Boeing 707

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Boeing 707/720
Peranan Airliner
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar Boeing Airplane Company
Penerbangan pertama 20 Disember 1957[1]
Pengenalan Oktober 1958 dengan Pan American
Dikeluarkan 1958-1979
Jumlah dibina 1,010
Kos unit US$4.3 juta (1955 dolar)[2]
Dibangunkan dari Boeing 367-80
Variasi C-137 Stratoliner
VC-137C (Air Force One)

Boeing 707 merupakan pesawat udara jet penumpang perdagangan berenjin empat dibangunkan oleh Boeing pada awal tahun 1950-an. Walaupun ia bukannya kapal terbang penumpang jet (jetliner) yang pertama berkhidmat (penghormatan tersebut penghormatan tersebut kepunyaan De Havilland Comet), ia merupakan yang pertama berjaya dari segi perdagangan, dan merupakan kapal terbang penumpang Boeing pertama siri 7x7. Kejayaan kapal terbang penumpang jet boleh dikatakan kepada penggunaan minyak yang ekonomi - 707 mampu bekerja 5 kali ganda pesawat penumpang enjin piston seperti DC-6 dengan hanya dua ganda kost.

707 diasaskan pesawat terbang prototaip Boeing dikenali sebagai Boeing 367-80. Prototaip ini membawa kepada KC-135, tangki udara yang digunakan oleh USAF, dan 707. Untuk membolehkan pemasangan enam kerusi selari, fuselage 707 diluaskan 6 inci berbanding 367-80 yang asal.

707 asal, 707-120 direka untuk laluan seberang benua ( transkontinental ) dan sering perlu berhenti mengisi minyakapabila digunakan pada laluan Atlantik Utara. Model 707-320 dan 707-420 kemudian mempunyai sayap lebih besar, lebih berat, dan tangki bahanapi lebih besar untuk beroperasi sebagai pesawat udara menyeberang laut ( transoceanic ). 707-220 merupakan frame udara 707-120 dilengkapi dengan enjin lebih berkuasa untuk operasi 'panas dan tinggi' - hanya 5 dibina, kesemuanya untuk Braniff International disebabkan penggunaan minyak yang tinggi. Kelemahan ini hilang dengan ketibaan turbofan.

Boeing 707 pada asalnya dilengkapi dengan empat enjin turbojet Pratt and Whitney (JT3Cs dipasang pada -120 dan JT4A yang lebih berkuasa pada -220 dan -320 - ini adalah versi awam bagi enjin tentera J57 dan J75), tetapi kemudian versi -120B dan -320B dilengkapi dengan empat JT3D turbofan, yang lebih senyap, berkuasa dan jimat minyak. 707-320C, juga berenjin turbofan, mempunyai pintu kargo besar yang membenarkan ia berfungsi sebagai pesawat udara penggangkutan dua tujuan.

Boeing 720, pada asalnya dinamakan 707-020 tetapi kemudian ditukar untuk tujuan pemasaran, merupakan modifikasi reka-bentuk 707-120 untuk operasi jarak sederhana dari landasan lebih pendek. Ia adalah lebih ringan dan pantas berbanding Boeing 707, dan mempunyai rekabentuk sayap diringkaskan. Model ini mempunyai jualan rendah, tetapi masih menguntungkan kerana kos R&D minima berkait dengan pengubah-suaian jenis sedia ada.

Pengeluaran 707 berterusan sehingga tahun 1991, dan walaupun ia tidak lagi digunakan oleh syarikat penerbangan Amerika Syarikat yang utama, banyak yang masih berkhidmat dengan syarikat penerbangan kecil di luar Amerika Syarikat, perkhidmatan charter dan operasi kargo udara. Jenis ( genes ) 707 masih banyak terdapat dalam barangan Boeing masa kini, terutamanya 737, yang masih menggunakan adaptasi badan ( fuselage ) 707.

Dua pesawat udara pertama yang dibina sebagai Air Force One merupakan Boeing 707 dibina khas; ia masih digunakan oleh pegawai persekutuan berpangkat dalam perjalanan rasmi. Banyak negara lain menggunakan 707 bagi membawa anggota VIP, termasuk Argentina, Brazil, Chile, Republik Congo, Mesir, Indonesia, Israel, Itali, Jordan, Libya, Morocco, Pakistan, Arab Saudi, Sudan, dan Venezuela.

Amerika Syarikat dan negara pihak NATO (termasuk Afrika Selatan dan Israel) menggunakan pelantar 707 untuk pengisian bahan api di udara (aerial refueling) dan AWACS, walaupun kebanyakan pesawat ini sedang dibersarakan. Pesawat 707 juga merupakan pelantar untuk projek Joint STARS bagi Tentera Udara Amerika Syarikat.

Am[sunting | sunting sumber]

707-120B 707-320B
Bilangan penumpang
(2 kelas)
110 147
Bilangan penumpang
(1 class)
179 189
BErat maksimum lepas naik 257,000 lb (116,570 kg) 333,600 lb (151,320 kg)
Berat bersih 122,533 lb (55,580 kg) 146,400 lb (66,406 kg)
Julat maksimum 6,820 km (3,680 batu nautika) 6,920 km (3,735 batu nautika)
Laju terbang 1000 km/h (540 kt) 972 km/h (525 kt)
Panjang 44.07 m (144 kaki 6 in) 46.61 m (152 kaki 11 in)
Rentang sayap 39.90 m (130 kaki 10 in) 44.42 m (145 kaki 9 in)
Tinggi ekor 12.93 m (42 kaki 5 in)
Penjana kuasa Empat 75.6 kN (17,000 lbf) Pratt & Whitney JT3D-1 turbofan. Empat 80 kN (18,000 lbf) JT3D-3s atau empat 84.4 kN (19,000 lbf) JT3D-7s.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Boeing 707 Jet Transport, aviation-history.com
  2. Bowers 1989, m/s. 434.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]