Boeing 777

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Boeing 777-200ER)
Boeing 777
Boeing 777-200 of United Airlines, the launch customer of the 777
Peranan Wide-body jet airliner
Negara pengeluar United States
Pengeluar Boeing Commercial Airplanes
Penerbangan pertama June 12, 1994
Pengenalan June 7, 1995 with United Airlines
Status In Production
Syarikat penerbangan utama Singapore Airlines
Air China
United Airlines
Air France
Dikeluarkan 1993 - present
Jumlah dibina 741 as of November 2008[1]
Kos unit US$200-254 million (2007)[2]

Boeing 777 adalah pesawat berbadan lebar berjulat jauh dan berenjin kembar. Ia dibina oleh Boeing Commercial Airplanes. Pesawat mampu menerbangkan 305 hingga 550 penumpang dan berjulat antara 10,400 km dan 16,400 km (5,600 dan 8,870 batu nautika.) Penerbangan perdananya pada tahun 1994

Ciri-ciri pesawat ini yang membezakan dengan siri yang lain ialah ia terdapat 6 tayar pada setiap gear pendaratan utama, keratan rentas fuselajnya bulat dan kon ekornya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1970, Boeing memperkenalkan model-model baru untuk menggantikan model yang sedia ada dan bersaing dengan model-model lain. 757 menggantikan 727, 767 untuk menyaingi Airbus A300 dan 777 juga untuk menyaingi DC-10 dan Lockheed TriStar.

Rekaan awalnya ialah sebuah pesawat trijet yang berdasarkan 767 dengan dua variasi iaitu sebuah pesawat merentasi benua membawa 175 penumpang untuk perjalanan sejauh 5,000 km (2,700 batu nautika) dan sebuah pesawat merentasi benua dan mampu terbang sejauh 8,000 km (4,320 batu nautika) dengan jumlah penumpang yang sama.

Program kemudiannya dibatalkan disebabkan beberapa faktor iaitu pembinaan pesawat trijet cukup merumitkan, ketiadaan enjin yang mempunyai tujahan 178 kN (40,000 lb) dan kejayaan famili 767.

Dengan itu Boeing tidak mempunyai pesawat bersaiz 767-300ER dan berjulat 747-400. Pada waktu yang sama Airbus sedang membangunkan A330 dan A340 untuk memenuhi permintaan pasaran ini.

Menyedari potensi pasaran ini, Boeing mengeusulkan sebuah projek untuk membesarkan 767, melahirkan 767-X. Ia sama dengan 767 tetapi mempunyai fuislaj yang lebih panjang dan sayap lebih besar dan memuatkan 340 penumpang dan berjulat 13,500 km (7,300 batu nautika).

Akan tetapi, syarikat-syarikat penerbangan tidak berpuas hati dengan usul 767-X. Mereka mahukan sebuah pesawat yang berjulat pendek dan berjulat jauh, keratan rentas kabin yang sama dengan 747, kabin yang boleh diubah konfigurasinya dan kos operasinya lebih rendah dari 767. Maka, lahirlah pesawat berenjin kembar 777.

Fasa rekaan 777 berbeza dengan model-model Boeing sebelumnya. Buat pertama kali, permintaan syarikat penerbangan dan penumpang diambil kira dalam pengeluaran pesawat ini selaras dengan falsafah "Bekerjasama" yang diwarwarkan oleh Boeing.

777 juga merupakan pesawat pertama yang direka sepenuhnya menggunakan komputer. Perisian yang digunakan ialah sebuah perisian reka bentuk terbantu komputer (CAD) dinamakan CATIA. Ini memudahkan jurutera-jurutera membuat ujian-ujian dengan hanya menggunakan 777 maya yang dibuat melalui perisian itu sebelum prototaip dibina.

Sehingga ke hari ini, sebanyak 671 777 sudah ditempah daripada 38 pelanggan.

Kuwait Airways Boeing 777

Teknikal[sunting | sunting sumber]

Bagi memenuhi permintaan syarikat-syarikat penerbangan, teknologi-teknologi baru digunakan didalam 777:

  • paparan hablur cecair(LCD) Honeywell untuk skrin paparan penerbangan.
  • kawalan penerbangan menggunakan terbang dengan dawai yang digital sepenuhnya.
  • Alatan elektronik aviasi yang berkonfigurasi perisian penuh.
  • Panggunaan komposit yang banyak (10% daripada berat)
  • Perhubungan elektronik aviasi yang menggunakan serabut optik.
  • Enjin turbofan yang besar.

Penerbangan pertamanya ialah pada 14 Jun 1994 dan mengalami penerbangan ujian lebih ekstensif dari model-model Boeing sebelum ini. Manakala enjin untuk 777 berjaya mendapt pengiktirafan ETOPS-180.

Ciri-ciri konvensional yang dikekalkan ialah penggunaan yok kawalan daripada kawalan kayu (sidestick controller) yang digunakan oleh pesawat-pesawat Airbus.

Variasi[sunting | sunting sumber]

Fail:777-Range.png
Julat untuk Boeing 777

Dalam pembinaan 777, Boeing menumpukan perhatian kepada dua faktor utama iaitu:

  • Saiz kerangka pesawat yang memberi kesan kepada bilangan penumpang dan kargo. 77-200 adalah asas kepada 777 manakala 777-300 adalah siri yang dipanjangkan.
  • Julat pesawat yang dibahagikan kepada 3 segmen:
    • Pasaran A - 7,200 hingga 9,700 km (3,900 ke 5,200 batu nautika)
    • Pasaran B - 10,800 to 14,250 km (5,800 to 7,700 batu nautika)
    • Pasaran C - 14,800 km (8,000 batu nautika) atau lebih

777-100[sunting | sunting sumber]

777-100 (771B) adalah pesawat berkapasiti rendah untuk pasaran B. Disebabkan ia berat dan kos operasinya tinggi, maka variasi ini ditolak oleh syarikat-syarikat penerbangan.

777-200[sunting | sunting sumber]

777-200 (772A) adalah model permulaan untuk pasaran B. Pelanggan pertamanya ialah United Airlines. Berat terbang naik pesawat ini ialah 229 ke 247 ton dan jarak maksimumnya antara 7000 hingga 9500 km (3780 hingga 5150 batu nautika.)

777-200 ini dijana oleh 2 enjin turbofan sama ada Pratt & Whitney PW4074 , General Electric GE90-75Bs (kedua-duanya bertujahan 329 kN (75,000 lbf)) atau Rolls Royce Trent 875s bertujahan 334 kN (75,000 lbf).

Model setara adalah A330-300.

777-200ER[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya dikenali sebagai 777-200IGW (pertambahan berat kasar - increased gross weight), 777-200ER dengan julat yang lebih jauh untuk pasaran B. Kapasiti bahan apinya dinaikkan seiriang dengan kenaikan berat terbang naik maksimum iaitu dari 263 hingga 286 ton. Julatnya adalah diantara 11,000 hingga 14,300 km (6000 hingga 7700 batu nautika.) Pesawat 777-200ER pertama dihantar kepada British Airways pada Februari 1997.

Penjana kuasa 777-200ER ialah enjin turbofan dari jenis: PW4084 atau Trent 884 dengan tujahan 374 kN (84,000 lbf), GE90-85B dengan tujahan 378 kN (85,000 lbf), PW4090, GE90-90B1, atau Trent 890 dengan tujahan 400 kN (90,000 lbf) dan GE90-92B dengan tujahan 409 kN (92,000 lbf)

Pada 2 April 1997, sebuah pesawat Boeing 777-200ER berdaftar 9M-MRA oleh Sistem Penerbangan Malaysia memecah rekod Pusingan Besar Tanpa Mendarat untuk pesawat penumpang dengan terbang ke timur dari Boeing Field, Seattle ke Kuala Lumpur, Malaysia, meliputi jarak 20,044 km dalam masa 21 jam 23 minit.

777-200LR Worldliner[sunting | sunting sumber]

Mengikut Boeing, 777-200LR yang digunakan untuk pasaran C adalah pesawat komersial berjulat paling jauh di dunia dengan kemampuan terbang sejauh 17,446 km (9420 batu nautika) dalam masa 18 jam. Ia dijana oleh sepasang enjin turbofan GE90-110B1L dengan tujahan 489 kN (110,000 lbf). Pesawat yang setara dengan siri ini ialah A340-300.

777-200LR WorldLiner

Ciri-ciri baru ialah pertambahan berat untuk terbang naik, tangki bantuan bahan api yang terletak di ruangan kargo belakang, hujung sayap yang keruk dan gear pendaratan utama baru. Ia pertama kalinya dipertayangkan pada 15 Februari 2005 dan penerbangan perdananya ialah pada 8 Mac 2005.

Pesawat didalam kumpulan yang sama ialah A340-500.

Penghantaran pertama 777-200LR kepada Pakistan International Airlines (PIA) pada Januari 2006.

777-300[sunting | sunting sumber]

777-300 ialah untuk pasaran A dan akan menggantikan 77-100 dan -200. Barbanding dengan 747 yang lama, siri ini mampu membawa kapasiti penumpang dan julat yang sama tetapi menggunakan bahan api kurang satu pertiga dan memerlukan kos penyelenggaraan kurang 40%.

Fuselajnya dipanjangkan 10.1 meter (33 kaki 3 inci) dari 77-200, memuatkan 550 penumpang bagi konfigurasi penuh satu kelas dan 13 ton lenih berat. 777-300 mempunyai linciran ekor dan kamera pemerhatian daratan yang terletak ekor horizontalnya dan di bawah fuselaj untuk membantu kawalan pesawat.

Ia dianugerahkan serentak dari FAA oleh Amerika Syarikat dan JAA oleh Eropah dan mmemperoleh kelulusan ETOPS 180 pada 14 Mei 1998. Pesawt ini memasuki perkhidmatan pada bulan seterusnya dengan Cathay Pacific

Julat umumnya dengan 386 penumpang berkonfigurasi tiga kelas ialah 10,600 km (5720 batu nautika.) Penjana kuasanya ialah 2 enjin daripada jenis-jenis enjin turbofan tersebut: PW4090 tujahan 400 kN (90,000 lbf), Trent 892 atau General Electric GE90-92Bs tujahan 409 kN (92,000 lbf) atau PW-4098s tujahan 436 kN (98,000 lbf).

Pesawt setara ialah A340-600.

777-300ER[sunting | sunting sumber]

777-300ER adalah untuk pasaran B dan merupakan pesawat berjulat jauh. Ia direka untuk menggantikan 747-400 seiring dengan sasaran Boeing bagi menjadikan siri 747 sebagai pesawat kargo.

777-300ER mengalami banyak modifikasi termasuklah enjinnya iaitu GE90-115B yang merupakan enjin terkuat di dunia dengan tujahan 513 kN (115,300 lbf). Ciri-ciri lain ialah hujung sayap yang keruk, gear pendaratan baru, tangki bahan api ekstra, fuselaj, sayap, gear hadapan, topang enjin dan nasel yang dipanjangkan. Pada mualnya julatnya ialah 13,400 km (7,250 batu nautika) dengan 365 penumpang bagi konfigurasi 3 kelas teapi pada Julai 2004, jaraknya menjadi 13,400 km (7,880 batu nutika). Program -300ER dilancarkan oleh Air France tetapi disebabkan faktor politik, Japan Airlines menjadi pelanggan ketika pelancaran. Penerbangan pertama adalah pada 24 Februari, 2003

Pesawat setara ialah A340-600.

777 Freighter[sunting | sunting sumber]

777 Freighter

777 Freighter (777F0 adalah sebuah variasi kargo penuh. Boeing memerlukan sebuah model yang besar untuk mengantikan pesawat kargo 747F dan MD-11F. Kemampuan beban bayar 777-200LR membolehkan ia ditukar menjadi siri kargo [1]. Model ini diumumkan pada 15 November 2004.[2]

777F menjanjikan operasi yang cemerlang dan lebih ekonomik berbanding dengan pesawat kargo sedia ada. Pesawat mempunyai ruangan yang lebih besar dan nisbah tujahan beratyang tinggi. 777F mampu menampung beban bayar sebanyak 101 ton manakala bagi 747F, beban bayarnya ialah 724 ton.

777F tidak akan terbang sejauh variasi penumpangnya kerana bahagian badan pesawat yang memuatkan bahan api akan ditukar menjadi ruangan kargo. Walaubagaimanapun, ia akan menjadi pesawat kargo berjulat paling jauh di dunia [3] iaitu 8,400 km (5,200 batu nautika).

777F akan dilengkapi dengan enjin turbofan GE90-110B bertujahan 489 kN (110,000 lbf).

Pelanggan yang berpotensi ialah Lufthansa Cargo, Federal Express, United Parcel Service, Emirates, dan EVA Cargo. Air France KLM merupakan pelanggan ketika pelancaran dengan tempahan sebnyak 7 pesawat bernilai 1.5 billion Dollar Amerika Syarikat. Penhantaran pertama pada 2008.

Am[sunting | sunting sumber]

  • Laju terbang: 0.84 Mach, 885 km/h (550 mph) pada 10,700 m (35,000 ft)
  • Jarak antara hujung sayap: 60.9 m (199 ft 11 in) untuk -200/-200ER/-300, 64.8 m (212 ft 7 in) untuk -200LR/-200F/-300ER
  • Panjang: 63.7 m (209 ft 1 in) (-200), 73.9 m (242 ft 4 in) (-300/-300ER)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 777_O_D tidak disediakan
  2. ^ Boeing Commercial Airplanes prices, The Boeing Company. Retrieved on 10 September 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]