Pergi ke kandungan

Boleh Saya Bantu? (musim 2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Musim kedua Boleh Saya Bantu?, juga dikenali sebagai Boleh Saya Bantu? 2 memulakan tayangan di Slot Lestary TV3 bermula pada 8 Ogos 2025 hingga 11 Oktober 2025 menggantikan Aku Bukan Ustazah 2 dan digantikan oleh Jika Itu Salahku.

Boleh Saya Bantu?
Musim 2
Dibintangi
oleh
Negara asalMalaysia
Bil. episod20
Keluaran
RangkaianTV3
Tarikh siaranRalat Lua pada baris 143 di mw.lua: field 'month' missing in date table.
Kronologi musim
← Sebelumnya
Musim 1

Kisah kehidupan Nasar (Andi Bernadee) yang penuh liku selepas melalui penceraian mengejut dengan Jannah. Kini ditugaskan untuk menguruskan Love Wave Hotel, sebuah hotel milik Tuan Joe yang hampir bankrap, bersama Datuk Sudin (Mark Adam), hidupnya menjadi semakin rumit apabila terjerat dalam cinta tiga segi antara Farida (Riena Diana) dan Haiza (Wanie Ooi).

Nasar yang pada awalnya cuba merahsiakan situasi sebenar akhirnya akur apabila statusnya terbongkar, namun bertegas untuk menjauhkan diri daripada sebarang komitmen kerana masih dihantui trauma perkahwinan yang gagal. Keadaan menjadi semakin bercelaru apabila dia dipujuk untuk kembali bersama Jannah, sesuatu yang enggan diterimanya.

Di sebalik kekalutan emosi, misi menyelamatkan operasi Love Wave Hotel turut dilanda berbagai-bagai dugaan tersendiri. Rentetan insiden luar jangka mula berlaku, daripada kehadiran tetamu mencurigakan, panggilan misteri, kemunculan bomoh moden, hinggalah penemuan satu wasiat yang bakal menentukan jodoh sebenar Farida.

Mampukah Nasar memberi sepenuh perhatian dalam menguruskan hotel saat emosinya sendiri masih terganggu? Dan apakah sebenarnya rahsia yang tersimpan di sebalik wasiat yang tiba-tiba muncul itu?

  • Andi Bernadee sebagai Nasar
  • Riena Diana sebagai Farida
  • Mark Adam sebagai Dato Sudin
  • Nasz Sally sebagai Almya
  • Wanie Ooi sebagai Haiza
  • Alif Hadi sebagai Mamat
  • Ferth Jasni sebagai Jambu
  • Zalela Kadir sebagai Chef Rokiah
  • Amir Haikal sebagai Cha Eun Ho
  • Ansar Ahmad sebagai Suhaimi
  • Zaid Erakad sebagai Rashid
  • Ariel Izz sebagai White Tiger

Pelakon Jemputan

[sunting | sunting sumber]

Episod 1

  • TIADA

Episod 2

  • Ameerais (Forteen) sebagai Malik

Episod 3

Episod 4

Episod 5

  • Joey Daud sebagai Madi
  • Pok Ja Tiktokers sebagai Producer

Episod 6

Episod 7

Episod 8

Episod 9

Episod 10

Episod 11

Episod 12

  • Syaf Naufas sebagai Adam

Episod 13

Episod 14

  • Sood Budak Magic sebagai Sood Selipar

Episod 15

Episod 16

Episod 17

Episod 18

Episod 19

  • Aya Amiruddin sebagai Muna Nik

Episod 20 (Akhir)

Senarai episod

[sunting | sunting sumber]
No. Tajuk Tarikh siaran
1 Di Manakah Cinta? 8 Ogos 2025 (2025-08-08)
2 Jejak Kisah 9 Ogos 2025 (2025-08-09)
3 Jodoh Ibu 15 Ogos 2025 (2025-08-15)
4 Dua Belas Malam 16 Ogos 2025 (2025-08-16)
5 Seram Nak 22 Ogos 2025 (2025-08-22)
6 I Sayang You 23 Ogos 2025 (2025-08-23)
7 Kosmetik Palsu 29 Ogos 2024 (2024-08-29)
8 Artis Ku 30 Ogos 2025 (2025-08-30)
9 Biar Betul? 5 September 2025 (2025-09-05)
10 Madu Dua 6 September 2025 (2025-09-06)
11 Lady Tia 12 September 2025 (2025-09-12)
12 Angker Bilik 2606 13 September 2025 (2025-09-13)
13 Rompak 19 September 2025 (2025-09-19)
14 Miskin Tapi Kaya 20 September 2025 (2025-09-20)
15 No Women No Cry 26 September 2025 (2025-09-26)
16 Masak Kita! 27 September 2025 (2025-09-27)
17 Toyol 3 Oktober 2025 (2025-10-03)
18 Daddyku Gangster 4 Oktober 2025 (2025-10-04)
19 Alamak, Dia Datang Lagi! 10 Oktober 2025 (2025-10-10)
20 (Episod Akhir) Berbulan Madu 11 Oktober 2025 (2025-10-11)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
TV3: Slot Lestary, Jumaat—Sabtu, 9:00 malam
Sebelumnya Boleh Saya Bantu? 2 Berikutnya
Aku Bukan Ustazah 2 Jika Itu Salahku