F-15SE Silent Eagle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Boeing F-15SE Silent Eagle)
F-15SE Silent Eagle
Peranan Pejuang-penyerang
Pengeluar Boeing IDS
Penerbangan sulung Dirancang pada tahun 2010
Status Dalam pembangunan
Jumlah dibina 1[1]
Kos seunit F-15SE: AS$100 juta (kos purata, 2009)[2]
Dibangunkan dari F-15E Strike Eagle

Boeing F-15SE Silent Eagle merupakan sebuah pesawat pejuang tingkat upaya dari F-15E yang dicadangkan oleh Boeing IDS dengan menggunakan ciri-ciri teknologi pesawat generasi ke-5 seperti ruang persenjataan dalaman dan bahan penyerap radar. Antara ciri-ciri yang membezakan versi ini dengan pesawat sebelumnya adalah satah ekor menegak berkembar bersudut 15 darjah ke arah luar. Tangki minyak conformal yang boleh menyimpan persenjataan di ruang dalaman bagi mengurangkan keratan rentas radar pesawat. Simpanan persenjataan mengambil hampir keseluruhan setiap ruang tangki minyak conformal. Versi ini juga dicat dengan bahan penyerap radar di mana perlu. Sebuah pesawat versi penunjuk telah pertama kali dipertontonkan oleh Boeing pada 17 Mac 2009. Silent Eagle ditawarkan kepada para pengguna F-15 seperti Israel, Arab Saudi, Japan, Korea Selatan dan Singapura.[3][4]

F-15SE mempunyai kadar "halimunan" yang dibenarkan untuk dieksport oleh kerajaan Amerika Syarikat.[5] From the front this is predicted by Ausairpower.net as possibly being as low as the export version of the F-35 Lightning II. For reference the radar cross section of the non-export version of the F-35 from the front is 0.001 m². The side and rear radar cross sections will of necessity be higher.[6] F-15SE Silent Eagle juga memiliki radar AESA dan sistem peperangan elektronik baru dari BAE Systems.

Pada bulan Mac 2009, Boeing secara rasminya telah melancarkan F-15 Silent Eagle dan mula menawarkannya kepada pelanggan antarabangsa. Pesawat ini mampu untuk mebawa kedua-dua persenjataan dalaman dan luaran yang dipasang pada tenggekan di bawah setiap sayap. Kos F-15SE yang rendah menjadikan ia ideal untuk dieksport dan Israel merupakan sasaran pelanggan utama. Pesawat ini memerlukan lesen eksport sama seperti pesawat F-35 Lightning II. Sekiranya dibina, kos bagi sebuah pesawat dianggarkan mencecah kira-kira AS$100 juta, termasuk alat ganti dan sokongan.[1][7]


Spesifikasi[sunting | sunting sumber]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]