Boleh Saya Bantu? (musim 1)
Musim pertama Boleh Saya Bantu? memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula pada 2 Februari 2024 hingga 1 Mac 2024 menggantikan Hawt Fellas dan digantikan oleh Iskandar Chempaka.
| Boleh Saya Bantu? | |
|---|---|
| Musim 1 | |
| Dibintangi oleh |
|
| Negara asal | Malaysia |
| Bil. episod | 13 |
| Keluaran | |
| Rangkaian | TV3 |
| Tarikh siaran | 2 Februari – 1 Mac 2024 |
| Kronologi musim | |
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Nasar baru sahaja diberhentikan kerja. Untuk mencari punca rezeki yang baharu, dia telah menghadiri sebuah temu duga di sebuah hotel 3 bintang. Nasar hadir dengan impian untuk menjadi seorang tukang angkut atau juga dikenali sebagai ‘bellboy’. Namun, nasib tidak menyebelahinya kerana jawatan idamannya itu telah disandang oleh Sudin.
Walau bagaimanapun, Nasar tidak pulang dengan tangan kosong. Farida, pengurus hotel tersebut, telah menawarkan Nasar jawatan sebagai penyambut tetamu hotel. Tawaran yang dibuat oleh Farida itu telah menimbulkan persengketaan antaranya dengan Almya, pegawai sumber kemanusiaan di hotel itu.
Bukan mudah bagi Nasar untuk menyesuaikan diri di tempat baharu. Bukan itu sahaja isu yang dihadapinya. Sebagai seorang yang tidak mempunyai pengalaman, berhadapan dengan pelbagai masalah tetamu hotel amat merunsingkan jejaka ini.
Nasar perlu belajar cara untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan profesional dan cekap. Namun, mampukah dia melakukannya tanpa menjejaskan kedudukannya di tempat kerjanya itu? Adakah dia akan mendapat bantuan yang sewajarnya atau terkontang-kanting menyelesaikan kemelut di hotel itu seorang diri?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon Utama
[sunting | sunting sumber]- Andi Bernadee sebagai Nasar
- Riena Diana sebagai Farida
- Mark Adam sebagai Sudin
- Nasz Sally sebagai Almya
- Wanie Ooi sebagai Haiza
- Zaid Erakad sebagai Rashid
Pelakon Pembantu
[sunting | sunting sumber]- Zalela Kadir sebagai Chef Rokiah
- Ansa Ahmad sebagai Shuhaimi
Pelakon Jemputan
[sunting | sunting sumber]Episod 1
- Mathni Razak sebagai Sam
- Datin Seri Maria Farida sebagai Ana
Episod 2
- Salina Saibi sebagai Sophea Jean
- Sefik Khair sebagai Skandal Sophea Jean
Episod 3
- Yuichiro Kinjo sebagai Sasuke
- Arisa Yamanaka sebagai Mika
Episod 4
- Ahmad Adly sebagai Zainuddin
- Najua Nasir sebagai Zainulisa
Episod 5
- Jelly Belly sebagai Basri
Episod 6
- Datin Seri Maria Farida sebagai Miss Tara
- Ameerul Asyraf sebagai Tuan Joe
Episod 7
- Noorkhiriah sebagai Mun
- Acong Sweetchild sebagai Ismaili
Episod 8
- Razak Ahmad sebagai Tok Ram
Episod 9
- Johan As'ari sebagai Mahaguru Azlan
Episod 10
- Ropie Cecupak sebagai Chef Papa
- Afifah Nasir sebagai Jannah
- Chomel Fana sebagai Production Manager
Episod 11
- Didie Alias sebagai Kamariah
Episod 12
- Kazar Saisi sebagai Tok Penghulu
- Alif Hadi sebagai Samad
- Ferth Jasni sebagai Hafiz
Episod 13 (Akhir)
- Shamsul Ghau Ghau sebagai Zam Poyo
- Dilla Ahmad sebagai Isteri Zam Poyo
- Afifah Nasir sebagai Jannah
Senarai episod
[sunting | sunting sumber]| No. | Tajuk | Tarikh siaran |
|---|---|---|
| 1 | Receiptionist | 2 Februari 2024 |
| 2 | Saat Hilang Cintaku | 3 Februari 2024 |
| 3 | Konichiwa | 8 Februari 2024 |
| 4 | Berapa Sejam? | 9 Februari 2024 |
| 5 | Mana Pencuri? | 10 Februari 2024 |
| 6 | Mrs. Influencer | 15 Februari 2024 |
| 7 | Bukan Rahsia | 16 Februari 2024 |
| 8 | Urat Dawai | 17 Februari 2024 |
| 9 | Harimau Berantai | 22 Februari 2024 |
| 10 | Chef Papa | 23 Februari 2024 |
| 11 | Karen | 24 Februari 2024 |
| 12 | Hang Mai Mana? | 29 Februari 2024 |
| 13 | Milik Siapakah Hotel Ini? | 1 Mac 2024 |
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| TV3: Slot Lestary, Khamis—Sabtu, 9:00 malam | ||
|---|---|---|
| Sebelumnya | Boleh Saya Bantu? | Berikutnya |
| Hawt Fellas | Iskandar Chempaka | |