Pergi ke kandungan

Boeing 717

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Boeing 717
Maklumat am
JenisPesawat berbadan sempit
Negara asalAmerika Syarikat
PengeluarBoeing Commercial Airplanes
PerekaMcDonnell Douglas
StatusDalam perkhidmatan
Pengguna utamaDelta Air Lines
Jumlah dibina156[1]
Sejarah
Dikilangkan1998–2006[2]
Tarikh diperkenalkan12 Oktober 1999, dengan AirTran Airways[2]
Penerbangan sulung2 September 1998[3][2]
Dibangunkan dariMcDonnell Douglas DC-9

Boeing 717 ialah sebuah pesawat berbadan sempit dengan susunan lima kerusi sebaris yang dikeluarkan oleh Boeing Commercial Airplanes. Pesawat berbadan sempit dan berenjin kembar ini dibangunkan untuk pasaran 100 tempat duduk, dan pada asalnya dipasarkan oleh McDonnell Douglas pada awal 1990-an sebagai McDonnell Douglas MD-95 sehinggalah syarikat tersebut bergabung dengan Boeing pada Ogos 1997. Ia merupakan versi pendek daripada pesawat McDonnell Douglas MD-80 yang berjaya, serta sebahagian daripada keluarga besar DC-9 syarikat tersebut. Dengan kapasiti sehingga 134 penumpang, 717 mempunyai jarak jangkauan reka bentuk sejauh 2,060 batu nautika [nmi] (3,820 km; 2,370 Batu|bt) dan dikuasakan oleh dua enjin turbofan Rolls-Royce BR715 yang dipasang pada bahagian belakang fiuslaj.

Pada penghujung abad ke-20, pengilang-pengilang pesawat komersil manghadapi pelbagai permasalahan. Douglas mengalami penurunan dalam penjualannya kerana bersaing dengan Boeing. Penjualan DC-10 dan MD-11 pula menerima saingan dari Lockheed L-1011. Hanya model DC-9 yang laku ketika itu dengan jualan menghampiri 1000 unit. Siri ini disusuli dengan MD-80 series dan sebanyak 1100 unit berjaya dibina. Tetapi model selepasnya iaitu MD-90 tidak mendapat rekod yang baik kerana saingan dari 737-600 oleh Boeing dan A318 oleh Airbus.

Pada Disember 1996, Boeing mengambil alih McDonnell Douglas dan memberi nafas baru kepada MD-90 dengan menukarkan namanya kepada Boeing 717.

Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]
717-200
Berat Kasar Asas
717-200
Berat Kasar Tinggi
Penumpang 106 (2 kelas)
Panjang 37.8 m (124 kaki 0 in)
Rentang sayap 28.47 m (93 kaki 5 in)
Tinggi ekor 8.92 m (29 kaki 1 in)
Lebar kabin luaran 334.2 cm (131.6 in)
Lebar kabin dalaman 314.5 cm (123.8 in)
Berat lepas naik maksimum 49,900 kg (110,000 lb) 54,900 kg (121,000 lb)
Julat 2,645 km (1,430 nmi) 3,815 km (2,060 nmi)
Laju sederhana Mach 0.77 (570 mph, 917 km/h)
Penjana kuasa (2x) Rolls Royce BR715-A1 Rolls Royce BR715-C1
Tujahan enjin 82.3 kN (18,500 lbf) 93.4 kN (21,000 lbf)

Kemalangan dan insiden

[sunting | sunting sumber]

Setakat Mac 2025, Boeing 717 telah terlibat dalam enam kemalangan dan insiden penerbangan namun tiada kes kehilangan kerangka pesawat (*hull-loss*) dan tiada kemalangan jiwa.[4][5] Insiden-insiden utama yang berlaku termasuklah satu perlanggaran di darat semasa sedang bergerak (taksi), satu pendaratan cemas akibat roda pendaratan hadapan gagal dikeluarkan, dan satu cubaan merampas pesawat.[4][5]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "last 717s"
  2. 1 2 3 "The Boeing 717". Boeing Commercial Airplanes. Diarkibkan daripada yang asal pada May 13, 2011. Dicapai pada July 4, 2015.
  3. "Boeing: Historical Snapshot: 717/MD-95 commercial transport". Boeing.com. Dicapai pada June 30, 2015.
  4. 1 2 Ranter, Harro. "Aviation Safety Network > > ASN Aviation Safety Database results". asn.flightsafety.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-05.
  5. 1 2 Ranter, Harro. "Aviation Safety Network > ASN Aviation Safety Database > Aircraft type index > Boeing 717". asn.flightsafety.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-05.