Bolivia
Koordinat: 17°48′S 63°10′W / 17.800°S 63.167°W
Negara Plurinasi Bolivia نݢارا ڤلوريناسي بوليۏيا Estado Plurinacional de Bolivia Puliwya Mamallaqta Wuliwya Suyu | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: ¡La unión es la fuerza! (Bahasa Sepanyol) "Perpaduan adalah Kekuatan!" | |||||
Lagu kebangsaan: Bolivianos, el hado propicio | |||||
![]() | |||||
Ibu negara | Sucre (pusat perundangan) | ||||
Bandar terbesar | Santa Cruz de la Sierra | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Sepanyol, Quechua dan Bahasa Aymara | ||||
Kerajaan | Republik berpresiden | ||||
• Presiden | Luis Arce | ||||
Kemerdekaan | |||||
• daripada Sepanyol | 6 Ogos 1825 | ||||
1.29 | |||||
Populasi | |||||
• Bancian penduduk | 8,857,870 | ||||
KDNK (PPP) | 2005 | ||||
• Jumlah | $25.684 bilion (101) | ||||
$2,817 (125) | |||||
HDI (2017) | ▲ 0.693[1] sederhana · 118 | ||||
Mata wang | Boliviano ( BOB ) | ||||
Zon waktu | (UTC-4) | ||||
Kod panggilan | 591 | ||||
Kod ISO 3166 | BO | ||||
DPT internet | .bo |
Bolivia atau secara rasminya Negara Plurinasi Bolivia (Sepanyol: Estado Plurinacional de Bolivia ) ialah sebuah negara di Amerika Selatan.
Antara semua negara di Amerika Selatan, wilayah Bolivia merupakan yang tertinggi dan terpencil. Negara ini ialah salah sebuah penghasil koko dan bijih timah terbesar di dunia.
Asal nama[sunting | sunting sumber]
Bolivia diberi nama sempena Simón Bolívar, pemimpin Venezuela-Colombia dalam peperangan kemerdekaan Amerika Selatan.[2] Pemimpin Venezuela, Antonio José de Sucre, telah diberikan pilihan oleh Bolívar untuk menyatukan Charcas (sekarang Bolivia) dengan Republik Peru yang baru terbentuk, untuk bersatu dengan Wilayah Rio de la Plata, atau secara formal mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Sepanyol sebagai negara yang sepenuhnya bebas. Sucre memilih untuk mewujudkan sebuah negara baharu dan pada 6 Ogos 1825, dengan sokongan rakyat tempatan, menamakan negaranya sebagai penghormatan kepada Simón Bolívar.[3]
Nama asalnya ialah Republik Bolívar. Beberapa hari kemudian, kongres Manuel Martín Cruz mencadangkan: "Jika dengan Romulus, Rom; maka dengan Bolívar, Bolivia" (Sepanyol: Si de Rómulo, Roma; de Bolívar, Bolivia). Nama itu diluluskan oleh Republik pada 3 Oktober 1825.[4] Pada tahun 2009, sebuah perlembagaan baharu mengubah nama rasmi negara itu kepada "Negara Plurinasi Bolivia" sebagai pengiktirafan terhadap karakter dan identiti berbilang kaum di negara itu dan kedudukan orang Bolivia yang dipertingkatkan di bawah perlembagaan baharu.[4]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Pada suatu masa dahulu, Bolivia ialah sebuah koloni Sepanyol. Perlombongan perak di Bolivia memberi keuntungan kepada kewangan Sepanyol, dan Sepanyol menggajikan orang Bolivia sebagai buruh untuk bekerja di perlombongan. Setelah beberapa buah perang berlaku, Simon Bolivar membantu Bolivia memerdekakan negara tersebut.
Budaya[sunting | sunting sumber]
Budaya Bolivia mempunyai banyak pengaruh seperti Inca, Aymara dan pengaruh setempat lain dalam keagamaan, muzik, dan pakaian. Terdapat perayaan besar di Oruro, yang disebut "El carnaval de Oruro". Orang Bolivia suka bermain bola sepak. Ladang haiwan juga popular, namun tidak mampu mengaut keuntungan.
Jajahan[sunting | sunting sumber]
Bolivia dibahagikan kepada sembilan jajahan dikenali sebagai departamentos.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "2018 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Mac 2017. Dicapai pada 14 September 2018.
- ^ "Simón Bolívar". Salem Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Ogos 2013. Dicapai pada 28 Januari 2014.
- ^ "6 de Agosto: Independencia de Bolivia". Historia-bolivia.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2011. Dicapai pada 14 Julai 2013.
- ^ a b "What countries are named after individuals or families?". Blogs.law.harvard.edu. 11 Januari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2011. Dicapai pada 14 Julai 2013.
![]() | Rencana Amerika Selatan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |