Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Bohsia.jpg
Poster promosi
Pengarah Syamsul Yusof
Penerbit Dato' Yusof Haslam
Ahmad Puad Onah (eksekutif)
Penulis Syamsul Yusof
Dibintangi oleh Nabila Huda
Syamsul Yusof
Salina Saibi
Shaheizy Sam
Aaron Aziz
Diana Danielle
Dikisahkan oleh Syamsul Yusof
Sinematografi Omar Ismail
Pengedar Grand Brilliance Sdn Bhd
Mula ditayangkan
23 April 2009
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Perbelanjaan RM 1.5 juta

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ialah sebuah filem aksi Malaysia 2009 arahan Syamsul Yusof terbitan bersama Skop Productions dan Grand Brilliance. Filem yang dibintangi Nabila Huda, Salina Saibi, Shaheizy Sam, Aaron Aziz, dan Diana Danielle. Syamsul sendiri turut berlakon dalam filem kedua arahannya sekaligus merupakan kali kedua Syamsul menyandang peranan pengarah dan penulis lakon layar selepas memasuki persada perfileman negara menerusi filem Evolusi KL Drift pada tahun 2008.[2]

Filem yang menelan belanja RM1.5 juta[3] ini mengetengahkan unsur-unsur gejala negatif seperti mat rempit, bohsia, salah guna dadah dan seks luar nikah, maka dikenakan klasifikasi 18PL (penonton berusia bawah 18 tahun dilarang menonton atas sebab unsur ganas, seks, dan kebudayaan) oleh pihak Lembaga Penapisan Filem.[4] Filem ini dibuka kepada umum di lebih 60 pawagam di Malaysia dan Singapura pada 23 April 2009. Filem ini telah dicalonkan untuk anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22. Kesinambungan filem ini, Jalan Kembali: Bohsia 2 ditayangkan pada 7 Jun 2012.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Bohsia mengisahkan dua remaja Amy (Salina Saibi) dan Tasya (Nabila Huda) yang tidak mempunyai pendidikan dan latar belakang keluarga yang sempurna. Amy dan Tasya memilih untuk terjebak dalam dunia rempit oleh pengaruh teman lelaki. Muz (Syamsul Yusof) teman lelaki Tasya seorang suka cakap besar dan Acai (Sheheizy Sam) teman lelaki Amy seorang yang pantang dicabar.

Bapa Amy seorang kaki judi sering mengangu kehidupan Amy. Azam (Aaron Aziz) seorang bapa ayam cuba memujuk Amy kembali padanya walaupun sebenarnya ingin menjadikan Amy sebagai pelacurnya. Amy yang mengetahui pekerjaan Azam cuba menjauhkan dirinya pada Azam. Muz terpikat pada Aisyah (Diana Danielle) selepas beberapa bulan berkenalan di dunia siber. Dia membohongi Aisyah mengenai latar belakangnya. Tasya yang berang dengan pengkhinatan dan cercaan Muz, merelakan dirinya ditiduri Acai dan gengnya. Tasya merasakan hidupnya tidak bermakna, membunuh diri.

Muz yang berang dengan tindakan Acai dan rakan -rakannya meniduri Tasya, bertindak menyerang mereka. Pergaduhan yang besar berlaku dan diakhiri dengan Muz ditangkap polis manakala Acai dibelasah teruk separuh mati.

Azam kecewa tidak dapat memujuk Amy bertindak menculik dan melacurkan Amy secara paksa. Amy melarikan diri dari Azam dan cuba berlindung dengan bapanya Salleh (Nasir Bilal Khan). Salleh yang sedang mabuk bertindak merogol Amy. Dalam pergelutan, Amy telah bertindak menikam bapanya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Shaheizy Sam berlakon sebagai Acai dalam filem ini.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Selepas mengarahkan filem sulungnya, Evolusi KL Drift yang ditayangkan pada April 2008, Syamsul Yusof memulakan projek filem keduanya akan dikenali sebagai Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam. Menurut Syamsul, filem keduanya tampil berbeza dan memfokus kepada permasalahan remaja khususnya gejala bohsia. Ia dihasilkan berdasarkan kepada pemerhatian dan kajiannya mengenai bohsia dan mat rempit di sekitar ibu negara Kuala Lumpur.[5]

"Sebenarnya, kalau hendak ditiru 100 peratus mengenai kehidupan bohsia, ia lebih teruk daripada yang dipaparkan dalam filem ini. Saya mengharapkan agar filem ini dapat memberi pengajaran kepada penonton,"[5]

Pada awal proses pembikinan filem Bohsia, beliau berdepan masalah berkenaan pelakon yang hendak membawakan watak bohsia.[5] Nabila Huda dan Salina Saibi bersetuju membawakan watak itu, serta pelakon lain yang menjayakan peranan masing-masing. Penggambaran dijalankan di KL dan Lembah Klang pada 20 Mac 2008 dan mengambil masa 26 hari untuk disiapkan.[5]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ditayangkan pada 23 April 2009 di pawagam seluruh negara.

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Pada hujung minggu pertama tayangannya (23–26 April 2009), filem Bohsia telah mendapat kutipan melebihi RM1.6 juta, sekaligus menduduki tempat teratas dalam carta kutipan filem pada tempoh tersebut.[6] Selepas 21 hari tayangan, jumlah kutipan dilaporkan berjaya mencecah RM4.2 juta.[7]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Ulasan portal filem Tupai.com.my memberi tiga dari lima bintang, terutamanya menyatakan bahawa hampir kesemua babak aksi dalam filem ini berkesan, lagak ngeri yang mengagumkan, dan muzik latarnya berpadanan dengan babak-babak yang ditonton, di samping memuji bakat lakonan Nabila dan Salina, tetapi merungut pembawaan watak oleh Syamsul seolah-olah "mat rempit golongan elit".[8][9]

Satu lagi ulasan di Berita Minggu turut memberi komen positif, dengan kata-kata berikut: "'Delivery' yang diberikan Syamsul dalam sentuhan ini setara usianya yang bergelar pelakon dan pengarah muda. Biarpun jalan cerita mahupun naratif mudah difahami namun perincian yang diberikan terhadap elemen aksi serta shot membabitkan perlumbaan motosikal juga adegan bergasak beramai-ramai ditampilkan begitu kemas dan realistik."[10]

Di Festival Filem Malaysia ke-22, lakonan hebat Nabila Huda telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM) manakala Shaheizy Sam dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM). Namun kejayaan manis datang daripada kemenangan Salina Saibi menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menewaskan calon lain antaranya Noorkhiriah (Papadom) & Adibah Nor (Talentime).

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

7 tahun selepas Bohsia ditayangkan, pada 17 Februari 2016, Syamsul dan bapanya Yusof Haslam dan syarikat mereka, Skop Productions berdepan dengan tuduhan ciplak apabila pihaknya didakwa menciplak novel Aku Bohsia karya Elias Idris. Syamsul dan bapanya telah menang dalam kes saman yang dikemukan oleh penulis novel Aku Bohsia, Elias yang mendakwa filem Bohsia arahan Syamsul diciplak dari novel yang diterbitkan pada 1995.[11] Elias yang menggunakan nama pena Anne Natasha Nita telah diarahkan membayar ganti rugi RM100,000 dan kos berjumlah RM40,000 kepada ketiga-tiga defendan. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi selepas mendapati plaintif gagal membuktikan defendan melanggar hak cipta terpelihara novel Aku Bohsia dalam filem yang diterbitkan pada 2009.[12][13][14]

