Pergi ke kandungan

Bogak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cycadales
Julat zaman: Perm AwalHolosen
Cycas rumphii dengan strobilus jantan yang sudah tua dan masih muda
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Spermatofit
Klad: Gimnosperma
Divisi: Cycadophyta
Bessey 1907: 321.[2]
Kelas: Cycadopsida
Brongn.[1]
Order: Cycadales
Pers. ex Bercht. & J. Presl
Kumpulan yang masih wujud
Sinonim
  • Cycadofilicales Němejc 1950
  • Dioales Doweld 2001
  • Stangeriales Doweld 2001
  • Zamiales Burnett 1835

Bogak atau sikad ialah sejenis tumbuhan benih dalam divisi Cycadophyta yang berbatang bulat tebal dan berkayu dengan susunan daun pinat (berbentuk pelepah) yang besar, keras, tegar dan malar hijau. Spesies ini berumah dua di mana spesies tumbuhan tertentu adalah sama ada jantan atau betina. Saiz bogak berubah-ubah daripada berbatang hanya beberapa sentimeter hingga setinggi beberapa meter. Ia tumbuh agak perlahan dengan jangka hayat yang lama. Ia zahirnya mirip palma atau pakis, namun langsung tiada perkaitan rapat dengan kumpulan tersebut. Bogak adalah gimnosperma dan mempunyai pendebunga khusus, selalunya berupa kumbang tertentu dan jarang sekali trip atau rerama.

Ia merangkumi keluarga Cycadaceae, Stangeriaceae dan Zamiaceae dalam order Cycadales. Taburan tumbuhan ini di seluruh dunia berkurangan di mana empat spesies terancam pupus sementara tujuh spesies lain hanya ada kurang daripada 100 tumbuhan yang masih hidup meliar.[3]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Pengelasan bagi Cycadophyta yang masih wujud sehingga peringkat genus:[4]

  • Kelas Cycadopsida Brongniart 1843

Tumbuhan dalam order ini ditemukan di banyak bahagian subtropika dan tropika dunia. Kepelbagaian spesies terbesar ada di benua Amerika Selatan dan Tengah. Sebanyak 65 spesies diketahui tersebar di Mexico, Antillen, tenggara Amerika Syarikat, Australia, Melanesia, Mikronesia, Jepun, China, Asia Tenggara, India, Sri Lanka, Madagaskar, serta selatan dan tropika Afrika. Sebahagian spesies dapat bertahan hidup di gurun tandus atau iklim separa gurun,[5] dalam keadaan hutan hujan[6] atau juga kedua-duanya.[7]

  1. ^ Brongniart, A. (1843). Énumération des genres de plantes cultivées au Muséum d'histoire naturelle de Paris.
  2. ^ Bessey, C.E. (1907). "A synopsis of plant phyla". Nebraska University Studies. 7: 275–373.
  3. ^ Davis, Judi (27 Jun 2018). "Meet Durban's famous cycad family". South Coast Herald.
  4. ^ "Cycadophyta Bessey". World Flora Online. wfo-4100003333. Dicapai pada 20 August 2025.
  5. ^ National Recovery Plan for the MacDonnell Ranges Cycad Macrozamia macdonnellii (PDF), Department of Natural Resources, Environment, The Arts and Sport, Northern Territory, dicapai pada 16 Julai 2015
  6. ^ Bermingham, E.; Dick, C.W.; Moritz, C. (2005), Tropical Rainforests: Past, Present, and Future, University of Chicago Press, ISBN 9780226044682
  7. ^ "Macrozamia communis", The IUCN Red List of Threatened Species