Bomoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bomoh merujuk kepada ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu dahulukala. Bomoh mengubat berdasarkan penggunaan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sekiranya sesuatu penyakit gagal disembuhkan, bomoh akan berpaling kepada kepercayaan kepada kekuasaan roh daripada alam sekeliling, yang merupakan satu cara hidup sebelum ajaran Islam berkembang di nusantara bagi mengubat pesakit.

Bomoh merupakan orang yang sangat dipercayai boleh menyembuhkan berbagai-bagai penyakit kerana beliau sahaja yang dianggap boleh berhubung dengan roh atau kuasa ghaib.

Ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu turut dikenali sebagai dukun, atau pawang.