Syamsul melahirkan rasa syukur apabila namanya telah dibersihkan dan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah membaca dan memiliki novel Aku Bohsia sebelum Bohsia diterbitkan.[15] Syamsul berkata beliau mendapat idea untuk menghasilkan skrip filem itu daripada isu semasa iaitu isu "mat rempit".[15]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-22 Filem Terbaik Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Dicalonkan
Pelakon Wanita Terbaik Nabila Huda Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Shaheizy Sam Dicalonkan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Salina Saibi Menang

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Kesinambungan filem ini, Jalan Kembali: Bohsia 2 telah ditayangkan di pawagam pada 7 Jun 2012 dengan mengekalkan pelakon asalnya termasuk Nabila Huda dan Salina Saibi.[16] Pelakon lain terlibat termasuk Zizan Razak dan Soffi Jikan.[17][18]

Trivia[sunting | sunting sumber]

Filem ini ditayangkan pada 23 April 2009, bertepatan dengan ulang tahun ke-20 pemergian ke rahmatullah pelakon veteran, Allahyarham S. Sudarmaji.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BOHSIA: JANGAN PILIH JALAN HITAM Cinema.com.my. Dicapai pada 23 April 2011.
  2. ^ Wahida Asrani (14 April 2009). "Shamsul ambil risiko demi Bohsia". mSTAR Online. Dicapai 16 Mac 2011. 
  3. ^ Hizreen Kamal (2009-04-22). "When broken youths turn bad". New Straits Times. Dicapai 2009-05-07. 
  4. ^ Budiey (2009-04-22). "Sinopsis Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam". Sensasi Selebriti. Dicapai 2009-05-07. 
  5. ^ a b c d Metra Syahril Mohamed (23 April 2009).Bohsia ‘ketuk’ kesedaran masyarakat Utusan Malaysia. Diperoleh pada 15 Mac 2010.
  6. ^ Lee Zhiang Yang, Ezekiel (2009-04-29). "Bohsia dapat sambutan hebat!". Tupai.com.my. Dicapai 2009-05-07. 
  7. ^ "Dengarnya...: Bohsia terus meletup". Berita Harian. 2009-05-18. Dicapai 2009-05-18. 
  8. ^ Nur Safina Othman (2009-04-16). "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam". Tupai.com.my. Dicapai 2009-05-19. 
  9. ^ Nur Safina Othman (2009-04-16). "cinema.com.my: Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (Malay)". Cinema.com.my. Dicapai 2009-05-19. 
  10. ^ Suzan Ahmad (2009-04-19). "Bohsia memang berani". Berita Minggu B*POP. Dicapai 2009-05-19. 
  11. ^ Ashraf Nasser (17 Februari 2016). "Syamsul Yusof menang kes saman penulis novel "Aku Bohsia"". Cinema Online. Dicapai 18 May 2016. 
  12. ^ "Terdapat Persamaan Ketara Antara Novel Aku Bohsia Dengan Filem Arahan Syamsul". mSTAR Online. 19 Oktober 2015. Dicapai 20 Oktober 2015. 
  13. ^ "Pengarah filem menang kes saman isu ciplak novel Aku Bohsia". Agenda Daily. 19 Februari 2016. Dicapai 31 Mac 2016. 
  14. ^ "Syamsul Yusof wins suit against "Aku Bohsia" author". Yahoo! Singapore. 17 Februari 2016. Dicapai 31 Mac 2016. 
  15. ^ a b "Tidak pernah baca novel 'Aku Bohsia'". Sinar Harian. 20 Oktober 2015. Dicapai 18 May 2016. 
  16. ^ Budiey (3 Mac 2016). "Filem Jalan Kembali Bohsia 2". Sensasi Selebriti. Dicapai 2017-02-09. 
  17. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (8 Jun 2012). "Jalan Kembali: Bohsia 2 sarat mesej". Sinar Harian. Dicapai 2012-06-09. 
  18. ^ Wahiduzzaman (18 Jun 2012). "'Bohsia 2' Kehebatan Dalam Sebuah Karya Klise". mStar Online. Dicapai 2012-06-09. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]