kembali Mewarnai Industri". FHMedia.com.my. FH Media. Dicapai pada 2024-10-01.
  3. ^ "Pemenang ABPBPH ke 16". https://web.archive.org/web/20110423215056/http://abp.bharian.com.my/Entertainment/ABP/arkibpemenangABP#2002. 23 April 2011. External link in |website= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]